Lepas je siap KC ni aku terus bersemangat berkobar-kobar nak susunatur & kemas barang-barang dalam KC..
Tapi bila bersemangat ni tetiba ada pula benda yang kurang masa susunatur ni terus terbantut mengemas kan?? huhuhu
Alasan sangat lah aku ni.. hahaha
So aku kemas mana yang ada dulu..
Ni rak atas bahagian tengah..
Aku susun segala gelas, mug & cawan yang ada..
Di rumah ni ada 3 orang je..
Tapi banyak kemain lagi gelasnya..
Itu ada yang hadiah kahwin, ada yang mama bagi, ada yang koleksi orang bagi masa pergi kenduri kahwin & koleksi sendiri..
Bahagian bawah kiri tu aku letak bekas kuih raya..
Itu pon dapat hamper raya masa 2011..
Yang bekas kecil tu dapat masa pergi kenduri kahwin..
Itu pon ada 4 balang kaca aku dah guna untuk tea/coffee area..
Yang tu nanti aku review ya..
Yang cawan plastik tu standby untuk kanak-kanak..
Senang, tak bimbang pecah..
Kalau jatuh pun rilex lagi.. hahahaha
1. Shelf IKEA
Korang perasan tak aku guna shelf untuk susun gelas & tea set?
Sangat membantu menjimatkan ruang..
Aku beli kat IKEA..
Ada 2 saiz tapi aku up hanya saiz yang besar sahaja..
Kalau yang kecil tu RM11.90..
Saiznya separuh dari yang besar ni..
Aku suka pakai shelf yang ini sebab materialnya besi..
Jadi shelf ini boleh menampung berat bebanan kaca..
Aku beli 1 besar, 2 kecil..
Nanti kalau ada ke IKEA aku nak borong lagi..
Siap dah beritahu suami awal-awal lagi..
Kalau ke IKEA nak beli shelf ni banyak-banyak..
Siap tunjuk lagi cara aku guna so senang suami nak approve permohonan aku ni.. hahahahah
2. Table Mate Mr DIY
Setiap KC aku alaskan dengan Table Mate..
Beli di MR DIY je..
Harga yang paling murah je RM0.80 sahaja sekeping..
Tujuannya untuk mengelakkan dari kesan calar di permukaan KC & gelas/mug..
Lagi satu dapat mengelakkan bunyi yang ngilu tu..
Inilah 2 benda yang aku perlu untuk susunatur barang dalam KC aku ni..
Sedikit sebanyak dapat membantu dalam penggunaan ruang secara maksimum & lancar..
To be continue....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan