Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 31 Oktober 2012

Review 11 : Majlis Bertandang



Tarikh : 28.10.2012
Hari : Ahad (minggu lepas)
Tempat : Kampung Parit Patah, Pontian


Berarak jam 12.30 tengahari.. *terik ko masa ni.. hahaha
Nampak tak ketidakseragaman en pengapit & cik pengapit?? Huhu

Indah sungguh cuaca di hari tersebut..
Panas terik sambil dipayungi awan putih yg mendamaikan..
Tapi kami gagahkan diri utk berarak..
Siap ada kompang lagi taw.. hihihi

Membe2 kereta oldskool en suami..
Chop!! Kenapa masa ni aku pandang bawah ni??
Isk.. dah tak cun dah masa ni.. huhuhu



selesai sudah!! yeah!!




Leganya majlis pihak lelaki sudah selesai..
No more DIY for our wedding.. hehe
Tapi insyaallah akan ada DIY for others wedding..
*akan ku gapai bintang di langit..


Khamis, 25 Oktober 2012

2 days to go



Menghitung hari
Detik demi detik
Masa ku nanti apakan ada
Jalan cerita kisah yg panjang
Menghitung hari


Bunga telor ada 14 kuntum lagi nak disiapkan..
Hahaha~ kedek2 kan????
Bunga crepe, kain net, reben & pearl dah siap..
Tinggal nak cantum2 jadi bunga telor je..
Hehehehe


Malam tadi dah skip 1 malam sbb teman en suami pegi makan bubur sentosa + lala..
Malam ni pon skip juga sbb balik kg suami..
Aidiladha pertama dgn keluarga suami di pontian..
Nak pkai baju ape erk?? *sambil garu kepala yg tak gatal ni..
Erm.. baju raya orange la kot.. lalalalala



Wahai cik-cik bunga kesayangan ku ini, kita jumpa hari sabtu nanti ya..
Malam ni cik puan rad nak balik kg suami utk pulang berhari raya..
Harap2 kalian sabar menanti ku ya.. ^_^
Jangan noty2 ya.. nanti i babap uols.. hahaha




Rabu, 24 Oktober 2012

3 days to go




Tiga hari lagi ke 28.10.2012..
Jeng.. Jeng.. Jeng..

Hari 1 : Khamis 25.10.2012
Hari 2 : Jumaat 26.10.2012
Hari 3 : Sabtu 27.10.2012

Hari yang dinantikan ialah hari Ahad 28.10.2012..
Ini kerana Majlis Bertandang Ke Rumah Pihak Lelaki pula..
Dah basi dah pengantin ni kan??
Gaps sampai 1 bulan ngam2.. hihihi

Progress bunga telor sudah 60%..
Dah siap 27 kuntum bunga telor..
So ada lagi 23 kuntum..
Banananana... ^__^




Isnin, 22 Oktober 2012

In progress (",)



Selamat pagi semua!!!
Wah! ceria ku di pagi hari..

*sila baca mcm nk nyanyi lagu Anak Itik Tokwi ya.. ^_^
Bangun pagi, gosok gigi,
Cuci muka, terus mandi,
Bagi segar pagi ini,
Senyum sokmo satu hari..
^__^



Tada!!!

In progress : Bunga telur untuk pihak lelaki

Tetiba bahagia je pagi2 ni kan??
Padahal dah ada kerja menanti kat opis ni..
Radiah!!! buat kerja cepat!!!!
Ya, baik...



Isnin, 15 Oktober 2012

Bila kepala ku pusing di office..



Morning uols..
Sekejap je dah 15hb Oktober kan??
Dan sudah 17 hari diri ku ini bergelar seorang ISTERI..
Banyak kot perubahan yg berlaku..
Kalau dulu buat ape semua sorg2..
Tapi sekarang tidak lagi..
Saya sudah ada suami yg sentiasa di sisi..
^__^ 
*sambil senyum penuh bahagia..

Ada kaitan ke gambar ini dlm ini entry?? bananana
Match ke color hijau turquis & purple tu??
Hahaha~ hentamlah labu!!



Jumaat, 12 Oktober 2012

In progress.. lalalala



Selamat petang semua!!!
Petang ni cuaca di masai masih suam2 kuku..
Mendung sbb baru lepas hujan tadi petang..
Cuaca sebegini rupa buatkan pewot ini berbunyi2 minta diisi..
Lapar je aku ni kan??

Tadi tengahari dengar bunyi hon motor jual ais krim..
Dengan pantas nye aku amek duit dlm purse & lari turun bawah.. *office aku di aras 1 ya.. harap maklum..
Bila dah lari laju2 turun bawah tu motor aiskrim tu dah lepas..
Biasanya dorang cakap dea akan return lg skali..
Setelah 20minit tunggu masih tak return2 lagi..
Dengan muka penyek nye aku naik office..
Mesti korg pelik nape aku nak makan aiskrim kan??
Yang benornya tekak ni haus je sbb tengahari tadi cuaca terik..
Tak de kaitan dengan ngidam ye..
Baru 2 minggu nikah kot.. Belum2.. *sambil laju2 geleng kepala..
^__^


Petang ni terajin pula nak blogwalking & fbwalking.. *boleh macam tu?? hihi
So dengan rajinnye aku pon add FB blogger2 yg ada dlm list..
Aku pakai taram je cari pon.. Hehehe
Ada yg guna nama sama kt fb..
So lagi mudah la..
So kepada blogger2 tersebut, jgn terkejut @ pelik ya??
Salam perkenalan daripada 
Nor Radiah Binti A.Kudus..
^__^


Khamis, 11 Oktober 2012

Alhamdulillah..



Ya Allah Ya Tuhan ku
Aku mensyukuri nikmat & limpahan kurniaan Mu pada ku
Kau telah kurniakan aku seorang suami yang bersabar melayan kerenah ku
Semoga Kau merahmati, melindungi & mengekalkan ikatan perkahwinan kami ini hingga ke Jannah Mu

Ya Allah Ya Tuhan ku
Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Esa lagi Maha Mengasihani
Kau bimbinglah hati ini supaya dapatlah aku menjadi isteri yang mithali kepada suami ku
Sesungguhnya hamba mu ini adalah insan yang lemah dan akan sentiasa berusaha berubah ke jalan yang diredhai Mu Ya Allah

Insyaallah..

^__^

Review 10 : Sanding Outfit


Kami ada 2 outfit masa sanding.. ;)
1st Biru Turquoise
2nd Peach

Muka bahagia bersama sanding outfit

Full view utk 1st outfit  *full view masa duduk je yg ada.. huhu..
  
Full view utk 2nd outfit




Review 9 : Nikah Outfit



Nikah Outfit adalah my fav outfit..
Mana tak nya..
Cinta pandang pertama kot dgn kain ni..
Asal pegi Gulatis Plaza Angsana je mesti tgk kain ni..
Mmg sgt memikat mata & hati ku ini.. ^__^

Kain sebelum dihantar kepada tailor..

Ini pula full view outfit kami.. ^_^
Pasni boleh pkai lagi di hari raya or wedding2..
Sayangnya kain tu tak cukup flowy.. huhu
Nak hantar tailor yg gah2 nnt payment pon haruslah gah2.. T_T

Nampak tak blink2 kat atas kepala tu..
Pada asalnya nak pkai plain je..
Akan tetapi mak andam & photographer suruh pakai gak brooch yg gabak2 + blink2 tu..
Tapi bila tgk balik gambar2 majlis, memang cantik lah pkai blink2 tu..
^__^
Tak sabar nya nak tgk gambar2 dari OP..









Review 8 : Majlis Persandingan


Tarikh : 30.09.2012
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Teratak Al-Qud


Lepas Atok Zainal bersilat haruslah salam pengantin..
Masa ni aku dok debar2 kat atas pelamin.. hihi

Bahagia je kan Pengantin Lelaki & Pengapit ni..
Rasanya ini tol yg kedua kot..
En Suami cakap ada 4 tol dea tempuhi.. *termasuk tol mak andam ya.. hihi

Ni tol ketiga..
Ramai makcik2 ku yg kat situ.. memang meriah lah wei..

Tutup muka cepat.. Cover2.. hahahaha
Ni tol terakhir lah iaitu mak andam..
Nasib badan lah En Suami kena lalu banyak tol.. ^_^


Muka bahagia kan?? ^___^

Atok Su dok merenjis mawar pada kami..

Ini My MIL & FIL..

Family Uder my SIL..

Family Anis my SIL..
Cian Umairah demam masa ni.. T_T

Pengapit pula yg senyum lebar.. hihi

KPTM members..

With M.ngah Ira, Ibu Puzi & M.long Roha..
Ini adik2 & sepupu ayah..

NGV members

Ckin, Afiq & baby Hafnur

Untuk makluman semua, hari persandingan ni mmg banyak posing dengan Family suami, saudara mara & sahabat handai je..
Dengan family sendiri hanya sempat di malam pernikahan..
Sob.. Sob.. T_T
Soalnya mereka tak menang tangan nak layan kami posing atas pelamin..
My parents bz melayan tetamu di luar sana..





Rabu, 10 Oktober 2012

Review 7 : Hantaran for HIM


Sedey je taw..
Hantaran sendiri utk suami tak sempat nak snap..
Hopefully my OP ada snap hantaran one by one..
T_T

Kenapalah buah-buahan tu kelihatan seperti tidah tentu arah??
Aduhai.. terlepas pandang lah pula.. sob.. sob..

Tema asal aku request biru utk lelaki & kuning utk perempuan..
Hantaran for HER kira menepati tema..
Sadis nya tema hantaran for HIM pula yg lari tune..
Huhuuhuu
Takpe lah, yg penting hantaran nye gojes ko!!
^______^







Pre-Honeymoon??


Memang tak boleh blah la title entry ni..
Hahahaha 
Honeymoon??
Pre-honeymoon??
Mmg tak kot..
Mayb lebih sesuai dipanggil holiday!!!

Lotus Desaru Resort

Ni gerbang perkahwinannya..
Eh2 silap2.. Gerbang resort la.. ^__^

Bilik tidur di tingkat atas..


Hujung katil je dah jumpa toilet..
Pulak tu keluar toilet je terus jumpa almari..
Memang senang lah.. haha 

Ini pula aras bawah..
Lengkap dengan sofa, home teater, sink, peti ais, meja tulis dll..
Aras bawah ni pon ada toilet taw..
Bila balik daripada aktiviti air yg lencun, kami akan mandi di toilet aras bawah..


Ni pula view resortnya..

Kami di sini hanya untuk 2 hari 1 malam je..
Sebabnya kami gunakan voucher..
Entah dari mana ntah En Suami dpt..
Rasa mcm nak stay lagi je taw..
Banyak lagi aktiviti air yg kami tak sempat main.. 
*kena standby duit ribu2 taw.. baru boleh main semua aktiviti air.. haha.. tipu je.. ^_^
Kami cuma sempat mandi manda di kolam renang + jet ski..
Yeye!! En Suami izinkan saya bawak sendiri jet ski tu dgn syarat En Suami ada di belakang saya & naik 1 jet ski dengan saya.. hihi
Thanks En Suami.. ^__^



Maksud Pemberian/Hadiah


❤ MAKSUD PEMBERIAN/HADIAH LELAKI KEPADA PEREMPUAN ❤


✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu ツ

✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi ツ

✔ GELANG → Tanda mesra ツ

✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian ツ

✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan ツ

✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin ツ

✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu ツ

✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi ツ

✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta ツ

✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan ツ

✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur ツ

✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang ツ

✔ COKLAT → Semanis cintamu ツ

✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan ツ

✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat ツ

✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup) ツ


#Tetapi hadiah yang paling di nanti2kan oleh setiap perempuan adalah...


❤ MASUK MEMINANG → Tandanya dia serius dan betul2 ikhlas mencintai kamu ♥


Makanan Yang Dilarang Bagi Pengantin Baru Wanita


RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."


credit- Yusof Razak

Review 6 : Bunga Telor



 

 

Antara gambar2 yg ada terselit bunga telor di pahar nya..
Hehehehe
Bunga ni DIY je..
Jimat mmg jimat tapi komitmen masa sgt tinggi ya..








Review 5 : Hantaran for HER



Kali ni kita review Hantaran For HER ya..
HER tu aku lah.. ^_^
Hantaran kami adalah 7 dulang berbalas 9 dulang..
Pada asalnya hanya 5 balas 7 shj..
Tapi FIL request tambah dulang..
Aku dah menjajor pk nak bagi apa lagi.. T_T
Akhirnya makanan lah yg banyak..

Hantaran ni kakak ipar aku yg buat taw..
Beliau mmg sgt2 suka bab2 kreatif ni..
Pelamin pon dea buat sendiri ya.. ^_^
Ok2.. jom layan gambar pula..

Cuba teka ini jambangan bunga apa??
Hehehehe
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tada
Sebakul kelengkapan solat..
Ada telekung, sejadah, tasbih & senaskah Al-Quran..
Alhamdulillah.. 

Yang jambangan bunga tadi tu adalah telekong..
So sweet lah along ni.. 
Thanks along ^__^

  
Sirih yang dah layu ni la yang aku sempat snap..
Ni pon selepas majlis..
Kesian sirih tu layu tanpa sempat aku belek..
Maaf ya sirih..
Cuba tgk gambar yg close up tu..
Kreatif betul lah along ni..
Kapur pon boleh jadi jambangan bunga kan??
Tangan aku je kayu bab ni.. hahaha

Yang ni pula dulang letak gelang & rantai leher beserta mas kahwin..
Biasanya mas kahwin org Johor RM22.50..
Mas kahwin paling murah dalam Malaysia ni taw..
Akan tetapi semasa akad nikah, En Suami telah membuat surprise pula..
Kenapa dea tak pernah citer apa2 pon pasal mas kahwin ni?? @~@
Pape pon, thanks my dear!!

Ni Samsung Multiview..

  
Perfume DKNY + lotion DKNY + senaskah buku 'Takluk Hati Pasangan'..
Yang ni belum sempat baca lagi.. ^_^

      
Bepang..
Yang ini m.usu husband yg bagi..
Sedap wok!!

Coklat Cadbury!!
Aku pilih sendiri.. Yippy!!

Erm.. tetiba terfikir & termenyesal.. T_T
Nape lah aku tak snap hantaran sendiri utk lelaki erk??
Isk.. serabut sgt..
Sampai benda yg dikira penting tu pon boleh lupa..
Huhuu

Notakaki : tiada niat membangga diri hanya perkongsian bersama sahaja.. :)

Selasa, 9 Oktober 2012

Review 4 : Pelamin Moden



Pelamin yg tak cukup lighting lagi  masa ni.. hihi

Ni anak buah ku b'posing..


Gaya model.. ^__^
Yang ni pula cazen tersayang aku.. bam2 cam along didie kan??

Ni pula angah b'sama hubby & anak2..

Bersama2 rakan seperjuangan ku di KPTM..
Sebenarnya kurang sepasang di situ iaitu BFF ku..
Mama zahra dlm pantang time ni..

Cazen2 ku yg cumel2..

Bila tgk semula gambar2 ni..
Pelamin kami ni sgt cantik bila dpt lighting yg secukupnya..
Tapi hakikatnya kami di atas tu panas jugalah sbb panas dek lampu..
Hahaha