Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 8 Disember 2014

1 Year Old





17.11.2014
Selamat Ulang Tahun yg Pertama
wahai permata hati ibu & abi..
Nur Liyana Zafirah Binti Mohd Nur Hafiz


#throwback
Setahun yang lalu 17.11.2013 (Ahad) jam 11.23pagi ibu selamat melahirkan awak secara normal tetapi dgn bantuan forsep di Hospital Sultanah Aminah, JB..
Abi setia menemani ibu sepanjang tempoh ibu nak bersalin..
Padahal abi tu fobia dengan darah..
Tapi demi menemani ibu & awak, abi sanggup..
Nasib baik abi tak pengsan tengok darah.. hihi

Kenapa FORSEP?
Sebab ibu tak pandai teran..
Nurse2 kat labour room tu sentiasa bagi semangat kat ibu..
Ajar ibu cara nak teran tapi serius ibu tak pandai teran,,
Nurse cakap teran macam nak berak tu tapi ibu tak pernah teran kalau nak berak..
Macam mana tu?? Hahaha.. macam lawak pon ada bila ibu cakap
"saya berak tak pernah teran.. mana saya tahu macam mana.."
Tersengih nurse2 kat situ..
Memang riuh dalam LR tu bila kepala awak da nampak tau..
"1.. 2.. 3.. push!" ayat ni diulang berkali2..
Nurse siap bantu tekan perut ibu kiri kanan sebab nak awak keluar normal..
Tapi lepas sejam awak masih tak keluar lagi, doktor panggil abi..
Doktor beritahu mereka terpaksa gunakan alat bantuan nak bagi baby keluar sebab kalau lagi lama takot baby lemas..
Masa abi beritahu perkara tu terus berdebar hati ibu..
Ibu marah diri sendiri sebab tak pandai teran..
Lepas setengah jam doktor minta abi tunggu di luar LR sebab doktor dah sedia untuk gunakan FORSEP..
Sesungguhnya ibu memang tak pernah tahu tentang forsep..
Lepas bersalin barulah ibu cari apa itu forsep? macam mana bentuknya?


Nampak tu apa beza dengan vacum??
Lepas awak keluar tu nurse tunjuk awak kat ibu..
Nurse suruh kira jari cukup tak?
Then nurse ada beritahu baby kena forsep so ada bekas sikit kat pipinya..
Nurse siap tunjuk & ibu angguk je kepala..
Padahal ibu tak nampak pon apa yang nurse tunjuk sebab kan ibu rabun..
So masa bersalin tu cermin mata kena buka..
Alahai.. inilah nasib ibu yang rabun.. huhu

"Semoga Nur Liyana Zafirah, anak ibu ni menjadi anak yang solehah, taat pada perintah Allah, ibu & abi. Menjadi anak yang bijak, pandai & berjaya dunia akhirat.."




Tiada ulasan:

Catat Ulasan