Hari ni nak share pasal stok udang..
Sebulan sekali mesti ada stok udang..
Stok udang ni boleh menambah rasa pada makanan kita..
Biasanya untuk resepi anak dara ibu lah..
Sebab menu dia memang tak pakai garam..
Bila tak ada garam kan rasanya kurang enak..
Bila ditambah stok udang ni jadi enak & sedap..
Biasanya ibu akan kopek udang siap-siap sebelum disimpan..
Memeng habis licin bersih ibu kerjakan..
Daripada kulit-kulit & kepala-kepala udang tu terbuang begitu sahaja,
lebih baik kita buatkan stok udang..
Boleh tambah dalam masakan..
Tidaklah berlakunya PEMBAZIRAN.. hihi
Step by step
1) Cuci bersih kepala & kulit udang kemudian ditoskan.
2) Panaskan kuali & sangai sekejap. Nak letak butter pon boleh.
3) Sangai hingga kulit & kepala bertukar jadi merah.
4) Masukkan air hingga semua kulit & kepala udang tenggelam. Biarkan mendidih 5minit.
5) Sejukkan didihan tadi.
6) Setelah sejuk, bolehlah diblend/tumbuk & kemudian ditapis.
7) Siap tapis semuanya, boleh lah disimpan di dalam chiller..
Sebenarnya kulit-kulit & kepala udang jika diblend, rasa udang tu lagi kaw-kaw..
Ibu tapis je sebab malas nak blend..
Dasar sangat taw ibu awak ni sayang.. hihihi
Cara Simpanan
1) Pintu peti ais ~ tahan 3 hari
2) Chiller bahagian paling dalam ~ tahan 5-7 hari
3) Freezer ~ tahan 1 bulan
Ok, itu sahaja perkongsian hari ini.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan