Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 28 Oktober 2013

Diari Hamil : 37weeks 4days




Sekejap je masa berlalu..
Semalam 27.10.2013 bersamaan 37minggu 4hari kehamilan..
Memang sedang menghitung hari je ni..
Tak sabar nak jumpa baby.. hihi
Nak pelok cium baby.. nak gomol² baby.. haha
Ibu harap awak sihat² saja ya dalam perut ibu ni sayang..

Sabtu lepas balik rumah mertua..
Sebelum balik JB malam tadi minta maaf siap² dengan MIL, FIL, SIL semua..
Almaklumlah sedang menghitung hari nak bersalin je ni..
Masing² dok pesan kalau penat cuti je.. hihi
Sebab sampai hari ni pon aku tak isi lagi borang cuti..
Tak tahu nak cuti bila..
Suami dah sibuk suruh cuti start bulan November ni..
Tapi mengenangkan cuti tahun dah habis, aku minta izin suami untuk kerja dulu minggu pertama November ni..
Maybe start cuti pon 9 november kot.. hihi
Gagah je kan drive pergi kerja time² macam ni??

Alhamdulillah.. Bersyukur kepada Allah..
Sehingga sekarang ni pon aku masih solat seperti biasa..
Cuma pergerakan tu jadi perlahan lah..
Setiap kali nak sujud & bangun dari duduk antara 2 sujud..
Alhamdulillah.. terima kasih Allah..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan