Inilah fail yang ada di rumah..
Setiap fail ada isi nya..
Masa ni tak dan nak label bagai.. hahaha..
Macam sibuk sangat je kan..
Fail2 ini letaknya di kabinet tv..
Ini hanyalah bersifat sementara sebab belum sempat lagi mengemas ruang untuk letak segala fail..
Tunggu kitchen cabinet siap baru lah ada ruang khas untuk fail2 ini..
Bakul hitam tu pula bertindak sebagai penyendal penghadang fail2 tersebut daripada tumbang..
Padahal molek je fail itu berdiri.. haha
Fail biru untuk suami.. semua geran & dokumen kenderaan ada dalam tu..
Fail jingga untuk dokumen jual beli rumah & perbelanjaan renovate rumah..
Fail putih untuk semua jenis bil & salinan dokumen diri..
Nak kena buat label juga ni..
Bagi lagi cun & senang cari..
Maybe next project..
Nampak tak apa ada dalam bakul hitam tu?
Daku panggil Bakul Ajaib..
Sebab apa ajaib??
Sebab macam2 ada dalam bakul itu.. kadang2 remote astro pon ada dalam itu..
Nampak tak ada beg pink & hijau?
Bag pink itu ada buku pink anak, medical card, surat beranak, gambar passport & segala macam tentang anak..
Beg hijau pula untuk ibu & abi..
Memang saja daku letak asing2 dalam beg kecil tu..
Lagi pun senang bila nak pergi check up anak terus capai beg pink..
Tak adalah terkial2 mencari merata tempat..
Bakul itu juga bertindak sebagai drop section..
Kalau ada surat, bil SAJ, TNB, ABN, loan rumah semua daku letak dalam tu..
Bila ada masa daku akan asing2 kan ikut Kategori dan masukkan dalam fail..
Kotak Ikea transparent tu daku letak bateri spare & lampu picit kecil..
Saja letak kat kabinet tv, senang nak capai bila tak ada current..
Ini fail berkaitan permohonan beli rumah..
Semua berkaitan rumah dalam ini..
Perbelanjaan renovate rumah pon daku letak dalam tu..
Sekarang ini fail jingga ini selalu menjadi bahan rujukan adik & kawan2 yang nak beli rumah..
Mereka akan rujuk fail ini untuk dokumen apa yang diperlukan untuk permohonan jual beli rumah & dokumen apa yang perlu kita minta dari peguam sebaik sahaja tamat jual beli..
Tentang jual beli rumah ni nanti daku share ya..
Sebenarnya dah ada entry dalam draft tapi tergantung tak sempat nak siap taip..
Ok, ini sahaja perkongsian daku pada petang ini..
Sekian, terima kasih..
Ok, Tata ~!
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsgt SUKA idea pemfailan macam ini!! :))
BalasPadamniat nak failkan begini jugak tapi belum sempat lagi.2015 boleh mula la buat ni.
BalasPadam