06.12.2015(Ahad)
Awal bulan hari tu, kami ke USS ikut rombongan syarikat ibu ke sana.
Kami pergi naik 1 bas secara berjemaah bersama keluarga masing-masing.
Bukan main suka lagi anak dara ku itu.
Puaslah dia tawaf USS tu dari pagi sampai petang.. hahahaha
Ibu & abi yang letih nak kejar awak anak oi.. hahahaha
Ok, ibu nak share tips bila travel ke USS ni bersama anak kecil :
1) Bawa SSC atau stroller..
Kalau anak kita suka duduk dalam stroller, better bawa stroller.
Kat USS tu ada je sewaan stroller. $10 untuk single seat & $20 untuk double seat.
2) Bawa makanan dalam paket kecil seperti roti, biskut dan lain-lain..
Ibu bawakan Cik Liyana nasi goreng untuk makan dalam bas.
Sebab anak ibu ni kalau dapat jalan memang tak ingat makan & tidur. hihihi
3) Bawa baju spare.
Ibu bawa 3 pasang baju/seluar spare untuk anak ibu sebab ibu rimas nanti bau peluh. hahaha
Ibu & abi pon ada baju spare. Kami tukar sebelum balik sebab tak nak bau masam masa dalam bas & imegresen. hahaha
4) Bawa tuala kecil untuk lap badan masa bilas badan nak tukar baju spare.
5) Bawa pampers & tisu basah.
6) Bawa peralatan peribadi seperti untuk anak ~ mandian, lotion, minyak angin, vicks & sikat.
Untuk ibu abi ~ deodorant. yang lain pakai je anak punya. hahahaha
7) Bawa selipar/sandal spare untuk anak.
8) Bawa air mineral 1 botol sebab kat USS tu ada je tempat untuk refill air putih.
9) Pakai pakaian yang sesuai supaya tak panas & rimas.
10) Bawa payung atau baju hujan.
11) Bawa beg silang untuk isi passport, wallet & purse.
Pakai purse yang kecil sahaja. Muat isi kad pengenalan, kad ATM 1 keping & duit.
Rasanya buat masa ni, ini sahaja yang ibu dapat kongsi.
Kalau ada tambahan nanti ibu tambah lain ya.. hihihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan