Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 14 Mei 2015

Dapur :: Breakfast & Tea/Coffee Area #1




Inilah dia bahagian yang aku nak ketengahkan hari ini..
Breakfast & tea/coffee area..
Terletak bersebelahan dengan peti sejuk..
Senang nak capai susu, butter atau cheese dalam peti sejuk.. 
Kettle air pula sebelah tu je.. Tak masuk dalam gambar pula.. huhu..
Buat masa ni aku tak guna lagi termos yang dapat cabutan bertuah hari tu..
Alasannya sebab liyana tak minum FM so air panas jarang digunakan..
So ibu simpan untuk adik baby la ya kakak liyana..
Tapi nampak macam semak kan banyak barang kat situ??
Tak apa, kita praktikkan dulu cara ni..
Kalau tak sesuai kita ubah lagi..
Sebenarnya ni kali kedua aku ubah..
Sebelum ini tak ada rak hijau tu..
Bila tak ada rak, ruang jadi terhad sebab tak banyak barang boleh letak..
Bila ada rak banyak pula barangya.. hahahaha





Ada pelbagai jenis teh  & perisa teh..
Ada nescafe (free masa check in hotel)..
Ada milo, susu tepung, horlicks, nestum,madu sache & sampel susu untuk liyana..




Mug pon aku letak di sini siap-siap..
Senang bila suami nak buat/minum air..
Semuanya ada di situ..
Sudu dalam laci bawah tu je..




Ni bakul untuk set breakfast..
Letak cereal, biskut, nutella & roti..
Tu banyak bekas sebab dah siap masuk bekas untuk kudapan liyana..
Biasanya aku akan masukkan dalam bekas kecil2..
So pagi2 tak kelam kabut nak siap bag bekal liyana..




Ok, itu dia kettle yang kita cakapkan tadi..
Kettle ni hadiah masa kahwin 2 tahun lepas..
Start guna masa duduk rumah ni..
Setahun lebih juga dah dia berjasa,, hihiihi

Ok, DONE..
Next...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan