Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 30 Ogos 2012

Headband super Simple.. ^_^


Ala.. headband yg iols buat lepas sahur..
Inilah hasilnya..


Simple je kan??
Bila tengok semula rasa macam nak buat yg lain pula untuk Damia..
Maybe yang ada blink2..
Hahaha ~ Gediks la kamu!!


Selamat Hari Raya Aidilfitri



Rabu, 29 Ogos 2012

Fuhhhh... lega sungguh..


Fuhhhhh... ^o^
Lega selega leganya di pagi hari..
Semua urusan bagi pendaftaran pernikahan/perkahwinan sudah selesai..
Alhamdulillah..


Akan tetapi ustaz @ kadi yg akan menikahkan kami berkemungkinan akan menunaikan haji pada tarikh pernikahan kami..
Oleh itu tugas beliau diserahkan kepada anak murid beliau.. 
*anak murid beliau tu hensom + sporting.. suka3!! hehe
Walau apa pun, semoga semuanya selamat nanti..

Kami dah boleh nikah !!! 
Ye ye !!!!
*Gedik sungguh kau wahai mak jemah.. hehehe

Tarikh Pernikahan : 29 September 2012
Hari / Masa : Sabtu / 9.00 malam




Jumaat, 17 Ogos 2012

Tahap kengantukan yg melampau..


Mood raya pula tiba2..
Selamat.. Selamat hari raya!

Hari ni tak dapat lah balik tengahari sebabnya staff production masih perlu menyiapkan panel..
So kami yang di office ni buat kerja yang mana perlu diselesaikan dengan kadar segera..
Padahal banyak je kerja ku itu.. tapi..
Bila dah bosan ngadap keje kita ngadap blog pula..

 


Ketiga-tiga gambar di atas menggunakan tudung yang sama iaitu 
Bawal 205..
Colour pon sama..
Cuma come out nya sahaja menghasilkan perbezaan..
Akak kat office ni siap tanya lagi..
"Hari tu macam pakai tudung ni tapi hari ni lain pula?"
Macam saya beritahu tadi.. Hasil yg berbeza..
Tudung ini ada 5 colour.. 
Bila lipat kepada segitiga, hasilnya akan berbeza..
Seperti gambar dibawah..


Menarikkan?
Sebenarnya saya kurang gemar bawal yang 1 tone sahaja..
Cepat bosan sebab ada 1 color sahaja..
Tak boleh nak pusing2..
Tapi dengan Bawal 205 ni pasti saya tak cepat bosan..
Hahahaha!

Sejak akhir2 ini saya selalu cerita pasal Bawal daripada Aidijuma ni kan??
Sebab saya suka bawal yg warna warni..
Ianya menceriakan suasana & mood saya !~
Ok, kalau kalian nak beli tudung ni, mudah saja..
Tak perlu ke kiosk pon tak apa..
Semuanya di hujung jari saja..
Cuma perlu order secara online di


*tapi website mereka sedang upgrade.. harap maaf..

Tak apa, ada lagi cara nya..
Layari FB mereka :


Ok lah, kalau kalian tak puas hati juga sebab tak dapat tengak bawal2 tu semua secara live..
Kalian boleh jengah @ serbu sahaja kiosk mereka di 

1) Central Market ~ 0132699022
2) The Curve ~ 0176250259
3) Sunway Carnival Shopping Mall ~ 0176250232
4) Mydin Mall MITC, Melaka ~ 0173463784
5) Mydin Mall Meru Raya, Ipoh ~ 0176250243
6) Plaza Angsana, Johor ~ 0176250564
7) Berjaya Megamall, Pahang ~ 0173463793

Lengkap dengan no.tel sekali saya bagi..
Senang kalian nak order..
Hehehehe

Rabu, 15 Ogos 2012

Ramadhan terakhir ku.....



Alhamdulillah..
Ramadhan sudah menghampiri Syawal..
Diam tak diam kita sudah berada di malam 4 Ramadhan terakhir..
Insyaallah.. lagi 4 hari kita akan bertemu Syawal..
Insyaallah.. Dengan izin Allah..


Ramadhan & Syawal tahun ini 1433H
adalah yang terakhir ku sambut sebagai anak dara..
Tahun depan insyaallah sudah berdua.. ^_^
Mana tahu ada rezeki masa tu sudah bertiga..
Insyaallah.. Dengan izin Allah..


S.E.L.A.M.A.T. H.A.R.I. R.A.Y.A. A.I.D.I.L.F.I.T.R.I.
1433H
M.A.A.F. Z.A.H.I.R. & B.A.T.I.N.





Kek Raya Saya !~




Inilah namanya kek banji roll 'yummy'..
Setiap tahun ayah akan beli kek ini..
Tahun ni ayah beli sikit je..
Malam tadi ambil malam tadi juga aku balun..
Hahahaha
Nanti boleh lah buat triffle guna banji roll je..
Yippy !~


Resepi Banji Roll

Bahan-bahannya
20 biji kuning telur
12 biji putih telur
320 gram gula tepung
2 sudu teh coffee oil
2 sudu makan ovalette
120 gram tepung jagung
1 sudu teh baking powder

150 gram mentega cair
100 ml air sejuk
200 gram tepung gandum

Cara Mengadun Kek
1. Satukan telur, gula, air, ovalette, tepung jagung, tepung gandum dan baking powder ke dalam mangkuk bancuh kek dan pukul sehingga kembang. Gunakan kelajuan tinggi.
2. Masukkan coffee oil dan mentega cair. Kacau hingga rata.
3. Bahagikan adunan ke dalam dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan dalam warna asal dan yang bakinya dibahagikan tiga kemudia diwarnakan hijau, merah dan coklat.
4. Bakar adunan dalam enam loyang berukuran 12 x 12 x 1 sentimeter, dalam suhu 180 darjah C selama 10 minit.

Bahan untuk Krim Colset
75 gram colset powder
250 gram mentega
125 gram gula kastor
300 ml air

Cara-caranya
1. Masak gula dan air hingga gula larut. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk. Satukan colset powder dan mentega dan pukul hingga sebati sambil masukkan sirap gula sedikit demi sedikit dan adun hingga pekat.


Cara Menyusun dan Menggulung Kek

1. Kek yang diwarnakan itu disusun berlapis-lapis dengan menggunakan krim. Potong sedikit keempat-empat tepinya supaya rapi.
2. Bahagikan kek yang berwarna dan sudah dilapis tadi kepada tiga bahagian.
3. Ambil satu bahagian kek tadi dan potong menjadi empat bahagian pula.
4. Susun kek yang empat bahagian ini. Gunakan krim untuk melekatkan adunan. Pastikan warna hijau dapat membentuk ‘+’ selepas disusun. (Susun dulu kek untuk mendapat bentuk yang dimaksudkan, kemudian baru dilekatkan dengan krim).
5. Ambil sekeping kek berwarna plain dan sapukan krim pada bahagian belakangnya. Letakkan kek yang sudah disusun diatas kek plain lalu digulung.
6. Buangkan baki kek agar rapi. Ulang cara 1 hingga 4 untuk kek yang lain.



Chocolate Raya Saya !~




Wah !~ Lazatnya..
 Sesungguhnya aku tak pernah pon dapat ferrero rocher kotak besar..
Kalau yg 3 biji tu ada lah.. hehe
Yang ini 1 kotak 25pcs..
Ini ferrero rocher raya untuk tahun ini daripada Big Boss ku..
Thank you big boss !~



Isnin, 13 Ogos 2012

Teaser : Sumthing special for my niece, Nur Aina Damia



Tada !!~


This thing i'm make for her after Sahur tadi..
Gagah perkasa kan mata ku ini??
Bunga tu sama saja dengan corsage yang saya buat untuk family members..
^_^


Inilah hasil combinationnye..
Sgt contra ok.. orange merah vs orange kuning..
Dress tu my mom yang hantar tailor..

Suri Cruise with high heels shoes.. cumel je..

Ingat nak belikan kasut untuk Mia..
Mia suka feeling2 macam princess ni..

Akan tetapi susah nak cari kasut yang ada tumit untuk saiz kakinya yang cumel itu..
*ini anak sangat suka kasut ada tumit sebab bila jalan bunyi dam dam dum.. hahaha.. dah macam bunyi mercun pula..
Tunggu mereka balik raya lah baru cari di Angsana..
*tu pon seminggu lepas raya.. huhu

Actually for my nephew pon ada juga..
Nanti saya upload ya..




Jumaat, 10 Ogos 2012

# 50 Days




Nebes iols taw.. haha
Masih ada lagi yg tak settle..
Veil nikah, bunga telor, gift dll..
Semoga sempat lah iols settlekan sblm majlis..
Kalo boleh seminggu sebelum majlis tu nak rest je..
Boleh gitu??


Khamis, 9 Ogos 2012

Alhamdulillah.. Selepas 29 hari penggunaan nya..



Alhamdulillah..
Memang itulah yg sepatutnya diucapkan..
*sambil tarik nafas & hembus nafas kelegaan..

Wah !~
Mesti kalian tertanya² kan??
Kenapa begitu leganya saya??
Hehehe !~

Sebelum ni saya pernah post entry ttg produk yg saya sedang pkai..
Produk A-DHA..
Produk ini baru sahaja sebulan saya pkai..
Memang sguh ketara la perubahannya..
Kita baca sini dulu ya..
Kemudian baca ini pula..



Untuk bulan pertama saya cuma gunakan serum sahaja..
Saja nk tgk kesannya..
So far sepanjang sebulan guna serum ni kulit rasa anjal je..
Rasa macam kulit muka muda 5 tahun taw.. hihi


So bila masuk bulan kedua, saya tambah penggunaan produk ni utk complete set..

Day 1 ~ 3
Produk : Sabun muka + serum sahaja (siang & malam)
Tujuan : untuk neutralkan kulit muka

Day 4 & seterusnya
Produk : Sabun + serum + krim siang (utk siang hari) + krim malam (utk malam hari)

Peringatan
Untuk tempoh 1 bulan pertama
JANGAN apply sebarang bedak/compact powder/loose powder/foundation di muka ya !~ 
Biarkan muka kalian neutral beauty tanpa solekan..
Kalau nk touch up pon hanya di bahagian mata & bibir je..
Tujuannya adalah utk merawat kulit muka kita yg sudah bertahun abadnya terdedah kepada pelbagai jenis bahan kimia..

Pastikan kalian minum paling kurang pon 8 gelas air putih/masak/mineral ya..
Sebab badan kita ni sgt memerlukan banyak air..
Tambahan pula di bulan Ramadhan ni kan..
Saya pernah dengar & baca ttg 1 artikel ni taw..
1L air diperlukan bagi setiap 25kg berat badan..
So darab kan lah dengan berat badan kita yg sedia ada ni..

Dan setelah hampir sebulan penggunaan complete set produk ini
SAYA SANGAT² BERPUAS HATI..

 
Sebelum                          Selepas

Rasa menyesal pula tak gunakan dari dulu.. huhu  T_T
Muka kita lagi nampak berseri kan?? 
Bila tengok realiti pasti akan nampak perbezaannya..
Kalau dulu opismate selalu ingat kita sakit sbb muka pucat je..
Pasti setiap hari tu akan ada yg tegor kenapa muka pucat je?? Sakit ke??
Kenyataannya ialah kita adalah wanita yg tak gemar bersolek..
Bukan nya ape.. nanti nk solat kena remove make up dlu..
Pastu pkai lagi make up.. Ya ampun !~
Saya hanya berdandan + bersolek bila menghadiri majlis perkahwinan, hari raya dan lain2 majlis yg formal..
Kalau ke opis mmg hanya pkai krim muka + compact powder + vaselin + lipliner shj..
Simple sgt kan?? Serabai pon ada juga kadang kala.. haha

Sebab itu lah saya pilih produk A-DHA ni..
Kita tak perlu make up tebal2 utk kelihatan cantik berseri..
Tapi kalau nak super berseri, haruslah tambah aksesori di mata & di bibir.. ^_^
Rasanya ini saja yg dapat dikongsikan bersama..
Thanks to Amoi Heaxa sbb sudi sharing dgn kita..
Bagi tips penggunaan pada kita.. 
Saya tertarik dengan produk ni pon lepas baca entry beliau.. hihi










Cara Ku dan Gaya Ku !~




Ingat lagi tak entry pasal tudung ni??
Blurr ea?
Ok mari klik SINI utk recall balik ya.. hihi

So jom terjah cara aku pkai plk..
Upgrade sket dari gambar atas ni taw..
Hihihi *nak gak up tu.. hihi

Tada !~
*Budget cun mcm juma je nk tada bagai.. hahaha
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ini lah cara ku !~
Simple je.. tak reti la aku nk lilit2 bagai..
Tgk org pkai teringin gak nk gayakan..
Tapi apakan daya & upaya masa itu emas..
So gunakan masa yg limited tu utk berdandan..

Front View 

Front view tang brooch + lipatan tudung..

Top view


Dan ini adalah full view..
Simple je kan??
Gambar ni diambil pada petang hari jam 6.00ptg..
Masa ni siap2 nk g iftar di Banafee Village..
*Aku jumpa Betty Banafee ko kt sne.. dea dgn mak dea..

Aku cuma pkai serum + krim siang A-DHA + vaselin je..
No mascara, no eyeliner, no lipstik..
Takde maknanya nak tepek byk2 kt muka..
Nama pon iftar, pastilah lps buka nk solat maghrib kan??
Tak perlu nak sarat2 kot kat muka tu..
Baju pon pkai bju keje je.. haha
*yang benor nye aku blk keje lambat.. so kul 6.00ptg tu membe dah dtg amek kt uma.. maknanya baju kje je la yg sempat.. hahaha



Selasa, 7 Ogos 2012

Bawal 205 ~ Aidijuma




Cantiknye Datin Juma ni..
*blink.. blink.. mata tgk.. hihi
Sebenarnya nak citer pasal tudung yg beliau pakai ni..
Sememangnya aku ni suka tudung bawal..
Dulu masa trend bawal batu, amek ko !~
Macam2 jenis batu aku beli.. hihi
Tapi skrg ni dah in balik dah bawal ni..
Tapi aku tak suka yg plain sbb nmpk biasa je..
Tapi bile tgk beliau pkai bawal ni terus jatuh cinta..
Hahaha !~ semangat taw siap pegi beli kt Angsana gitu..

Bawal yg beliau pkai tu namanya Bawal 205..


Tengok tu !~ kan ada macam2 color..
Pilih je la mana yg suka..
Untuk makluman warga Johor Bahru..
Kiosk Aidijuma ada di Plaza Angsana (berhampiran Reject Shop)..


Yang ini pula cara pemakaian Bawal 205..
Kalo tgk sekali imbas je nmpk macam ada 8 tudung kan??
Tapi sebenarnya TIDAK.. Hanya 1 tudung sahaja dgn 5 color + 8 gaya..
Hah !~ mudah kan?? tak perlu lah beli tudung banyak2 lagi..
Hehehehe

 

Siap ada tutorial lagi taw..
Kalo nak tgk video boleh klik SINI ..


Yang ni pula pandangan sisi, depan & belakang bagi gaya seperti tutorial di atas..
Mudahkan?? Hanya perlu ada 1 tudung sahaja..

Kalo nak tahu.. aku dah selamat beli tudung2 ini :

 

Tudung2 ni baru je basuh ahad kelmarin ni..
Ingat esok la nak pkai bawal 205..
Pasti ceria hari ku esok.. lalalala






Jumaat, 3 Ogos 2012

Wedding Card : DONE !~



Fuuuuhhhhhhhh !~ 
Memang sangat lega !~
Dapatlah kami bagi kad masa hari raya nanti..
^_^





His Side : Done !~


Alhamdulillah..
Syukur kepada Allah Taala kerana memudahkan urusan En Tunang..



En Tunang dah selamat interview di Pejabat Agama Pontian..
Peristiwa berlaku pada hari Khamis bersamaan 02.08.2012 
(13 Ramadhan 1433H) jam 11.00pagi..
En Tunang ckp Ustaz tu mmg best la !~ 
*hopefully masa saya pon dpt penemuduga yg best..

Borang 1 : DONE

Settle sudah his side..
So next week is my turn..
Semoga Allah permudahkan segala urusan ku nanti..
^_^


Rabu, 1 Ogos 2012

Sgt kreatif kan beliau????



Cantik tak hasil ni?

Ni lah hasil karya ZIRA..
Beliau sgt rajin DIY..
Kalau tak percaya, cuba terjah blog beliau..
Klik SINI..

Tapi lama dah dea sepi dr b'blog ni..
Bz kot..



Wordless Wednesday :






Wordless Wednesday : Sesi tambah Ilmu




Thanks to m.teh sbb pinjamkan buku ini..
Sedikit sebanyak dapat lah tambah ilmu di dada sebelum bergelar isteri..
^_^