Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 25 Mei 2015

Dapur :: Spice




Banyaknya balang, penuh laci.. hihihi
Ini antara rempah ratus & segala bahan untuk memasak..
Buat masa ni letak dlu dlm laci..
Bila nak masak baru keluarkan..
Itu pun ikut keperluan memasak..
Idok ler aku keluarkan semuanya..
Tengah dalam perancangan nak letak dalam bakul then simpan dalam laci..
Tapi belum jumpa bakul yang sesuai dengan saiz laci ni..
Sajalah tu nak ke DIY, Daiso @ Eco Shop kan..
Sesuatu sangat taw.. hahahaha

Sebelum ada KC ni, aku letak kat sebelah dapur..
Tenggekkan atas shelf ikea..
Rasanya macam tak pernah ambil gambar pula..
Tak apa, kalau ada nanti aku update ya..
Cara tu praktikal juga..
Tapi sekarang ni nak ubah selera nak cuci mata..
So kita kasi ubah lah..
Mana tahu esok lusa tulat dah bosan, kita ubah lagi..
Yang penting praktikal & tak makan ruang..
Table top tu pon memanjang..
Tapi still rasa macam tak cukup luas.. hahaha
Tamak ruang kan???
Kalau boleh nak selesa bila di dapur ni..

Ok, see you next entry..





Jumaat, 22 Mei 2015

Dapur :: Utensil




Rasanya seperti laci untuk simpan utensil ni macam kecil je.. 
Tak muat aku nak letak set sudu garpu Liyana yang colourful tu.. haha
Erm... nak kena tukar wajah atau pun abaikan dulu ya??
Tak mengapa, kita bagi guna dulu cara ni..
Agak tak praktikal aku ubah lagi.. hihihi

Tapi kan, ok je sebenarnya..
Cuma macam ada yang kurang..
Maybe kena ubah sikit kot..
Sebab memang sikit sangat utensil yang boleh letak kat laci ni..
Ni laci yang atas..
Ada 2 laci lagi di bawahnya..
Itu aku cerita dalam next entry ya..
Ok, see you..




Khamis, 21 Mei 2015

Tips :: Tak Mahu Baju Renyuk Beribu Bila Malas Lipat??




Inilah cara aku..
Biasanya masa angkat baju, aku akan lipat 4 @ 2 kemudian masuk bakul..
Bila dah lipat 4 @ 2 ni, aku tak berapa bimbang baju akan kedut beribu..
Tapi sebelum lipat masuk bakul tu, aku akan tegang-tegangkan baju sikit..
Konon-konon tak renyuklah buat macam tu.. hahaha

Lagi 1 tips ialah masa sidai baju..
Ada orang, baju keluar mesin je terus sidai..
Masuk hanger kat tempat leher kemudian sangkut di ampai..
Korang kebas tak bajunya?
Kadang-kadang kan kaki seluar terlipat atau tergulung ke..
Bila nak angkat baru perasan..
Bila betulkan seluar tu mestilah masih basah lagi bahagian yang terlipat tu..
Oleh itu, aku akan kebas dulu baju, seluar atau apa sahaja yang aku sidai sebelum sangkut kat hanger..
Lepas dah sidai tu, aku akan pastikan tak ada bahagian yang terselit, terlipat. tergulung atau apa sahaja yang boleh menghalang ia kering..
Lagi-lagi seluar kerja En Suami, jenis banyak poket..
Memang aku akan pastikan semua poket terkeluar sebab aku jenis sidai bahagian dalam yang kena matahari..
So setiap kali basuh baju, aku akan pastikan semua pakaian tidak terbalik..
Bila sidai baru aku terbalikkan..
Bahagian dalam baju/seluar di luar..
Atok perempuan aku cakap, supaya pakaian tak cepat pudar..
Hihihihi..
Ok, dah ada 2 tips yang aku kongsi kat entry ni.. 

Ok, see you next entry..




Rabu, 20 Mei 2015

Anakku :: Dengan Kakak Rasa Selamat





Kemain dia main benda bunyi2 goyang2 ni dengan kakak..
Bila tengok dari jauh macam excited je nak naik..
Bila dudukkan terus peluk kita erat2..
Bila duduk dengan kakak, molek pula dia..
Siap nyanyi2 lagi.. hahaha
Penakut lah tu anak ibu ni kan??
Tak apa, nanti main lagi dengan kakak ya sayang..





Selasa, 19 Mei 2015

Tips :: Rajin Memasak Setiap Pagi




Ini entry type semalam..


Tadi pagi aku upload gambar #menuliyana macam biasa..
Biasanya menunya berulang2 je..
Kalau deco lain dari sebelumnya baru aku ambil gambar..
So tak adalah bosan sangat orang nak tengok kan..

Ada kenalan aku kat fb minta share tips..

'Akak keje ke? Share tips skit cmne nk rjn sediakan cm2.. Haha'

Aku ni bukan lah rajin sangat or pandai masak sangat..
Pada aku cukup husband tak complaint & boleh dimakan..
Kalau complaint, aku akan cuba perbaikinya..
Kalau nak tahu, suami aku ni kalau bab merasa apa yang kurang dia memang pandai..
Tapi bab memasak ni dia ada sikit tak kuasa.. hahaha
Ops.. jauh tersasar dari tajuk ni.. hahaha

Tips No.1
Sebenarnya aku memang dah set dalam otak ni nak suami makan hasil air tangan isterinya..
So bila ada anak, aku tambah mind set aku pula..
Aku nak suami & anak makan makanan yang aku masak..
Biasanya aku akan masak pagi..
Kalau masak nasi putih & lauk, aku masak lebih terus untuk malam..
Ini kadang-kadang saja lah.. hihi
Kalau petang, liyana asyik nak berteman je memang tak sempat masak lah bila suami balik..
Kalau suami balik dia cakap boleh tunggu, barulah aku masak..
Tapi biasanya aku akan sempatkan juga..
Kadang tu tahan jelah telinga bila anak dara tu menangis panggil kita ni..
Huhuhu~ Macam kejam je rasa..
Tapi kalau tak masak, nanti suami balik kerja penat-penat, lapar pula..
So aku cuba manage kerja rumah aku..

Tips No.2
Pagi sebelum pergi kerja keluarkan bahan mentah yang kita plan nak masak untuk makan malam..
Kalau untuk masak pagi pula, keluarkan malam sebelumnya..
Bahan mentah tu letak di bahagian bawah dalam peti ais/chiller..
Tak pun rendam dalam air & simpan di bahagian chiller..
So bila nak guna tu tak perlulah nak tunggu lama..
Rendam setengah jam macam tu dah boleh guna untuk memasak..

Tips No.3
Blander bawang merah/putih/cili untuk stok seminggu..
Nak masak tinggal cedok je.. hihi

Tips No.4
Siang sayuran yang nak dimasak malam sebelum tidur..
Atau pon siang siap2 sayuran untuk stok seminggu..
Yang ini macam pernah lihat minah saleh buat..
Nanti kejap ya nak search gambar..
Ok, dah jumpa..



Ok, sekian sahaja tips untuk hari ini..
See you..










Isnin, 18 Mei 2015

Anakku :: Main Air Sambil Belajar



Tarikh : 08.05.2015
Lokasi : Garaj depan rumah




Kemain sangat kan dia main air ni..
Saja pakaikan swimming suit..
Boleh feeling2 kat swimming pool.. hahahaha

Nampak tak ada mainan kat dalam pool tu?
Sambil main air sambil kita belajar..
Bila sebut bahasa melayu jadi suku katanya panjang..
Contohnya BIN TANG..
Bila english STAR..
Liyana lagi cepat belajar bila english..
Tapi masih pelat2 dia lah kan..
Janji ada inisiatif nak menyebut perkataannya..
Good Job sayang..




Sabtu, 16 Mei 2015

1 tahun 5 bulan



Tarikh : 10.05.2015
Lokasi : Dapur Ibu






Tengok tu mainan penuh bakul..
Dalam bakul tu ada sayur & buah-buahan..
Boleh cabut2 buat main masak2..
Mainan tu bukan sentiasa dalam bakul..
Biasanya bersepah atas lantai tak pun dalam periuk main masak2..
Tapi pandai, bila kita minta kutip mainan masuk bakul nanti dia cari bakul kemudian kutip mainan satu2 masuk bakul sambil mengira.. hihihi
3 in 1.. Kiranya ala2 homeschooling liyana lah..

Budak ini memang pantang nampak kamera hp dah sekarang ni..
Mula lah nak posing senget2 kepala..
Mana lah awak belajar posing senget kepala ni kan? hihihi
Ibu dah mula rindu awak..
Sabar ya.. hari ni ibu kerja halfday, pukul 1ptg ibu balik ya.. 




Jumaat, 15 Mei 2015

Dapur :: My Mini Pantry



Before



After



Tak sampai sebulan dah bertukar wajah.. hahaha
Ini boleh dikategorikan sebagai mini pantry ke??
Yang pasti di bahagian ini lah aku letak segala jenis stok makanan & minuman..
Bahagian atas aku letak stok bihun, spagetti, pasta, maggie, biskut, tepung, gula, makanan dalam tin.. 
Bahagian bawah pula aku letak stok minuman seperti air zamzam, kordial, teh, susu pekat, milo, horlicks dll..
Bila letak stok makanan dalam tin nampak lebih tersusun kot..
Tapi kalau gambar before pon ok je sebab tersusunkan..
Tapi sekarang ni macam ada ubah sikit lagi.. hihihi
Nantilah next entry ya..

Ok, pantry DONE..

Next...







Khamis, 14 Mei 2015

Dapur :: Breakfast & Tea/Coffee Area #1




Inilah dia bahagian yang aku nak ketengahkan hari ini..
Breakfast & tea/coffee area..
Terletak bersebelahan dengan peti sejuk..
Senang nak capai susu, butter atau cheese dalam peti sejuk.. 
Kettle air pula sebelah tu je.. Tak masuk dalam gambar pula.. huhu..
Buat masa ni aku tak guna lagi termos yang dapat cabutan bertuah hari tu..
Alasannya sebab liyana tak minum FM so air panas jarang digunakan..
So ibu simpan untuk adik baby la ya kakak liyana..
Tapi nampak macam semak kan banyak barang kat situ??
Tak apa, kita praktikkan dulu cara ni..
Kalau tak sesuai kita ubah lagi..
Sebenarnya ni kali kedua aku ubah..
Sebelum ini tak ada rak hijau tu..
Bila tak ada rak, ruang jadi terhad sebab tak banyak barang boleh letak..
Bila ada rak banyak pula barangya.. hahahaha





Ada pelbagai jenis teh  & perisa teh..
Ada nescafe (free masa check in hotel)..
Ada milo, susu tepung, horlicks, nestum,madu sache & sampel susu untuk liyana..




Mug pon aku letak di sini siap-siap..
Senang bila suami nak buat/minum air..
Semuanya ada di situ..
Sudu dalam laci bawah tu je..




Ni bakul untuk set breakfast..
Letak cereal, biskut, nutella & roti..
Tu banyak bekas sebab dah siap masuk bekas untuk kudapan liyana..
Biasanya aku akan masukkan dalam bekas kecil2..
So pagi2 tak kelam kabut nak siap bag bekal liyana..




Ok, itu dia kettle yang kita cakapkan tadi..
Kettle ni hadiah masa kahwin 2 tahun lepas..
Start guna masa duduk rumah ni..
Setahun lebih juga dah dia berjasa,, hihiihi

Ok, DONE..
Next...




Rabu, 13 Mei 2015

Macam Dah Besar Sangat Je Gayanya



Tarikh : 09.05.2015
Lokasi : Pejabat Ibu




Tengok ibu minum guna bekal ni, dia pon sibuk nak juga..
Hamek ko sekali masuk mulut, penuh..
Confirm masuk mulut keluar balik.. hahahaha
Bolehlah anak oi..




Selasa, 12 Mei 2015

Happy Mother's Day




Happy Mother's Day Mama, Pn Norizan Binti Abdull Rahman..
Sayang Mama!!



Kek ni adeq yang buatkan..
Aku ada tag 1 video buat kek ni..
Terus adeq buat.. hihihihi




Khamis, 7 Mei 2015

Dapur :: Kitchen Cabinet #3



Lepas je siap KC ni aku terus bersemangat berkobar-kobar nak susunatur & kemas barang-barang dalam KC..
Tapi bila bersemangat ni tetiba ada pula benda yang kurang masa susunatur ni terus terbantut mengemas kan?? huhuhu
Alasan sangat lah aku ni.. hahaha
So aku kemas mana yang ada dulu..


Ni rak atas bahagian tengah..
Aku susun segala gelas, mug & cawan yang ada..
Di rumah ni ada 3 orang je..
Tapi banyak kemain lagi gelasnya..
Itu ada yang hadiah kahwin, ada yang mama bagi, ada yang koleksi orang bagi masa pergi kenduri kahwin & koleksi sendiri..
Bahagian bawah kiri tu aku letak bekas kuih raya..
Itu pon dapat hamper raya masa 2011..
Yang bekas kecil tu dapat masa pergi kenduri kahwin..
Itu pon ada 4 balang kaca aku dah guna untuk tea/coffee area..
Yang tu nanti aku review ya..
Yang cawan plastik tu standby untuk kanak-kanak..
Senang, tak bimbang pecah..
Kalau jatuh pun rilex lagi.. hahahaha

1. Shelf IKEA
Korang perasan tak aku guna shelf untuk susun gelas & tea set?
Sangat membantu menjimatkan ruang..
Aku beli kat IKEA..


Ada 2 saiz tapi aku up hanya saiz yang besar sahaja..
Kalau yang kecil tu RM11.90..
Saiznya separuh dari yang besar ni..
Aku suka pakai shelf yang ini sebab materialnya besi..
Jadi shelf ini boleh menampung berat bebanan kaca..
Aku beli 1 besar, 2 kecil..
Nanti kalau ada ke IKEA aku nak borong lagi..
Siap dah beritahu suami awal-awal lagi..
Kalau ke IKEA nak beli shelf ni banyak-banyak..
Siap tunjuk lagi cara aku guna so senang suami nak approve permohonan aku ni.. hahahahah

2. Table Mate Mr DIY
Setiap KC aku alaskan dengan Table Mate..
Beli di MR DIY je..
Harga yang paling murah je RM0.80 sahaja sekeping..
Tujuannya untuk mengelakkan dari kesan calar di permukaan KC & gelas/mug..
Lagi satu dapat mengelakkan bunyi yang ngilu tu..

Inilah 2 benda yang aku perlu untuk susunatur barang dalam KC aku ni..
Sedikit sebanyak dapat membantu dalam penggunaan ruang secara maksimum & lancar..


To be continue....