Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 11 Disember 2015

Resepi :: Chicken Grill with Blackpepper Sause





CHICKEN GRILL

Bahan Perapan :
4 ketul peha ayam tanpa tulang
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
3 sb kicap manis
1 sb sos tiram
1 sb madu
Sedikit garam garam
1 sk serbuk lada hitam (kasar)

*Perap ayam bersama bahan-bahan tersebut selama 1 jam..
Kemudian boleh lah panggang dalam periuk ajaib atau pan..
Nak bakar dalam oven pon boleh..
....


SAYUR GRILL

Bahan-bahan :
Asparagus
Brokoli
Carrot

Cara-cara :
1) Rebus sekejap carrot & brokoli
2) Toskan & letak tepi.
3) Grill sayur-sayuran menggunakan kuali yang sama dengan ayam tadi. Supaya jus-jus ayam tadi meresap pada sayuran. Barulah ada ummpppp...
*Sayuran tadi jangan grill terlalu lama kerana sudah direbus terlebih dahulu. Asparagus jika digrill lama akan jadi lembik.
4) Siap.
...


BLACKPEPPER SAUSE

Bahan-bahan :
1 cawan air
4 sb sos lada hitam
2 sb kicap manis
2 sb kicap masin
1 sk serbuk lada hitam (kasar)
1 sb tepung jagung (untuk memekatkan kuah)

Cara-cara :
1) Tepung jagung dikacau sebati dalam air.
2) Masukkan bahan-bahan lain & kacau sebati.
3) Hidupkan api dan masak hingga mendidih & pekat.
*Kepekatan ikut kesukaan masing-masing. Nak oekat boleh tambah tepung jagung lagi..
Siap.
...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan