Assalam..
SSC = Soft Structure Carrier
Pada ibu, SSC ini satu keperluan bila travel..
Memang sangat-sangat membantu..
Oleh kerana Cik Liyana ni tak suka duduk dalam stroller, maka SSC ni lah ibu angkut ke mana sahaja bila travel..
Jangan kata travel, kadang merayap pon ibu bawa..
Bila tiba masa untuk liyana tidur, dia akan minta kita dukung dia..
So itulah petanda SSC diperlukan.. Hahahahaaaa...
SSC ni mudah nak bawa travel.
Sebab ringan & flexible..
Bila tak guna, gulung-gulung masuk karung dia..
Macam ibu beli Snuggbaby, so memang tak perlu beg lain sebab SSC tu sendiri dah ada karung dia sendiri..
Tinggal gulung-gulung selit kat karung..
Last time kami ke USS trip syarikat ibu..
Kami naik bas beramai-ramai secara jemaah..
Abi malas nak bawa stroller, leceh katanya..
Lagi pun Liyana ni memang tak suka duduk dalam stroller sangat..
So ibu bawalah SSC..
Bila kami letih nak kejar liyana lari tawaf USS, cepat-cepat pakai SSC.. hahaha
Macam gambar kat bawah tu..
Ibu malas nak comot-comot tu yang makan aiskrim pon dalam SSC.. hihi
Front Carry
Back carry
Ada banyak brand sebenarnya SSC ni..
Kalau korang nak tahu, SSC ni untuk baby taw..
Tapi oleh kerana Cik Liyana ni halus cek mek molek so masih boleh pakai lagi..
Memang jimat di situ.. Terima kasih anak ibu.. hahhaahahhahaha
Berbaloi2 rasa beli SSC ni sebab boleh pakai sampai Cik Liyana ni 3 tahun kot.. hahahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan