Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 9 November 2015

Sambal Hijau Paste



Selamat pagi ~!
Mood kelaut pagi isnin ni nak buat kerja..
Padahal esok cuti Deepavali..
Ke sebab esok cuti so mood malas buat kerja pon datang.. hahaha

Tak nak cerita panjanglah..
Pagi ni kita kasi kongsi sambal hijau paste..
Sambal ni boleh jadi rencah masak nasi goreng, sambal kentang dan
banyak lagi resepi yang guna cili hijau.




Bahan-bahan :
10 biji cili hijau
5 biji cili padi hijau
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit ikan bilis
Garam/gula secukup rasa

Cara-cara :
Tumbuk lumat semua bahan.
Tumiskan dengan sedikit minyak hingga pecah minyak.
Masukkan sedikit garam & gula.
Masak hingga kering sedikit.
Siap.

*boleh disimpan di dalam bekas di bahagian chiller..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan