Dua tahun berturut-turut kami pergi bercuti di Cameron Highlands..
Kemaruk sangat dah jadinya.. hahahaha
Kali ini ramai ahli keluarga yang turut serta..
Memang meriah homestay kami time tu..
Kali ni kami pergi bersama keluarga belah husband..
6 biji kereta semuanya..
Semua adik-beradik husband ada sekali..
Termasuk makcik sekeluarga & pakcik sekeluarga..
Tarikh : 20-22 November 2015
Homestay
Apartment Puncak Arabella, Tanah Rata
Sewa : RM 275 / malam
Total 2 malam 2 apartment : RM 1,100..
Sewa agak mahal.. Mungkin sebab cuti sekolah..
Tapi apartmentnya memang selesalah..
Besar & luas.. cuma dapur sahaja kecil..
Siap laga-laga muntot bila ramai di dapur.. hahaha
Makanan
Masak sendiri ~ Gilir-gilir
Budget RM 650
Kami masak secara berjemaah bergilir-gilir..
Memang kerjasama amat diperlukan..
Anak & menantu masak di dapur..
Mak & makcik-makcik tukang bungkus makanan untuk bekalan..
Nampak macam lecehkan? old fasyen sangat kan??
Tapi ini boleh menjimatkan masa & kos untuk makan di kedai..
Kami cuma perlu modalkan bahan-bahan untuk memasak je..
Itu pun siap ada baki lagi beras & bahan kering lain..
Baki duit pon ada gak.. hihi
Sebelum ke cameron, kami dah siap-siap belanja barang dapur..
Jadi kat sana tak adalah terkial-kial nak cari kedai beli barang..
Mudah kan??
Menu : Menu kami simple-simple je..
Hari pertama
Sarapan/Makan tengahari : nasi putih, rendang daging, ayam kicap, ayam goreng & timun
Makan malam : nasi putih, ayam kicap, telur dadar, sup sayur
Hari kedua
Sarapan : nasi goreng, sandwich, karipap
Makan tengahari : Nasi putih, sup kentang, sambal sardin, sambal sotong & telur dadar
Makan malam : Lempeng, sambal tumis, karipap, jagung rebus & maggie
Hari ketiga
Sarapan : bihun singapore, mee goreng, karipap
Makan tengahari : Nasi putih, daging kari, telur dadar, sayur goreng
Oleh kerana kami pergi beramai-ramai, sebelum bercuti kami sudah buat collection..
Setiap keluarga RM250.. kami collect untuk 7 keluarga sahaja..
Siap ada baki lagi masa nak balik..
Duit collection tu kami guna untuk bayar tiket di tempat-tempat yang perlu sahaja..
Tapi kebanyakan tempat kami pergi yang FREE je..
Sebab tahun lepas pergi tempat yang berbayar kan..
So tahun ni jimat belanja sikit.. hahahaha
Tempat-tempat Menarik di Cameron Highlands
Hari pertama :
Kasimanis Strawberry Farm
Big Red Strawberry Farm
Pasar Malam Brinchang
Hari kedua :
Boh Tea Centre Sg Palas
Cameran Lavender Garden
Bee Farm (turun dari Sg Palas)
Pasar malam brinchang
Hari ketiga :
Bharat Tea
Lata Iskandar
Ok, nanti kita plan pergi tempat lain pula.. hihihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan