Khamis, 19 November 2015
TIPS untuk anak yang Lambat menulis/pelat/Lambat bercakap/Hyperaktif
Sumber : Mama Aty
Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi. LINUS) untuk anak yang menghadapi masalah Lambat menulis /pelat / Lambat bercakap / Hyperaktif..
1) LAMBAT MENULIS
Penyelesaian
Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh anak tu lompat bintang di atas tilam tersebut
Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...
2) ANAK PELAT
Penyelesaian : Suruh anak bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu anak menyebut perkataan yang sukar disebut.
alaaa..kat taman permainan tu ada monkey bar.. bergayut kat situ..sambil belajar menyebut..
Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.
3) LAMBAT BERCAKAP
Penyelesaian
Minta anak melakukan aktiviti turun naik tangga.
Lakukan aktiviti meniup belon...Bubbles.
dan selalu minum menggunakan straw.
Sebab: teknik tu semua akan melonggarkan artikulasi murid
4) ANAK YANG MENULIS DENGAN TULISAN BURUK
Penyelesaian: Beri anak menulis dengan pensil yang berbentuk segitiga.
pensel ker..color pensel ker..
Sebab: Mudah digenggam/grip oleh budak.
5) ANAK HYPERAKTIF
Ada hyperaktif yang boleh di kawal atau masih dalam tahap terkawal..
tapi ni kalau terlampau sangat..die tak penat2..kite yang penat..
Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.
Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang..
jadi bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.
Bagus juga tips2 yg dikongsikan ini..
Copy paste untuk rujukan masa akan datang..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Thanks for the info
BalasPadam