Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 21 Mei 2015

Tips :: Tak Mahu Baju Renyuk Beribu Bila Malas Lipat??




Inilah cara aku..
Biasanya masa angkat baju, aku akan lipat 4 @ 2 kemudian masuk bakul..
Bila dah lipat 4 @ 2 ni, aku tak berapa bimbang baju akan kedut beribu..
Tapi sebelum lipat masuk bakul tu, aku akan tegang-tegangkan baju sikit..
Konon-konon tak renyuklah buat macam tu.. hahaha

Lagi 1 tips ialah masa sidai baju..
Ada orang, baju keluar mesin je terus sidai..
Masuk hanger kat tempat leher kemudian sangkut di ampai..
Korang kebas tak bajunya?
Kadang-kadang kan kaki seluar terlipat atau tergulung ke..
Bila nak angkat baru perasan..
Bila betulkan seluar tu mestilah masih basah lagi bahagian yang terlipat tu..
Oleh itu, aku akan kebas dulu baju, seluar atau apa sahaja yang aku sidai sebelum sangkut kat hanger..
Lepas dah sidai tu, aku akan pastikan tak ada bahagian yang terselit, terlipat. tergulung atau apa sahaja yang boleh menghalang ia kering..
Lagi-lagi seluar kerja En Suami, jenis banyak poket..
Memang aku akan pastikan semua poket terkeluar sebab aku jenis sidai bahagian dalam yang kena matahari..
So setiap kali basuh baju, aku akan pastikan semua pakaian tidak terbalik..
Bila sidai baru aku terbalikkan..
Bahagian dalam baju/seluar di luar..
Atok perempuan aku cakap, supaya pakaian tak cepat pudar..
Hihihihi..
Ok, dah ada 2 tips yang aku kongsi kat entry ni.. 

Ok, see you next entry..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan