Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 30 Oktober 2013

Diari Hamil : Senak Perut Gara² Bonggol & Garisan Kuning



 

Tak sangka pula lalu bonggol & garisan kuning pon boleh nangis.. T_T
Bila perut makin sarat ni memang tak boleh langgar lubang sikit, bonggol apa tah lagi..
Pasti bergenang air mata ni..
Perut terasa senak sampai ke malam..
Nak tidur pon tak lena sebab kesenakan masih terasa..
Kalau suami yang drive, boleh lagi lah nak ampu perut ni bagi kurang gegaran..
Ini kalau dah drive sendiri, memang pasrah saja lah..

Semalam cerita lah kat suami apa yang jadi petang tadi..
Terus suami cakap, "dah boleh cuti dah ni.."
Memang prihatin kan..
Tapi soalnya cuti tahun aku dah habis..
Kali ni memang nekad, 09/11/2013 ni last day kerja..
Lepas tu cuti bersalin 2 bulan.. ^_^

Notakasihsayang : Pagi tadi tengok² dekat seat driver sudah ada bantal buat alas duduk.. hihi.. sayang juga suami kat isteri dia ni kan.. hihi.. sebenarnya kan.. setiap pagi suami akan alihkan kereta untuk memudahkan saya ke pejabat.. senang cerita, masuk kereta hidup enjin terus jalan.. saya dah tak perlu nak alih² keluarkan kereta dari tempat parking.. hihi.. terima kasih abi..


Selasa, 29 Oktober 2013

Diari Hamil : Anak Mudah Kena Jaundis Jika Ibu Dalam Kumpulan Darah O+



Luluh hati masa dengar nurse cakap
"Awak darah O+ ni.. Selalunya anak akan senang kena kuning."
Down sekejap aku masa ni..
Mungkin nurse tu hanya mengingatkan aku saja..
Tapi aku pula teremosi lebih.. huhu
Nurse pesan nanti bila baby lahir kerap bagi susu badan..
Aku hanya mengangguk sahaja..
Betul ke apa yang nurse tu cakap??



Diari Hamil : Stretch Mark di kala 37 minggu



Stretch mark??
Warghh!!! benda paling ditakuti..
Ia menjelma di kala 37minggu..
Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati kan??
Tapi aku tak terfikir pon taw sebelum ni..
Bila BFF aku sibuk tanya ada pakai stretch mark lotion tak?
Barulah aku terfikir.. hahaha
Aku ingat pakai lotion tu bila stretch mark dah muncul.. 
Hihihi.. sengal kan??
Rupanya boleh mula pakai dari awal kehamilan..
Betapa ceteknya ilmu aku masa tu..
Almaklumlah anak pertama kan?? hihihi..


Inilah lotion yang aku pakai..
Sebenarnya ada macam² brand..
Tapi tak tahu kenapa aku beli ini..
Aku beli ni masa beli barang² baby kat UO dulu..
Harga RM20++.. tak ingat pula berapa harga sebenarnya..
Maaf ya..

Harap² stretch mark ini akan hilang selepas bersalin..
Walau pun yg ada sekarang ni tak banyak pon..
Ada beberapa line sahaja..
Tapi aku tetap risau..

"Wahai Pureen Stretch Mark Lotion, harap² kamu berjasa besar lah pada aku ya.. Biar hilang semua tanda itu.."



Isnin, 28 Oktober 2013

Klinik Pergigian UDA



Klinik Pergigian UDA
  • Alamat : 29-01 (First Floor) Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru, Johor
  • Tel : 07-232 5185 @ 019-739 3063


Cumel je signage ni.. hihi

Ruang Menunggu..

Kaunter Pendaftaran..
Lorong kiri tu adalah laluan ke Bilik Rawatan..
Kalau tak silap ada 2 Bilik Rawatan..


Bilik Rawatan..

Yang ni pula pesakit yang tengah khusyuk tengok TV..
Aku peneman setia je.. hihi
Suami cakap doktor nya sempoi je..
Borak pon siap ber'der' lah wa cakap lu..
Hahahaha.. 




Diari Hamil : 37weeks 4days




Sekejap je masa berlalu..
Semalam 27.10.2013 bersamaan 37minggu 4hari kehamilan..
Memang sedang menghitung hari je ni..
Tak sabar nak jumpa baby.. hihi
Nak pelok cium baby.. nak gomol² baby.. haha
Ibu harap awak sihat² saja ya dalam perut ibu ni sayang..

Sabtu lepas balik rumah mertua..
Sebelum balik JB malam tadi minta maaf siap² dengan MIL, FIL, SIL semua..
Almaklumlah sedang menghitung hari nak bersalin je ni..
Masing² dok pesan kalau penat cuti je.. hihi
Sebab sampai hari ni pon aku tak isi lagi borang cuti..
Tak tahu nak cuti bila..
Suami dah sibuk suruh cuti start bulan November ni..
Tapi mengenangkan cuti tahun dah habis, aku minta izin suami untuk kerja dulu minggu pertama November ni..
Maybe start cuti pon 9 november kot.. hihi
Gagah je kan drive pergi kerja time² macam ni??

Alhamdulillah.. Bersyukur kepada Allah..
Sehingga sekarang ni pon aku masih solat seperti biasa..
Cuma pergerakan tu jadi perlahan lah..
Setiap kali nak sujud & bangun dari duduk antara 2 sujud..
Alhamdulillah.. terima kasih Allah..



Jumaat, 25 Oktober 2013

Roti + butter + seri kaya




Tajuk entry nak makanan..
Ntah pape je kan??
Asyik lah makan je aku ni.. hahaha

Last week aku ada terbaca kat 1 blog ni..
Tak ingat dah url nya.. Maaf ya..

"Ibu² yang hamil 36minggu (9bln) kena makan sekurang²nya setiap 4jam untuk beri tenaga pada ibu & bayi"

See.. dea cakap kena makan setiap 4jam..
Macam aku ni kadang² tak cukup 4 jam dah lapar..
Tapi setiap kali check up di Klinik Kesihatan, berat aku naik 300g, 100g..
Macam tak percaya je.. huhu
Mama aku cakap sebab aku ni makan lepas tu buang..
Tak sempat jadi lemak kata beliau.. hihi




Rabu, 23 Oktober 2013

Diari Hamil : Spectra M1 Portable Double Electric Breast Pump



Masa expo di Danga City Mall, JB bulan september hari tu aku ada beli pump..
Spectra M1 Portable Double Electric Breast Pump (supplier Korea)..


Comel je kan pump nya.. wink.. wink..
Masa kat expo ni habis satu dewan tu aku redah untuk survey & test pump..
Nak beli Madela FS tak cukup budget masa tu..
Nak test Rumble Tuff tak ada pula testernya..
So aku pon test yang ini dan puas hati..
BFF & angah pon cakap pump ni ok..
Tak sakit & tak bising..
So aku terus decide beli yang ini..
Lagi pon, pump ni boleh guna elektrik atau pon bateri..
Hanya perlu caj sahaja body pump ni..
Then tahap 4 jam.. 
Kalau sekali pump setengah jam, so sempatlah pump 8 kali kan..
Tak pe, nanti bila aku dah guna pump ni aku review lagi ya..
Harapnya pump ini dapat memuaskan hati aku sebagai pengguna..

Masa kat expo tu tak ada stok.. So kena tunggu 2 minggu..
Baru je seminggu aku dah call Ida untuk tanya bila boleh dapat pump M1 tu..
Dia cakap pump tu supplier dalam proses courier dan maybe akan sampai Malaysia pada akhir bulan Oktober..
Mak ai.. lamanya aku cakap..
Ida cakap ada masalah sikit di kastam.. so kena tunggulah sebab dah bayar full..
Suami aku suka perli taw..
"Mana pump yg awak beli? tak dapat lagi ke? Entah² dah kena tipu.."
Ok fine, dia buat aku jadi down.. benci taw!!!!
Tapi aku percaya aku akan terima pump tu sebelum aku bersalin..
Tadi Ida call beritahu pump dah sampai Malaysia..
Esok dia akan collect then Isnin dia akan pos..
Senyum lebar terus aku masa ni..
Terus call suami beritahu pump dah sampai dengan berlagaknya.. hahahahaha
Gelak suami aku.. asyik perli aku je kan.. see.. aku tak kena tipu pon!!! hahaha
Sebenarnya kan, laki aku tu takot aku kena tipu je..
Yelah.. keluar duit beratus nak beli pump ni taw..

Boleh tengok 

Youtube pon ada taw



Notakasihsayang : Berniat & berazam untuk BF baby hingga 2 tahun.. Suami pon setuju & sokong saya.. kalian pon doakan saya ya.. terima kasih semua..




Diari Hamil : Set Berpantang NR



Inilah set berpantang saya..
Produk Nona Roguy..

Atas : Produk NR
Bawah : Produk NR dlm kotak beserta free gift yang diberi

Ramai yang review produk ni bagus..
Lagi² pil Phytonatal..
Untuk lawas berak buang air besar..
Orang cakap makan sebelum tidur..
So nanti esoknya bangun pagi terus membuang..
Harap² berjaya lah untuk saya..





Selasa, 22 Oktober 2013

Diari Baby : 36 minggu 5 hari



Assalamualaikum ibu..
Assalamualaikum abi..
Tak sabar nya saya nak jumpa ibu & abi..
Semalam pagi masa ibu tengah bersiap² saya pula rasa berdebar²..
Abi pegang perut ibu sambil cakap hari ni nak pergi scan saya..
Terus rasa teruja.. Yippie~!!
Sepanjang pagi tu saya aktif bergerak kan ibu??
Kesian ibu mesti mengah kan??
Maaf ya ibu..

Masa check up di KK Kempas, saya dah keletihan..
Macam nak tidur je sepanjang masa..
Tapi bila fikirkan abi nak scan saya terus tak jadi tidur..
Saya aktif bermain pusing² dalam perut ibu yang selesa itu..
Masa nurse scan untuk dengar degupan jantung saya, dengar bunyi bising je kan ibu?
Sebab saya aktif bermain kat dalam tu.. hihi
Terpaksalah nurse betul² kan kedudukan saya sikit dan barulah boleh dengar dengan jelas degupan jantung saya..
Masa tu ibu berdebar² kan??
Sebab saya dengar jantung ibu berdegup kencang dari biasa..
Ibu tak perlu risau ya..
Degupan jantung saya normal..

Petang menjelma..
Tibalah masa untuk jumpa ibu & abi..
Ibu, doktor kat klinik tu baiklah..
Setiap apa yang doktor scan & nampak pasti akan dia cerita pada ibu..
Kaki saya, tangan saya, muka, mata, mulut, badan, paha, jantung, paru², buah pinggang, uri, tali pusat saya.. semuanya doktor jelaskan pada ibu..
Doktor siap suruh ibu kira jari kaki saya lagi kan??
Cumel lah doktor tu..
Saya nampak abi terjengah² di belakang sambil senyum lebar tengok saya di skrin monitor..
Mesti abi excited nampak saya kan??
Saya sayang ibu & abi..


Ni gambar mata hidung & mulut saya..
Berat saya hampir cecah 2.6kg..
Janji saya sihat kan ibu??
Ok lah ibu..
Saya dah tak sabar nak jumpa ibu & abi di dunia sebenar..
Semoga ibu & saya selamat sejahtera sepanjang proses bersalin nanti ya ibu..
Ibu kena kuat taw..
Takmo nebes² ya.. 
Saya sayang ibu.. saya sayang abi..




Ahad, 20 Oktober 2013

diari hamil : meragam di tengah malam


Skrg jam 12.55pagi hari ahad sudah.. 20.10.2013..
Tetiba je tadi perut memulas semacam siap kentot lagi..
Banyak benor angin dlm badan ni..
Perut rasa memulas pastu mual rasa nk muntah yg mmg xleh ditahan2 lagi..
Terus pergi toilet..
Setengah jam kot dalam toilet..
Melepaskan hajat.. serius cirit..
Macam air je yg keluar..
Selesai membuang muntah pula..
Habis semua yg aku makan pon keluar..
Nasi pon ketul lg tak sempat hadam..
Warghhh.. memang aku kasi keluar semua ini malam..
Perut ni macam minta dikosongkan je..
Maafkan ibu ya sayang kalau sayang ibu ni tak boleh nak terima apa yg ibu makan tadi..
Ni sambil baring sambil update blog..
Baby asyik menendang je tanpa henti..
Kenapa ni sayang??
Sayang ibu ok2 saja kat dalam tu kan??

Jumaat, 18 Oktober 2013

Diari Hamil : 36 minggu



Assalamualaikum..
Selamat pagi semua.. (,")

Ok, sudah mula rasa berdebar²..
Kaki sudah mula membengkak..
Tapi kan.. kaki kanan aku lebih bengkak dari kaki kiri aku..
Angah adik aku cakap maybe sebab baby berat ke kanan agaknya..
Aku pun cuma mengiakan je..
Sebab aku pon tak tahu sebenarnya..

Barang² nak bawa ke hospital aku dah standby..
Dah siap kemas dah pon..
Semalam masa call angah adik aku , dia ada pesan..
Nanti baju nak bawa ke labour room guna baju lama je..
Takot nanti nurse tertukar baju pula..
Aku macam blurr² je masa dia cakap macam tu..
Aku tanya kenapa??
Dia cakap takot tertukar je..
Sebab kan masa tu nurse yang siapkan baby..

So malam tadi gigih lah aku bongkar balik beg..
Baju baru yang aku siap packing tu aku tukar ke baju lama..

 

Inilah baju² barunya..
Siap masuk plastik lagi sebab nanti senang suami nak ambil..
Tak perlulah dia nak selongkar..
Confirm dia kelam kabut.. hihi
Baju keluar hospital tu aku maintain je..
Cuma baju untuk labour room je aku tukar..
Lupa pula nak snap gambar..

Notakasihsayang : Abi, ibu dah siap packing masuk plastik untuk mudahkan abi nanti.. jangan gelabah² ya sayang.. hihi




Isnin, 14 Oktober 2013

Salam Aidil Adha



Hari ini 9 Zulhijjah 1434H..

Barangsiapa yg berpuasa pada hari Arafah (iaitu Isnin 14 Oktober), ia seolah-olah melakukan ibadah selama 2 tahun DAN Barangsiapa yg memberi peringatan ttg perkara ini kpd org lain, bersamaan dgn pahala bersolat selama 80 tahun. SUBHANALLAH Sama2 kita berkongsi. Mudah2an menjadi sedeqah jariah utk kita bersama. WALLAH HU A'LAM...

*Maksud 2 tahun di sini ialah Setahun sebelum & setahun akan datang..
InshaAllah.. Semuanya dengan izin Allah..


Esok 10 Zulhijjah 1434H..
Salam Aidil Adha..



Diari Hamil : Cirit-Birit di Minggu 34~35



As salam.. Hai semua..
Last week rad ada share pasal kesihatan yang tak berapa nak ok..
Dengan selera makan yang entah ke mana..
Boleh dikatakan seminggu juga rad cirit-birit..
1 hari tu 3x membuang..
So tak sempat lah makanan² tu nak bertapak lama dalam perut iols ni.. hihi
Orang cakap cirit ni antara tanda² nak bersalin..

Semoga Allah permudahkan urusan bersalin ku nanti.. Amin..

Nak dijadikan cerita, sabtu hari tu selera makan pon dah ok sikit..
Iols ikut my parents pergi kenduri kahwin..
Melantak nasi minyak & mee rebus.. hahaha
See, bila sihat sikit je makan macam naga.. hihi
Malam pula makan sup daging favourite suami..

Ahad kami suami & isteri ke Batu Pahat dengan 1 misi je..
Nak pergi ambil brownies Kartika Sari made in Bandung.. hihihi
Mereka² ini cakap iols demand hover taw..
Yelah, ngidam yang jauh² saja
Membe suami ada ke bandung Sabtu-Isnin hari tu..
Siapa suruh dorang upload cerita kat sana?
Kan si ibu sudah mengidam..
Tak sangka pula dorang belikan juga..
Sebab dalam hati ni dah terdetik dah..
Kalau ada rezeki, dapatlah baby ibu ni rasa.. *usap perut sambil senyum..
Sayang sangat kat dorang..
Dorang siap belikan pisang keju sekali..
Bukan main suka suami makan.. hihi
Thank you so much my dear friends..

Nak dijadikan cerita pula, membe suami ni nak pegi dating dengan isteri dia pergi tengok wayang..
Dorang ajak kami join sekali..
Isteri kan tempatnya di sisi suami..
So iols follow je suami iols.. hihihi
Sebelum layan movie, kami pergi makan Asam Pedas dulu..
Tapi rasanya hampeh je..
Dulu dorang cakap kedai ni paling syiok taw asam pedas nya..
Tapi semalam tu macam tak syiok je..
Nasi biji limau pula tu..
Iols makan separuh je.. hihihi
Next time boleh cuba kedai lain pula..

Hah~!! korang pernah dengar pasal MEE RACUN tak?
Famous taw~!! Siap masuk papers lagi..
Lama dah teringin nak rasa mee ni..
Lepas layang movie, kami serbu kedai ini..
Nasiblah dekat je dengan BP Mall.. hihi
Memang rezeki kami lah hari tu..


Inilah rupanya Mee Racun yang famous tu..
Yang ada gearbox tu suami punya..
Menunya Mee Racun Special 1..
Iols makan Mee Racun biasa saja..
Tak pandailah nak makan gearbox tu.. hihihi

Rasa mee racun ni??
Macam lebih kurang mee bandung tapi versi tak ada kacang..
Kuah nya guna stok rebusan daging kambing..
Bahan² yang ada dalam tu tauhu, kentang, telur & sedikit daging..
Rasanya memang tip top..
Nanti lepas pantang nak return semula lah.. hihi

Dorang cakap, seawal jam 10pagi tukang masak ini akan rebus gearbox ni menggunakan api yang kecil sahaja hingga ke petang..
Tujuannya adalah untuk memudahkan pelanggan memakan isi² yang ada di gearbox itu sendiri..
Tapi memang serius lembut + empuk dagingnya..
Suami cuma perlu kuis sikit je & tak perlulah beria² nak makan isi di gearbox tu..
So tak adalah istilah daging terpelanting ke apa ya.. hihi



Jumaat, 11 Oktober 2013

Tak sabarnya ibu..



Assalamualaikum..
Selamat pagi semua & Salam Jumaat..
Sekejap je masa berlalu & hari ini dah Jumaat..
Semalam siap argue dengan husband pasal hari..
Rasanya semalam macam baru hari Rabu..
Sebab baru keje 2 hari.. hahaha
Padahal tak tolak dengan MC 1 hari tu.. hihi

Di pagi Jumaat yang nyaman lagi tenang ni, saja nak bebel²..
Aku sedang mencari 5 tier drawer ala² ini :



My sisters ada tengok kat Tesco Plentong, 5 tier drawer hanya RM38.90 sahaja..


Sangat murah ok.. mata pon dah rupa ini (RM_RM)
Tinggi lah juga drawer nya cuma tak ada lah lebar yang amat kan..
Just nice je aku tengok gambar nya.. 
Tapi bukan transparent lah kan.. tak kisah pon..
Alahai.. aku nak buat isi baju & barang² baby je pon..

Semalam pergi Giant Tampoi dengan husband untuk cari 5 tier drawer tu..
Kat Giant ada sales gak tapi drawer yang sama macam yang adik aku tengok tu harganya RM55.90..
Kan dah beza harganya tu.. 
RM55.90 - RM38.90 = RM17.00
Siapa nak bagi RM17 tu sayang oi~!!

Dengan tak puas hatinya aku ajak husband aku pergi Tesco Bukit Indah pula..
Kat sana kami jumpa drawer macam yang adik aku tengok tapi harganya RM59.90..
Memang tak puas hati lah kan.. *kenapa Tesco ni mahal pula??
Husband aku dah gelak² kan aku dah sebab harganya lagi mahal dari kat Giant tadi..
Aku masih tak puas hati sebab kat situ tulis brand lain & tak sama dengan brand drawer tu..
Aku pusing pula row sebelah then... jeng.. jeng.. jeng..
Kalian tahu apa aku nampak???
Mesin pengimbas barcode.. ala mesin yang bila kita scan barcode nanti papar harga barang tu..
Kat Tesco, Giant biasanya mesti ada kat celah² rak barang..
See.. memang Allah nak bagi aku peluang berjimat tu..
Terus suruh husband angkat drawer tu untuk diimbas barcode nya..
Terbukti harganya RM38.90.. YES~!!!! 
*Nasib tak melompat lah aku kat situ.. hahaha
Puas hati sangat.. Inilah drawernya..


Saja ambil warna pink sebab dah memang warna tu je yang ada kat situ.. hahaha
Husband siap tanya, 'Perlu ke warna pink semua??'
Hahahaha~ Dah itu je pilihan yang ada kan..
Nak tahu sebab apa beliau berkata begitu??
Kat rumah aku ada beli bakul kecil, kotak kontena yang transparent warna pink..
Rimas katanya tengok pink semua.. hahahaha
Dah pink je yang menarik pon..
Padahal ada je bekas biru & purple yang aku beli kat rumah tu..
Lantak lah.. yang penting aku dah dapat apa yang dicari..

Dengar cerita sekarang memang Tesco tengah sales taw..
Ramai membe² yang beli susu anak siap pusing semua Tesco yang ada kt JB gara² susu yang sales tu dah tak ada stok..
Sementara boleh jimat ni moh lah kita berjimat..


Notakakitangan : Tak sabarnya ibu nak susun baju² & barang² baby letak kat drawer pink ini.. masa ibu & abi pergi cari drawer ni, baby pon macam excited je kan?? asyik kick² perut ibu je.. sukalah tu.. hihi.. ok², nanti malam kita kemas ya sayang.. 



Khamis, 10 Oktober 2013

Diari Hamil : 34 weeks



Peringatan : Entry ini sangat panjang.. harap maaf lah kalau kalian tak lalu nak baca.. Sebab ini untuk dikenang oleh si ibu.. nanti bila² boleh baca semula..


Rasa macam sekejap je masa berlalu..
Sudah melepasi 34 minggu kehamilan..
So far baby sangat aktif & ibu pon sangat bahagia dengan keaktifan itu..
Setiap kali abi tersedar dari tidur, mesti letak tangan kat perut ibu..
Sebab anak ibu & abi ni awal pagi sudah bangun..
Mulalah kick sana kick sini.. 
Lepas tu abi senyum sendiri.. hihi

Terima kasih ya Allah kerana Engkau telah berikan aku nikmat kurniaan ini..

07.10.2013 adalah hari check up..
Ibu dah mula check up 2 minggu sekali..
Isnin tu ibu kena injection untuk kancing gigi dos ke2..
Dari pagi lagi ibu seperti hilang selera makan..
Tunjuk lah makanan sesedap mana pon depan ibu memang ibu tak heran..
Terliur pon tidak..
Pagi tu ibu cuma sarapan bihun goreng sikit & susu hi-goat 1 cawan..
Sampai pejabat memang ibu tak makan apa²..
Sampai kakak opis pon pelik tengok ibu tak makan²..
Ada je bawak bekal roti coklat..
Tapi dah namanya hilang selera, memang tak lalu makan lah..
Jam 12 tengahari (lunch hour 12pm-100pm) ibu dah balik sebab nak ke KK Kempas..
Sampai rumah ibu terus masuk bilik dan baring² di katil dan terus tertidur..
Sebelum tertidur dah set alarm kul 1.30ptg..
Alarm bunyi ibu pon bangun..
Solat & makan roti 1 plastik yang kecik tu je..

Tok mak & m.usu tanya ibu tak nak makan dulu ke?
Serius memang tak rasa nak makan..
Ibu cuma minum air sahaja..
M.usu hantar ibu ke KK Kempas..
Balik m.usu jemput ibu..

Masa kat KK ibu makan lagi roti & minum air putih je..
Tengok kacang macam nak beli tapi sayang pula rasa kalau tak dimakan..
Hihihi~ gediks je kan??

Kali ni memang sangat lama kot ibu kat KK Kempas..
Dari 2.30ptg - 4.30ptg..
Ni aturan pemeriksaannya :
1) Kaunter 3 ~ ambil buku pink
2) Makmal 8 ~ uji air kencing & check darah
3) Bilik 9 ~ timbang berat & check tekanan darah
4) Bilik 13 ~ ukur tinggi rahim & sesi soal jawab.. masa ni ibu cakap kaki ibu gatal² so nurse suruh jumpa doktor
5) Bilik 14 ~ injection untuk kancing gigi dos ke2
6) Bilik 10 ~ jumpa doktor.. sesi soal jawab then doktor suruh ambil ubat
7) Bilik 9 ~ pulang buku pink & ada sesi ramah mesra pula dengan nurse kat situ.. saja lah tu.. hihi
8) Farmasi ~ ambil ubat.. kali ni tak perlu ambil no.giliran.. PA kat situ terus je bagi vitamin 4 serangkai + ubat gatal..

Sampai rumah petang tu ibu tolong tok mak & m.usu kemas² kedai lepas tu ibu masuk bilik & tidur..
Ibu tidur hingga tak sedarkan diri sampai jam 8.30malam..
Boleh pula tak ada yang kejut tu..
Terlajak lah maghrib ibu.. subhanallah..
Bangun tidur terus mandi.. still tak ada selera nak makan lagi..
Minum air je sebab takut kurang air pula dalam badan..
Kesian anak ibu tak makan..
Tetiba ibu rasa mual macam nak muntah..
Tak sempat sampai toilet ibu dah bueks kat tengah laman..
Muntah air je pon.. aduhai.. dugaan..
Masa tu abi belum balik lagi..
So menjera lah ibu cari mop nak mop muntah tu..
M.usu tolong ibu gak.. 
Tok mak tidur, m.der keluar, tok ayah kerja..
Lepak semula.. melepek ibu kat katil..

Oleh sebab abi tak balik kerja lagi, ibu call abi minta belikan bubur..
Abi balik bawa bubur then ibu makan..
Ibu makan separuh je.. lagi separuh abi yang habiskan..
Agak² lepas sejam makan, ibu sambung tidur..
Masa ni badan ibu dah panas dah..
Asyiklah berpeluh².. padahal kipas depan mata je.. huhuhu

Esoknya bangun badan dan rasa bisa² tak larat nak bangun..
Minta tolong abi wsapp bos beritahu ibu MC tak datang kerja..
Tangan yang kena inject ni pon rasa kebas + lenguh² je..
Memang ibu layan mata atas katil lah..
Kesian suami, ibu tak bekalkan apa² pon..
Kalau abi pandai, mesti dia ambil sendiri kat kedai tok mak kan syg?? hihi

Kul 10pagi bangun mandi then makan ubat..
Lepas tu basuh baju 2 trip..
Sarapan ibu makan roti sekeping + horlicks..
Lepas sarapan sidai baju pula.. masa ni dah kul 12tgh pon..
Lepas sidai baju masuk bilik semula sambung aktiviti DIY ibu..


Tak padan sakit² kan?? hahahaha

Kul 2.30ptg turun lunch pula..
Ibu ambil nasi separuh + ikan goreng + petola masak air..
Itu pon ibu makan 4-5 suap je lepas tu tok mak yang habiskan..
Masih tak ada selera..
Aduhai~ manalah perginya selera ibu kan??
Dah 2 hari tak ada selera makan tambah pula dengan cirit..
Memang perfect sangat..
Makan tak banyak tapi keluar tercerna lagi banyak..
Muntahnya lagi.. isk.. dugaan betol ni..

Malamnya pula ibu teringin nak makan coleslow + whipped potato KFC..
Abi balik kerja, mandi then makan nasi..
Sebelum abi makan tu ibu cakap nak makan KFC..
Abi boleh cakap tak payah, makan nasi je..
Terus ibu touching sayang.. genang air mata dah..
Ibu protes lah, 'kalau macam itu abi makan sendiri.. dah lah 1 hari tak makan, baru minta KFC dah tak bagi'.. muncung² ibu masuk bilik semula..
Tersengeh² abi pujuk ibu..
'Ok² lepas ni kita g makan KFC ya'.. hahaha
Nak kena ada drama gak tu.. Sabar je lah laki aku ni taw..

Harap² hari esok lebih baik dari hari ini..




Rabu, 9 Oktober 2013

Susun Atur : Barangan Persiapan Diri Seharian




Hahahahahahahaha~!!!!
Tajuk memang tak boleh blah..
Tak tahu nak kategori kan barang² tu semua sebagai apa..
Nak kata toiletries bukan kot..
Walau pun dalam tu memang ada shower gel suami..
Apa yang ada dalam kotak tu?
Ada pelbagai jenis lotion, toner, shower gel suami, perfume, body mist, deodorant, minyak baby, make up base, bedak compact, bedak baby & vaselin..
See?? kan macam² ada dalam tu..
So memang tak tahu nak kategori kan sebagai apa..
Kesimpulannya, barang² itu semua kami gunakan setiap kali bersiap² untuk ke pejabat atau keluar jalan² dan setiap kali lepas mandi..
Lepas mandi mestilah nak wangi² kan?? hahaha
Barulah rasa fresh.. pegh~!! memang menawan..