Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 19 Mei 2015

Tips :: Rajin Memasak Setiap Pagi




Ini entry type semalam..


Tadi pagi aku upload gambar #menuliyana macam biasa..
Biasanya menunya berulang2 je..
Kalau deco lain dari sebelumnya baru aku ambil gambar..
So tak adalah bosan sangat orang nak tengok kan..

Ada kenalan aku kat fb minta share tips..

'Akak keje ke? Share tips skit cmne nk rjn sediakan cm2.. Haha'

Aku ni bukan lah rajin sangat or pandai masak sangat..
Pada aku cukup husband tak complaint & boleh dimakan..
Kalau complaint, aku akan cuba perbaikinya..
Kalau nak tahu, suami aku ni kalau bab merasa apa yang kurang dia memang pandai..
Tapi bab memasak ni dia ada sikit tak kuasa.. hahaha
Ops.. jauh tersasar dari tajuk ni.. hahaha

Tips No.1
Sebenarnya aku memang dah set dalam otak ni nak suami makan hasil air tangan isterinya..
So bila ada anak, aku tambah mind set aku pula..
Aku nak suami & anak makan makanan yang aku masak..
Biasanya aku akan masak pagi..
Kalau masak nasi putih & lauk, aku masak lebih terus untuk malam..
Ini kadang-kadang saja lah.. hihi
Kalau petang, liyana asyik nak berteman je memang tak sempat masak lah bila suami balik..
Kalau suami balik dia cakap boleh tunggu, barulah aku masak..
Tapi biasanya aku akan sempatkan juga..
Kadang tu tahan jelah telinga bila anak dara tu menangis panggil kita ni..
Huhuhu~ Macam kejam je rasa..
Tapi kalau tak masak, nanti suami balik kerja penat-penat, lapar pula..
So aku cuba manage kerja rumah aku..

Tips No.2
Pagi sebelum pergi kerja keluarkan bahan mentah yang kita plan nak masak untuk makan malam..
Kalau untuk masak pagi pula, keluarkan malam sebelumnya..
Bahan mentah tu letak di bahagian bawah dalam peti ais/chiller..
Tak pun rendam dalam air & simpan di bahagian chiller..
So bila nak guna tu tak perlulah nak tunggu lama..
Rendam setengah jam macam tu dah boleh guna untuk memasak..

Tips No.3
Blander bawang merah/putih/cili untuk stok seminggu..
Nak masak tinggal cedok je.. hihi

Tips No.4
Siang sayuran yang nak dimasak malam sebelum tidur..
Atau pon siang siap2 sayuran untuk stok seminggu..
Yang ini macam pernah lihat minah saleh buat..
Nanti kejap ya nak search gambar..
Ok, dah jumpa..



Ok, sekian sahaja tips untuk hari ini..
See you..










Tiada ulasan:

Catat Ulasan