Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 26 Disember 2015

Tips :: Travel bersama anak kecil ke USS



06.12.2015(Ahad)

Awal bulan hari tu, kami ke USS ikut rombongan syarikat ibu ke sana.
Kami pergi naik 1 bas secara berjemaah bersama keluarga masing-masing.
Bukan main suka lagi anak dara ku itu.
Puaslah dia tawaf USS tu dari pagi sampai petang.. hahahaha
Ibu & abi yang letih nak kejar awak anak oi.. hahahaha

Ok, ibu nak share tips bila travel ke USS ni bersama anak kecil :

1) Bawa SSC atau stroller..
    Kalau anak kita suka duduk dalam stroller, better bawa stroller.
    Kat USS tu ada je sewaan stroller. $10 untuk single seat & $20 untuk double seat.

2) Bawa makanan dalam paket kecil seperti roti, biskut dan lain-lain..
    Ibu bawakan Cik Liyana nasi goreng untuk makan dalam bas.
    Sebab anak ibu ni kalau dapat jalan memang tak ingat makan & tidur. hihihi

3) Bawa baju spare.
    Ibu bawa 3 pasang baju/seluar spare untuk anak ibu sebab ibu rimas nanti bau peluh. hahaha
    Ibu & abi pon ada baju spare. Kami tukar sebelum balik sebab tak nak bau masam masa dalam bas & imegresen. hahaha

4) Bawa tuala kecil untuk lap badan masa bilas badan nak tukar baju spare.

5) Bawa pampers & tisu basah.

6) Bawa peralatan peribadi seperti untuk anak ~ mandian, lotion, minyak angin, vicks & sikat.
    Untuk ibu abi ~ deodorant. yang lain pakai je anak punya. hahahaha

7) Bawa selipar/sandal spare untuk anak.

8) Bawa air mineral 1 botol sebab kat USS tu ada je tempat untuk refill air putih.

9) Pakai pakaian yang sesuai supaya tak panas & rimas.

10) Bawa payung atau baju hujan.

11) Bawa beg silang untuk isi passport, wallet & purse.
      Pakai purse yang kecil sahaja. Muat isi kad pengenalan, kad ATM 1 keping & duit.


Rasanya buat masa ni, ini sahaja yang ibu dapat kongsi.
Kalau ada tambahan nanti ibu tambah lain ya.. hihihi




Selasa, 22 Disember 2015

Resepi : Ayam Masam Manis





Sebenarnya ini menu untuk anak dara iols yang 1tahun 11bln..
Tapi seperti biasa, ibu pun ikut ngap sekali.. hihi
Ayam ni kalau nak grill pon boleh, nak bakar dalam avon pon boleh..
Ikut keselesaan masing-masing..

Malas nak taip panjang-panjang..
Sila lah jamu mata anda..
Selamat mencuba..

Jumaat, 18 Disember 2015

PETUA untuk isteri agar sentiasa cantik



Sumber : http://darahatiku.blogspot.my/2015/12/petua-untuk-isteri-agar-sentiasa-cantik.html





Selepas solat isyak ambil air segelas.

 - Baca Al-Fatihah 1 kali
 - Ayat Kursi 1 Kali
 - Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali

Maksud surah Al-Waqiah ayat 35-38.

(56:35) - Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa.

(56:36) - Serta kami jadikan mereka sentiasa dara. (yang tidak pernah disentuh)

(56:37) - Yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya.

(56:38) - (semuanya disediakan) bagi puak kanan

Selepas membaca semua surah tiupkan dan minum.Khabarkan kepada semua wanita agar menjadi amalan.  Semoga sahabat mendapat manfaatnya. 


Jumaat, 11 Disember 2015

Resepi :: Chicken Grill with Blackpepper Sause





CHICKEN GRILL

Bahan Perapan :
4 ketul peha ayam tanpa tulang
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
3 sb kicap manis
1 sb sos tiram
1 sb madu
Sedikit garam garam
1 sk serbuk lada hitam (kasar)

*Perap ayam bersama bahan-bahan tersebut selama 1 jam..
Kemudian boleh lah panggang dalam periuk ajaib atau pan..
Nak bakar dalam oven pon boleh..
....


SAYUR GRILL

Bahan-bahan :
Asparagus
Brokoli
Carrot

Cara-cara :
1) Rebus sekejap carrot & brokoli
2) Toskan & letak tepi.
3) Grill sayur-sayuran menggunakan kuali yang sama dengan ayam tadi. Supaya jus-jus ayam tadi meresap pada sayuran. Barulah ada ummpppp...
*Sayuran tadi jangan grill terlalu lama kerana sudah direbus terlebih dahulu. Asparagus jika digrill lama akan jadi lembik.
4) Siap.
...


BLACKPEPPER SAUSE

Bahan-bahan :
1 cawan air
4 sb sos lada hitam
2 sb kicap manis
2 sb kicap masin
1 sk serbuk lada hitam (kasar)
1 sb tepung jagung (untuk memekatkan kuah)

Cara-cara :
1) Tepung jagung dikacau sebati dalam air.
2) Masukkan bahan-bahan lain & kacau sebati.
3) Hidupkan api dan masak hingga mendidih & pekat.
*Kepekatan ikut kesukaan masing-masing. Nak oekat boleh tambah tepung jagung lagi..
Siap.
...


Rabu, 9 Disember 2015

Dinner :: Chicken Grill



Menu makan malam semalam 08.12.2015..
Gigih ibu masak semua tu walau pun tak ada air..
Nak makan punya pasal kan..
Semuanya gara-gara asparagus.. hahaha
Jarang jumpa org letak asparagus dalam set macam ni..
Itu yang ibu gigih masak..
Kiranya menu malam ni berjaya sebab abi bagi ibu 4 bintang daripada 5 bintang..
Tu pon sebab ayam yang abi dapat tak berapa masak..
Harap maaf ya suami ku sayang..



Muka budak bahagia dapat makan kentang goreng..



Punyalah macam-macam ibu letak dalam pinggan dia..
Kentang goreng juga yang menjadi igauan.. hahaha
Last-last ibu & abi yang kena habiskan ayam & nasi tu..



Ini abi punya plate sebab lunch tak makan nasi..
So malam makan nasi..



Ini ibu punya..
Kentang goreng tu tak habis pon sebab kenyang makan ayam..
Nampak je ayam tu kecil tapi kenyang boleh tahan.. hihi




Jumaat, 4 Disember 2015

Holiday :: Cameron Highlands November 2015



Dua tahun berturut-turut kami pergi bercuti di Cameron Highlands..
Kemaruk sangat dah jadinya.. hahahaha
Kali ini ramai ahli keluarga yang turut serta..
Memang meriah homestay kami time tu..
Kali ni kami pergi bersama keluarga belah husband..
6 biji kereta semuanya.. 
Semua adik-beradik husband ada sekali..
Termasuk makcik sekeluarga & pakcik sekeluarga..


Tarikh : 20-22 November 2015


Homestay
Apartment Puncak Arabella, Tanah Rata
Sewa : RM 275 / malam
Total 2 malam 2 apartment : RM 1,100..
Sewa agak mahal.. Mungkin sebab cuti sekolah..
Tapi apartmentnya memang selesalah..
Besar & luas.. cuma dapur sahaja kecil..
Siap laga-laga muntot bila ramai di dapur.. hahaha


Makanan
Masak sendiri ~ Gilir-gilir
Budget RM 650
Kami masak secara berjemaah bergilir-gilir..
Memang kerjasama amat diperlukan..
Anak & menantu masak di dapur..
Mak & makcik-makcik tukang bungkus makanan untuk bekalan..
Nampak macam lecehkan? old fasyen sangat kan??
Tapi ini boleh menjimatkan masa & kos untuk makan di kedai..
Kami cuma perlu modalkan bahan-bahan untuk memasak je..
Itu pun siap ada baki lagi beras & bahan kering lain..
Baki duit pon ada gak.. hihi
Sebelum ke cameron, kami dah siap-siap belanja barang dapur..
Jadi kat sana tak adalah terkial-kial nak cari kedai beli barang..
Mudah kan??


Menu : Menu kami simple-simple je..
Hari pertama
Sarapan/Makan tengahari : nasi putih, rendang daging, ayam kicap, ayam goreng & timun
Makan malam : nasi putih, ayam kicap, telur dadar, sup sayur

Hari kedua
Sarapan : nasi goreng, sandwich, karipap
Makan tengahari : Nasi putih, sup kentang, sambal sardin, sambal sotong & telur dadar
Makan malam : Lempeng, sambal tumis, karipap, jagung rebus & maggie

Hari ketiga
Sarapan : bihun singapore, mee goreng, karipap
Makan tengahari : Nasi putih, daging kari, telur dadar, sayur goreng


Oleh kerana kami pergi beramai-ramai, sebelum bercuti kami sudah buat collection..
Setiap keluarga RM250.. kami collect untuk 7 keluarga sahaja..
Siap ada baki lagi masa nak balik..
Duit collection tu kami guna untuk bayar tiket di tempat-tempat yang perlu sahaja..
Tapi kebanyakan tempat kami pergi yang FREE je..
Sebab tahun lepas pergi tempat yang berbayar kan..
So tahun ni jimat belanja sikit.. hahahaha


Tempat-tempat Menarik di Cameron Highlands

Hari pertama : 
Kasimanis Strawberry Farm
Big Red Strawberry Farm
Pasar Malam Brinchang


Hari kedua :
Boh Tea Centre Sg Palas
Cameran Lavender Garden
Bee Farm (turun dari Sg Palas)
Pasar malam brinchang


Hari ketiga :
Bharat Tea
Lata Iskandar


Ok, nanti kita plan pergi tempat lain pula.. hihihi



Khamis, 3 Disember 2015

TiPs :: Posing nampak slim.. hahaha



Siapa sini ngaku kalau posing mesti nak nampak slim??
Angkat tangan cepat?? cepat-cepat..
Jangan nak tipulah?? hahaha
Ibu sendiri kalau boleh nak nampak slim je dalam gambar..
Hakikatnya ibu bolat.. hahahaha

Ok-ok, di bawah ni antara pose-pose yang boleh memanipulasi mata kita..
Nampak slim & bergaya..
Sila jamu mata dan kemudian scan & save dalam otak ya.. hihihi














Rabu, 2 Disember 2015

Sedapnya Cheesecake ibu..





Ini gambar hari pertama lepas siap cheesecake ni..
Boleh kata 4 cup tu liyana makan.. hihi
Sedap ya syg..




Ni hari kedua..
Hari-hari dia nak coklat..


Selasa, 1 Disember 2015

Perlukah keluarkan tahi telinga anak?



Korang selalu korek keluarkan tahi telinga anak tak?
Ibu jarang sangat keluarkan tahi telinga anak tau..
Nak tahu sebab apa??
Sebab jarang nampak tahi telinga anak.. hihihi
Bila nampak tahi telinga dah terkeluar, barulah kedek-kedek ambil tisu lap..
Kalau bersihkan cuping telinga tu selalulah..
Adalah dalam seminggu sekali atau 2 minggu sekali.. malas benar ibu awak ni liyana.. hahaha

Sebenarnya tahi telinga ni pon ada kebaikannya..
Tahukah korang bahawasanya tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran..
Tahu tak?? Tak tahu kan??

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim berkata, dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempumyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan.
Justeru beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu..
Sumber : info mamapeduli

Tapi bila difikirkan kembali, tidak kira sama ada anak-anak atau orang dewasa, memang tidak digalakkan mengorek telinga terlalu kerap..
Perbuatan ini dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga.
Lagi-lagi kalau guna alat besi tu.. tajam lah juga..
Tapi kan, kalau korek telinga ni memang buat kita khayal & leka..
Dulu ibu pernah guna besi tu..
Dalam sangat korek agaknya, lepas tu rasa macam pedih je..
Mungkin sebab melecet kot..
Sejak tu memang tak pernah gunalah besi tu.. hahaha

Diingatkan sekali lagi..
Jangan korek telinga untuk keluarkan tahi telinga.
Biar ia keluar sendiri barulah kita bersihkan..
Itu pun hanya di bahagian luar sahaja.
Sekian..