As salam.. Hai semua..
Last week rad ada share pasal kesihatan yang tak berapa nak ok..
Dengan selera makan yang entah ke mana..
Boleh dikatakan seminggu juga rad cirit-birit..
1 hari tu 3x membuang..
So tak sempat lah makanan² tu nak bertapak lama dalam perut iols ni.. hihi
Orang cakap cirit ni antara tanda² nak bersalin..
Semoga Allah permudahkan urusan bersalin ku nanti.. Amin..
Nak dijadikan cerita, sabtu hari tu selera makan pon dah ok sikit..
Iols ikut my parents pergi kenduri kahwin..
Melantak nasi minyak & mee rebus.. hahaha
See, bila sihat sikit je makan macam naga.. hihi
Malam pula makan sup daging favourite suami..
Ahad kami suami & isteri ke Batu Pahat dengan 1 misi je..
Nak pergi ambil brownies Kartika Sari made in Bandung.. hihihi
Mereka² ini cakap iols demand hover taw..
Yelah, ngidam yang jauh² saja
Membe suami ada ke bandung Sabtu-Isnin hari tu..
Siapa suruh dorang upload cerita kat sana?
Kan si ibu sudah mengidam..
Tak sangka pula dorang belikan juga..
Sebab dalam hati ni dah terdetik dah..
Kalau ada rezeki, dapatlah baby ibu ni rasa.. *usap perut sambil senyum..
Sayang sangat kat dorang..
Dorang siap belikan pisang keju sekali..
Bukan main suka suami makan.. hihi
Thank you so much my dear friends..
Nak dijadikan cerita pula, membe suami ni nak pegi dating dengan isteri dia pergi tengok wayang..
Dorang ajak kami join sekali..
Isteri kan tempatnya di sisi suami..
So iols follow je suami iols.. hihihi
Sebelum layan movie, kami pergi makan Asam Pedas dulu..
Tapi rasanya hampeh je..
Dulu dorang cakap kedai ni paling syiok taw asam pedas nya..
Tapi semalam tu macam tak syiok je..
Nasi biji limau pula tu..
Iols makan separuh je.. hihihi
Next time boleh cuba kedai lain pula..
Hah~!! korang pernah dengar pasal MEE RACUN tak?
Famous taw~!! Siap masuk papers lagi..
Lama dah teringin nak rasa mee ni..
Lepas layang movie, kami serbu kedai ini..
Nasiblah dekat je dengan BP Mall.. hihi
Memang rezeki kami lah hari tu..
Inilah rupanya Mee Racun yang famous tu..
Yang ada gearbox tu suami punya..
Menunya Mee Racun Special 1..
Iols makan Mee Racun biasa saja..
Tak pandailah nak makan gearbox tu.. hihihi
Rasa mee racun ni??
Macam lebih kurang mee bandung tapi versi tak ada kacang..
Kuah nya guna stok rebusan daging kambing..
Bahan² yang ada dalam tu tauhu, kentang, telur & sedikit daging..
Rasanya memang tip top..
Nanti lepas pantang nak return semula lah.. hihi
Dorang cakap, seawal jam 10pagi tukang masak ini akan rebus gearbox ni menggunakan api yang kecil sahaja hingga ke petang..
Tujuannya adalah untuk memudahkan pelanggan memakan isi² yang ada di gearbox itu sendiri..
Tapi memang serius lembut + empuk dagingnya..
Suami cuma perlu kuis sikit je & tak perlulah beria² nak makan isi di gearbox tu..
So tak adalah istilah daging terpelanting ke apa ya.. hihi