Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 10 Oktober 2013

Diari Hamil : 34 weeks



Peringatan : Entry ini sangat panjang.. harap maaf lah kalau kalian tak lalu nak baca.. Sebab ini untuk dikenang oleh si ibu.. nanti bila² boleh baca semula..


Rasa macam sekejap je masa berlalu..
Sudah melepasi 34 minggu kehamilan..
So far baby sangat aktif & ibu pon sangat bahagia dengan keaktifan itu..
Setiap kali abi tersedar dari tidur, mesti letak tangan kat perut ibu..
Sebab anak ibu & abi ni awal pagi sudah bangun..
Mulalah kick sana kick sini.. 
Lepas tu abi senyum sendiri.. hihi

Terima kasih ya Allah kerana Engkau telah berikan aku nikmat kurniaan ini..

07.10.2013 adalah hari check up..
Ibu dah mula check up 2 minggu sekali..
Isnin tu ibu kena injection untuk kancing gigi dos ke2..
Dari pagi lagi ibu seperti hilang selera makan..
Tunjuk lah makanan sesedap mana pon depan ibu memang ibu tak heran..
Terliur pon tidak..
Pagi tu ibu cuma sarapan bihun goreng sikit & susu hi-goat 1 cawan..
Sampai pejabat memang ibu tak makan apa²..
Sampai kakak opis pon pelik tengok ibu tak makan²..
Ada je bawak bekal roti coklat..
Tapi dah namanya hilang selera, memang tak lalu makan lah..
Jam 12 tengahari (lunch hour 12pm-100pm) ibu dah balik sebab nak ke KK Kempas..
Sampai rumah ibu terus masuk bilik dan baring² di katil dan terus tertidur..
Sebelum tertidur dah set alarm kul 1.30ptg..
Alarm bunyi ibu pon bangun..
Solat & makan roti 1 plastik yang kecik tu je..

Tok mak & m.usu tanya ibu tak nak makan dulu ke?
Serius memang tak rasa nak makan..
Ibu cuma minum air sahaja..
M.usu hantar ibu ke KK Kempas..
Balik m.usu jemput ibu..

Masa kat KK ibu makan lagi roti & minum air putih je..
Tengok kacang macam nak beli tapi sayang pula rasa kalau tak dimakan..
Hihihi~ gediks je kan??

Kali ni memang sangat lama kot ibu kat KK Kempas..
Dari 2.30ptg - 4.30ptg..
Ni aturan pemeriksaannya :
1) Kaunter 3 ~ ambil buku pink
2) Makmal 8 ~ uji air kencing & check darah
3) Bilik 9 ~ timbang berat & check tekanan darah
4) Bilik 13 ~ ukur tinggi rahim & sesi soal jawab.. masa ni ibu cakap kaki ibu gatal² so nurse suruh jumpa doktor
5) Bilik 14 ~ injection untuk kancing gigi dos ke2
6) Bilik 10 ~ jumpa doktor.. sesi soal jawab then doktor suruh ambil ubat
7) Bilik 9 ~ pulang buku pink & ada sesi ramah mesra pula dengan nurse kat situ.. saja lah tu.. hihi
8) Farmasi ~ ambil ubat.. kali ni tak perlu ambil no.giliran.. PA kat situ terus je bagi vitamin 4 serangkai + ubat gatal..

Sampai rumah petang tu ibu tolong tok mak & m.usu kemas² kedai lepas tu ibu masuk bilik & tidur..
Ibu tidur hingga tak sedarkan diri sampai jam 8.30malam..
Boleh pula tak ada yang kejut tu..
Terlajak lah maghrib ibu.. subhanallah..
Bangun tidur terus mandi.. still tak ada selera nak makan lagi..
Minum air je sebab takut kurang air pula dalam badan..
Kesian anak ibu tak makan..
Tetiba ibu rasa mual macam nak muntah..
Tak sempat sampai toilet ibu dah bueks kat tengah laman..
Muntah air je pon.. aduhai.. dugaan..
Masa tu abi belum balik lagi..
So menjera lah ibu cari mop nak mop muntah tu..
M.usu tolong ibu gak.. 
Tok mak tidur, m.der keluar, tok ayah kerja..
Lepak semula.. melepek ibu kat katil..

Oleh sebab abi tak balik kerja lagi, ibu call abi minta belikan bubur..
Abi balik bawa bubur then ibu makan..
Ibu makan separuh je.. lagi separuh abi yang habiskan..
Agak² lepas sejam makan, ibu sambung tidur..
Masa ni badan ibu dah panas dah..
Asyiklah berpeluh².. padahal kipas depan mata je.. huhuhu

Esoknya bangun badan dan rasa bisa² tak larat nak bangun..
Minta tolong abi wsapp bos beritahu ibu MC tak datang kerja..
Tangan yang kena inject ni pon rasa kebas + lenguh² je..
Memang ibu layan mata atas katil lah..
Kesian suami, ibu tak bekalkan apa² pon..
Kalau abi pandai, mesti dia ambil sendiri kat kedai tok mak kan syg?? hihi

Kul 10pagi bangun mandi then makan ubat..
Lepas tu basuh baju 2 trip..
Sarapan ibu makan roti sekeping + horlicks..
Lepas sarapan sidai baju pula.. masa ni dah kul 12tgh pon..
Lepas sidai baju masuk bilik semula sambung aktiviti DIY ibu..


Tak padan sakit² kan?? hahahaha

Kul 2.30ptg turun lunch pula..
Ibu ambil nasi separuh + ikan goreng + petola masak air..
Itu pon ibu makan 4-5 suap je lepas tu tok mak yang habiskan..
Masih tak ada selera..
Aduhai~ manalah perginya selera ibu kan??
Dah 2 hari tak ada selera makan tambah pula dengan cirit..
Memang perfect sangat..
Makan tak banyak tapi keluar tercerna lagi banyak..
Muntahnya lagi.. isk.. dugaan betol ni..

Malamnya pula ibu teringin nak makan coleslow + whipped potato KFC..
Abi balik kerja, mandi then makan nasi..
Sebelum abi makan tu ibu cakap nak makan KFC..
Abi boleh cakap tak payah, makan nasi je..
Terus ibu touching sayang.. genang air mata dah..
Ibu protes lah, 'kalau macam itu abi makan sendiri.. dah lah 1 hari tak makan, baru minta KFC dah tak bagi'.. muncung² ibu masuk bilik semula..
Tersengeh² abi pujuk ibu..
'Ok² lepas ni kita g makan KFC ya'.. hahaha
Nak kena ada drama gak tu.. Sabar je lah laki aku ni taw..

Harap² hari esok lebih baik dari hari ini..




2 ulasan:

  1. hi cik rad.. saya nak masuk 37 minggu dah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah.. sudah semakin menghampiri 40minggu.. hihi.. semoga ibu & anak selamat sejahtera sepanjang proses kelahiran nanti..

      Padam