Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 27 Disember 2014

Vaseline Intensive Care




Kalau baca botol tu mesti macam takut kan?
Yelah, PETROLEUM JELLY lah katakan..
Hahahaha..
Sama je macam aku masa mula2 dulu nak pakai..
Tapi sebenarnya banyak kegunaan vaseline ni..

Antara kegunaannya, yang ini aku yang amalkan sendiri ya.. hihi

Kulit kaki kering & merekah


Korang pernah alami perkara ni tak?
Aku selalu juga tumit kaki kering ni..
Tambahan pula kat pejabat ni guna karpet & berhawa dingin..
Bila aku rasa tumit ni dah mula kasar je, laju2 aku sapu vaseline..
Lembut & lembap sikit.. hihi
Rasa macam kulit bayi pula..
Setiap kali lepas mandi memang akan aku sapu lotion atau pun minyak baby kat tumit ni..
Tapi tu sebelum ada anak lah.. hahahaha
Sekarang ni kat pejabat jelah pun yang ada masa untuk diri sendiri.. hihi
Setakat ni memang berkesan cara ni untuk tunit kaki ku yang kering..
Sekian..


Bibir kering & mengelupas


Aku ni kerap je bibir kering..
Kalau 1 hari tu tak cukup 2liter air aku minum memang sila siap sedia..
Bibir ku akan kering..
So dari situ aku dah tahu yang aku kurang minum air..
Dengan pantasnya aku sapu vaseline kat bibir ni..
Terus bersinar bibir ni.. hahahaha


Bertindak sebagai lips gloss


Lagi 1 bibir aku ni sensitif dengan produk bibir seperti lipstik & lips gloss..
Memang boleh kira berapa kali aku pakai lipstik ni..
Hahaha~ sensitif sangat..
So aku amalkan gunakan lips liner kemudian sapukan vaseline..
Tak pun sapu vaseline dulu kemudian lips liner..
Lepas tu kepit bibir tu untuk bagi lips liner & vaseline tu sekata..
Ok, cun !~


Siku kering


Kalau siku kering pun sesuai sapu vaseline tau..
Kasi lembap sikit kulit tu..
Lagi baik kalau dapat amalkan setiap kali lepas mandi..
Orang cakap lepas mandi kan kulit kita lembap so bila sapu vaseline lagi bertambah tahap kelembapannya.. hahaha..
Macam real je aku tulis bab kelembapan ni kan..
Tak pe yang pasti lepas mandi kalau sapu vaseline ni memang lembap & lembutlah siku kita ni..

ok, untuk kegunaan lain nanti aku buat entry lain ya..
Sebab buat masa ni memang ni jelah yang aku amalkan..
Bila dah amalkan baru boleh bagi tips..
Baru real kan??

Ok, sekian..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan