Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 31 Disember 2014

Cara Daku Rancang Menu Anak



Sebenarnya kan, menu anak ini lagi pening nak fikir tau..
Yelah, tak semua anak boleh makan..
Dan sebolehnya taknak lah dedahkan anak dengan garam sebelum 2 tahun..
Saya sedang cuba sedaya upaya..



Inilah Menu Plan My Princess..
Warna Pink lagi tau..



Sebelum rancang menu my princess, biasanya daku akan senaraikan bahan mentah & bahan kering yang ada..
Bila dah nampak senarai bahan2 baru lah senang nak rancang..
Menu setiap hari adalah tidak sama seboleh-bolehnya..
Sebab my princess tu jenis cepat jemu..
Nasib ibu lah anak oi ~! hihi


Dalam seminggu itu daku akan pastikan my princess ada menu nasi berlauk, bubur, bihun & pasta..
Buah-buahan adalah wajib ada..
Itu pun kadang2 terlajak juga..
Biasanya kan, menu ibu adalah sama saja dengan menu anak..
Maknanya menu yang tiada garam..
Hahahaha ~! 
Tak mengapa, itu menu yang sihat..

Ok, sekian..
Tata



Cara Daku Simpan Agihan Perbelanjaan



Organizer Folder Daku


Tajuk macam gempak.. hahaha
Sebenarnya saja nak kongsi dengan semua cara simpan agihan perbelanjaan..
Setiap kali tiba hari gaji pasti fail ni berisi..
Ada isi tapi tak adalah tebal berkepok2.. hahaha
Setiap kali gaji, daku hanya rujuk pada senarai perbelanjaan yang sudah siap daku print untuk rujukan setiap bulan.. ada di bahagian depan sekali..
Kalau kalian perhati betul2 ada nampak sipi2 di situ.. hihi..


Nampak itu daku sudah siap asing2 kan perbelanjaan..
Kantoi sudah rahsia daku.. hahaha
So duit yang diperuntukan akan diagih-agihkan mengikut kategori..
Ada SAJ, TNB, Pengasuh, MBB, Affin Bank dan lain2..
Masa bujang asingkan letak dalam sampul duit raya..
Bila dah kahwin ni kasi upgrade pula..
Suami pun tumpang sekaki juga..

Ok, tamat sudah perkongsian daku..
Jumpa lagi di lain entry..

Selamat Tinggal 2014..
Selamat Datang 2015..





Cara Daku Simpan Dokumen/Bil




Inilah fail yang ada di rumah..
Setiap fail ada isi nya..
Masa ni tak dan nak label bagai.. hahaha..
Macam sibuk sangat je kan..
Fail2 ini letaknya di kabinet tv..
Ini hanyalah bersifat sementara sebab belum sempat lagi mengemas ruang untuk letak segala fail..
Tunggu kitchen cabinet siap baru lah ada ruang khas untuk fail2 ini..


Bakul hitam tu pula bertindak sebagai penyendal penghadang fail2 tersebut daripada tumbang..
Padahal molek je fail itu berdiri.. haha
Fail biru untuk suami.. semua geran & dokumen kenderaan ada dalam tu..
Fail jingga untuk dokumen jual beli rumah & perbelanjaan renovate rumah..
Fail putih untuk semua jenis bil & salinan dokumen diri..
Nak kena buat label juga ni.. 
Bagi lagi cun & senang cari..
Maybe next project..


Nampak tak apa ada dalam bakul hitam tu?
Daku panggil Bakul Ajaib..
Sebab apa ajaib??
Sebab macam2 ada dalam bakul itu.. kadang2 remote astro pon ada dalam itu..
Nampak tak ada beg pink & hijau?
Bag pink itu ada buku pink anak, medical card, surat beranak, gambar passport & segala macam tentang anak..
Beg hijau pula untuk ibu & abi..
Memang saja daku letak asing2 dalam beg kecil tu..
Lagi pun senang bila nak pergi check up anak terus capai beg pink..
Tak adalah terkial2 mencari merata tempat..
Bakul itu juga bertindak sebagai drop section..
Kalau ada surat, bil SAJ, TNB, ABN, loan rumah semua daku letak dalam tu..
Bila ada masa daku akan asing2 kan ikut Kategori dan masukkan dalam fail..
Kotak Ikea transparent tu daku letak bateri spare & lampu picit kecil..
Saja letak kat kabinet tv, senang nak capai bila tak ada current..


Ini fail berkaitan permohonan beli rumah..
Semua berkaitan rumah dalam ini..
Perbelanjaan renovate rumah pon daku letak dalam tu..
Sekarang ini fail jingga ini selalu menjadi bahan rujukan adik & kawan2 yang nak beli rumah..
Mereka akan rujuk fail ini untuk dokumen apa yang diperlukan untuk permohonan jual beli rumah & dokumen apa yang perlu kita minta dari peguam sebaik sahaja tamat jual beli..
Tentang jual beli rumah ni nanti daku share ya..
Sebenarnya dah ada entry dalam draft tapi tergantung tak sempat nak siap taip..
Ok, ini sahaja perkongsian daku pada petang ini..
Sekian, terima kasih..

Ok, Tata ~!



Liyana's Turn 1 : Hadiah Abi





Masa cuti Krismas hari itu, kami balik kampung Pontian..
Ada buat kenduri sikit..
Lepas sikit abi bawa kami anak beranak pergi bandar..
Niat di hati nak tengok2 je..
Sekali abi cakap boleh lah..
Kami pergi 2 kedai untuk survey harga dulu..
Kedai kedua barulah jumpa yang berkenan di mata suami ku itu..
Ok, ni hadiah hari jadi dari Abi ya, anak..
Hadiah dari ibu?? hahaha~
Next enty ya..



Petang semalam (30.12.2014) baru berkesempatan nak bawa dak kecik ni pusing2 naik kereta dia..
Bukan main happy lagi dia dapat pusing2 naik kereta dia..
Ibu & Abi happy bila awak happy..

Lupa ~! hari ini 30.12.2014 adalah hari lahir suami tersayang..
Happy Birthday suami ku tersayang ~!
Semoga awak sentiasa dirahmati & dilindungi Allah..
Amin Ya Rabb..
  





Sabtu, 27 Disember 2014

Vaseline Intensive Care




Kalau baca botol tu mesti macam takut kan?
Yelah, PETROLEUM JELLY lah katakan..
Hahahaha..
Sama je macam aku masa mula2 dulu nak pakai..
Tapi sebenarnya banyak kegunaan vaseline ni..

Antara kegunaannya, yang ini aku yang amalkan sendiri ya.. hihi

Kulit kaki kering & merekah


Korang pernah alami perkara ni tak?
Aku selalu juga tumit kaki kering ni..
Tambahan pula kat pejabat ni guna karpet & berhawa dingin..
Bila aku rasa tumit ni dah mula kasar je, laju2 aku sapu vaseline..
Lembut & lembap sikit.. hihi
Rasa macam kulit bayi pula..
Setiap kali lepas mandi memang akan aku sapu lotion atau pun minyak baby kat tumit ni..
Tapi tu sebelum ada anak lah.. hahahaha
Sekarang ni kat pejabat jelah pun yang ada masa untuk diri sendiri.. hihi
Setakat ni memang berkesan cara ni untuk tunit kaki ku yang kering..
Sekian..


Bibir kering & mengelupas


Aku ni kerap je bibir kering..
Kalau 1 hari tu tak cukup 2liter air aku minum memang sila siap sedia..
Bibir ku akan kering..
So dari situ aku dah tahu yang aku kurang minum air..
Dengan pantasnya aku sapu vaseline kat bibir ni..
Terus bersinar bibir ni.. hahahaha


Bertindak sebagai lips gloss


Lagi 1 bibir aku ni sensitif dengan produk bibir seperti lipstik & lips gloss..
Memang boleh kira berapa kali aku pakai lipstik ni..
Hahaha~ sensitif sangat..
So aku amalkan gunakan lips liner kemudian sapukan vaseline..
Tak pun sapu vaseline dulu kemudian lips liner..
Lepas tu kepit bibir tu untuk bagi lips liner & vaseline tu sekata..
Ok, cun !~


Siku kering


Kalau siku kering pun sesuai sapu vaseline tau..
Kasi lembap sikit kulit tu..
Lagi baik kalau dapat amalkan setiap kali lepas mandi..
Orang cakap lepas mandi kan kulit kita lembap so bila sapu vaseline lagi bertambah tahap kelembapannya.. hahaha..
Macam real je aku tulis bab kelembapan ni kan..
Tak pe yang pasti lepas mandi kalau sapu vaseline ni memang lembap & lembutlah siku kita ni..

ok, untuk kegunaan lain nanti aku buat entry lain ya..
Sebab buat masa ni memang ni jelah yang aku amalkan..
Bila dah amalkan baru boleh bagi tips..
Baru real kan??

Ok, sekian..







Jumaat, 26 Disember 2014

Annual Dinner??



Wah! Ada Annual Dinner lah..
Ni 1st time aku pergi..
Last year tengah berpantang..
A year before tu pula aku kahwin..
Hahahaha~ Ni 1st time..

Tema : 70'an

Ok, ini yang kusut sikit.. hahaha
Hover taw kau ni rad..
Masih tercari2 lagi fesyen yang sesuai untuk ibu menyusukan anak..



 






Isnin, 22 Disember 2014

semakin besar semakin banyak akal




Anak dara ku sudah 1 tahun 1 bulan 5 hari..
Di usia ini semakin banyak akalnya,,
Dalam gambar tu molek je dia duduk kat kereta mainan dia..
Sekarang ni siap berdiri atas kereta tu..
Terbeliak mata abi dia tengok..
Hahahahahaha

Gigi pun dah tambah lagi 1 batang gigi..
Kalau time menyusu, ibu standby je lah..
Walau apa pon, ibu enjoy melahirkan, menyusukan, membesarkan, mendidik awak wahai anak..
Semoga anak ibu ini menjadi anak yang solehah & berjaya di dunia & di akhirat.





Rabu, 17 Disember 2014

Brokoli pon Sumber Kalsium juga??





Sumber : google

Wah~! bila tengok gambar ni baru jelas kan?
Sebabnya aku ni pon macam kanak2 juga..
Kurang gemar penerangan cerita yang panjang lebar..
Nampak sangat tak suka membaca.. hahahaha

Jangan salah faham ya..
Aku memang dari zaman sekolah lagi suka membaca..
Tu yang sampai rabun tu..
Suka baca buku dalam cahaya samar, dalam kereta lah, baca buku dekat2..
Natijah nya aku rabun.. hahaha

Tapi disebabkan kini aku seorang ibu kepada seorang anak dara, aku lebih gemar membaca bahan bacaan yang ringkas & terus sampai maksudnya..
So no more tersirat2 lagi..
Sebab penggunaan masa aku adalah semaksima yang mungkin..
Setiap saat itu sangat berharga..
Sebab tu sekarang aku lebih gemar membaca bahan bacaan macam di atas..
Dari gambar terus sampai maksudnya.. hihi

Ok, sekarang ni tak perlu risau lagi kalau tak minum susu..
Dari bahan2 di atas tu pon kita dah boleh dapat sumber kalsium..
Paling best ialah brokoli..
Itu antara kegemaran my princess..


Jumaat, 12 Disember 2014

Jom main basikal






Ini kakak Damia (anak mak angah)..
Kakak bawa kita jalan2..
Tapi kita takut sebab kakak bawa laju..
Sebab tu kita pegang baju kakak erat2 & muka kita pun nampak cuak dalam ni..
Tunggulah kita pandai kayuh sendiri nanti..



Khamis, 11 Disember 2014

Walau sudah 1 tahun, baju newborn, 3 bulan pon boleh pakai lagi




7 bulan


1 tahun

Sebenarnya itu baju untuk baby 3-6 bulan..
Oleh kerana my princess halus sangat so baju tu masih boleh dipakai sehingga kini (1 tahun)..
Nampaknya ibu sudah boleh berjimat.. hihi
Tapi ibu pulak bosan tengok awak pakai baju tu lama sangat.. hahahaha
Nasib baik baju tu awak jarang pakai..
Sebulan adalah 3-4 kali pakai.. hahahahaha

Sebenarnya banyak je baju newborn yang awak masih boleh pakai kan anak..
Itu pon ibu dah pilih2 & asingkan baju2 nya..
Kalau baju basahan ibu tak kisah sangat..
So ibu banyak beli baju jalan je lah.. hihi

1 tahun
Berat : 7.7kg
Tinggi : 72cm
Gigi : 4 batang (atas) & 2 batang (bawah)
Kepintaran : sudah pandai tepuk tangan, give me 5, goyang2 badan bila ibu zikir @ dengar lagu nasyid & zikir, sudah main buat bubbling (bibir), dah pandai buka pampers sendiri, sudah makin mahir serba sedikit arahan, suka masuk bilik air (pantang buka pintu bilik air, nanti dia suruh kita buka baju dia nak masuk bilik air), berjalan, dah mula belajar berlari & melompat,  







Perlu buat sebelum ibu tidur




Nampak apa tu??
Sebelum tidur ibu akan capai 2 benda ni..
Pampers & wet tissue..
Biasanya jam 8-9mlm tu ibu da tukar pampers...
Sebelum malam memang ibu akan pastikan pampers anak bertukar..
Kasihan kat anak pakai pampers lebih daripada 6jam..
Boleh jadi ruam taw..


Letih benor tengok muka dia tidur..
Selamat malam sayang.. 



Rabu, 10 Disember 2014

1st Sippy Cup With Straw




Masa ni my princess baru 11bulan 20hari..
Sekali ajar je dah pandai sedut..
Before this ajar guna straw biasa je..
Dia tak pandai sedut pon..
Bila bagi Friso punya sippy cup terus pandai sedut..
Maybe sebab strawnya lembut je..
Bila dah pandai tu pegang tak mahu lepas..
Ibu nak refill air pon dia marah..
Terpaksa bawa dia pergi dapur tunjukkan jug air barulah dia kasi ibu refill..
Kalau tidak ibu dimarahnya.. hahaha



Selasa, 9 Disember 2014

Throwback : Liyana Zafirah 7 bulan





Masa ni anak dara tu baru 7 bulan..
Hantar my parents kt KLIA sebab nak tunaikan umrah..
My princess ni seorang yg aktif & ligat..
Kalau dukung tu memang terasa lenguh lah tangan lepas tu.. hahaha
Masa ni ibu & abi belum beli SSC lagi..

Dalam usia 7bulan, my princess dah pandai duduk sendiri, merangkak & sudah mula makan solid food..
Masa 6 bulan ibu buatkan awak puree buah & sayur..
7 bulan pula ibu buatkan awak bubur.. hihi
Masa ni dia nampak chubby sikit..
Tapi tetap kategori HALUS..
Walau apa pun, ibu & abi sayang kamu erat2..





Isnin, 8 Disember 2014

1 Year Old





17.11.2014
Selamat Ulang Tahun yg Pertama
wahai permata hati ibu & abi..
Nur Liyana Zafirah Binti Mohd Nur Hafiz


#throwback
Setahun yang lalu 17.11.2013 (Ahad) jam 11.23pagi ibu selamat melahirkan awak secara normal tetapi dgn bantuan forsep di Hospital Sultanah Aminah, JB..
Abi setia menemani ibu sepanjang tempoh ibu nak bersalin..
Padahal abi tu fobia dengan darah..
Tapi demi menemani ibu & awak, abi sanggup..
Nasib baik abi tak pengsan tengok darah.. hihi

Kenapa FORSEP?
Sebab ibu tak pandai teran..
Nurse2 kat labour room tu sentiasa bagi semangat kat ibu..
Ajar ibu cara nak teran tapi serius ibu tak pandai teran,,
Nurse cakap teran macam nak berak tu tapi ibu tak pernah teran kalau nak berak..
Macam mana tu?? Hahaha.. macam lawak pon ada bila ibu cakap
"saya berak tak pernah teran.. mana saya tahu macam mana.."
Tersengih nurse2 kat situ..
Memang riuh dalam LR tu bila kepala awak da nampak tau..
"1.. 2.. 3.. push!" ayat ni diulang berkali2..
Nurse siap bantu tekan perut ibu kiri kanan sebab nak awak keluar normal..
Tapi lepas sejam awak masih tak keluar lagi, doktor panggil abi..
Doktor beritahu mereka terpaksa gunakan alat bantuan nak bagi baby keluar sebab kalau lagi lama takot baby lemas..
Masa abi beritahu perkara tu terus berdebar hati ibu..
Ibu marah diri sendiri sebab tak pandai teran..
Lepas setengah jam doktor minta abi tunggu di luar LR sebab doktor dah sedia untuk gunakan FORSEP..
Sesungguhnya ibu memang tak pernah tahu tentang forsep..
Lepas bersalin barulah ibu cari apa itu forsep? macam mana bentuknya?


Nampak tu apa beza dengan vacum??
Lepas awak keluar tu nurse tunjuk awak kat ibu..
Nurse suruh kira jari cukup tak?
Then nurse ada beritahu baby kena forsep so ada bekas sikit kat pipinya..
Nurse siap tunjuk & ibu angguk je kepala..
Padahal ibu tak nampak pon apa yang nurse tunjuk sebab kan ibu rabun..
So masa bersalin tu cermin mata kena buka..
Alahai.. inilah nasib ibu yang rabun.. huhu

"Semoga Nur Liyana Zafirah, anak ibu ni menjadi anak yang solehah, taat pada perintah Allah, ibu & abi. Menjadi anak yang bijak, pandai & berjaya dunia akhirat.."




Isnin, 1 Disember 2014

Giveaway Contest : Shawl By Nursaila Norman




Nursaila Norman nama diberi,
Ibu kepada Melissa Ahmad Shahir,
Ini Giveaway buat pertama kali,
Harap2 bukan juga Giveaway kali terakhir.


Wah2.. berpantun pula dia.. hahaha
Lama tak join mana2 giveaway sebab kesuntukan masa..
Tapi kali ni macam nak join gak..
Bagi sokongan pada kawan2..

Lama dah kenal saila.. kenal pun melalui blog : puterigabanBLOGSPOT..
Zaman2 berDIY bagai sebab NAK KAHWIN..
Tengok tu, sebab nak kahwin je terus kenal ramai kawan2 blog taw..
Tambah kenalan di alam maya..

Saila ni rajin DIY sebab itu aku tertarik..
Macam2 DIY yang dibuatnya..
DIY masa nak kahwin..
Kebanyakkannya DIY.. DIY.. DIY..
Memang suka sangatlah..
Sampaikan bila dah ada anak pon beliau berDIY..
Lagi kreatif beliau berDIY..
Memang seronok DIY ni..
Lepas tu, berkat DIY ni juga beliau berbisnes..
Alhamdulillah, rezeki beliau melimpah ruah..
Semoga bisnes awak SUKSES ya my dear..
Semuanya kerana DIY..
 DIY.. DIY.. DIY.. DIY.. Ok, noktah.
.

Sebenarnya syarat saila tak susah mana pon..
Cuma syarat No.8 tu je macam susah.. hahaha
8. Pemenang dipilih berdasarkan bilangan komen terbanyak di entry Giveaway tersebut. Tidak termasuk komen pemilik blog..
Kawan2, kalau ada yang baca ni harap dapat tinggalkan komen di bawah..
Jasa baik kalian sangat2 aku hargai..

Komen terbanyak syarat diberi,
Untuk memenangi Giveaway ini,
Jutaan terima kasih buat yg sudi,
Semoga diri ini peroleh rezeki..

Sekian, terima kasih..