Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 27 November 2015

Resepi : Stok Udang



Hari ni nak share pasal stok udang..
Sebulan sekali mesti ada stok udang..
Stok udang ni boleh menambah rasa pada makanan kita..
Biasanya untuk resepi anak dara ibu lah..
Sebab menu dia memang tak pakai garam..
Bila tak ada garam kan rasanya kurang enak..
Bila ditambah stok udang ni jadi enak & sedap..

Biasanya ibu akan kopek udang siap-siap sebelum disimpan..
Memeng habis licin bersih ibu kerjakan..
Daripada kulit-kulit & kepala-kepala udang tu terbuang begitu sahaja, 
lebih baik kita buatkan stok udang..
Boleh tambah dalam masakan..
Tidaklah berlakunya PEMBAZIRAN.. hihi




Step by step
1) Cuci bersih kepala & kulit udang kemudian ditoskan.
2) Panaskan kuali & sangai sekejap. Nak letak butter pon boleh.
3) Sangai hingga kulit & kepala bertukar jadi merah.
4) Masukkan air hingga semua kulit & kepala udang tenggelam. Biarkan mendidih 5minit.
5) Sejukkan didihan tadi.
6) Setelah sejuk, bolehlah diblend/tumbuk & kemudian ditapis.
7) Siap tapis semuanya, boleh lah disimpan di dalam chiller..

Sebenarnya kulit-kulit & kepala udang jika diblend, rasa udang tu lagi kaw-kaw..
Ibu tapis je sebab malas nak blend..
Dasar sangat taw ibu awak ni sayang.. hihihi


Cara Simpanan
1) Pintu peti ais ~ tahan 3 hari
2) Chiller bahagian paling dalam ~ tahan 5-7 hari
3) Freezer ~ tahan 1 bulan

Ok, itu sahaja perkongsian hari ini.
Sekian, terima kasih.


Khamis, 19 November 2015

TIPS untuk anak yang Lambat menulis/pelat/Lambat bercakap/Hyperaktif



Sumber : Mama Aty


Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi. LINUS) untuk anak yang menghadapi masalah Lambat menulis  /pelat / Lambat bercakap / Hyperaktif..


1)  LAMBAT MENULIS

 Penyelesaian

Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh anak tu lompat bintang di atas tilam tersebut 

Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...


2) ANAK PELAT

Penyelesaian : Suruh anak bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu  anak menyebut perkataan yang sukar disebut. 
alaaa..kat taman permainan tu ada monkey bar.. bergayut kat situ..sambil belajar menyebut..

Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.


3) LAMBAT BERCAKAP

Penyelesaian
Minta anak melakukan aktiviti turun naik tangga. 
Lakukan aktiviti meniup belon...Bubbles. 
dan selalu minum menggunakan straw.

Sebab: teknik tu semua akan melonggarkan artikulasi murid



4) ANAK YANG MENULIS DENGAN TULISAN BURUK

Penyelesaian: Beri anak menulis dengan pensil yang berbentuk segitiga.
pensel ker..color pensel ker..

Sebab: Mudah digenggam/grip oleh budak.


5) ANAK HYPERAKTIF

Ada hyperaktif yang boleh di kawal atau masih dalam tahap terkawal..
tapi ni kalau terlampau sangat..die tak penat2..kite yang penat..

Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.

Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. 
jadi bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.



Bagus juga tips2 yg dikongsikan ini.. 
Copy paste untuk rujukan masa akan datang..



Selasa, 17 November 2015

Nur Liyana Zafirah turns 2




17 November 2013 - 17 November 2015
2 tahun berlalu dah sayang..
Semoga awak membesar menjadi anak yang solehah dunia & akhirat..
Semoga ibu dapat memikul tanggungjawab & amanah yang diberikan oleh Allah dengan sebaik-baiknya.. InshaAllah..
Kita sama-sama berusaha menjadi anak yang solehah ya sayang..

Masih teringat-ingat lagi sakit melahirkan awak..
Sebelum, semasa & selepas kelahiran..
Walau apa pun, awaklah sumber kekuatan & kesabaran ibu.. hahaha

Malam ni kita celebrate simple-simple 3 beranak dengan abi ya sayang..
Muaahhhhh






Isnin, 9 November 2015

Sambal Hijau Paste



Selamat pagi ~!
Mood kelaut pagi isnin ni nak buat kerja..
Padahal esok cuti Deepavali..
Ke sebab esok cuti so mood malas buat kerja pon datang.. hahaha

Tak nak cerita panjanglah..
Pagi ni kita kasi kongsi sambal hijau paste..
Sambal ni boleh jadi rencah masak nasi goreng, sambal kentang dan
banyak lagi resepi yang guna cili hijau.




Bahan-bahan :
10 biji cili hijau
5 biji cili padi hijau
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit ikan bilis
Garam/gula secukup rasa

Cara-cara :
Tumbuk lumat semua bahan.
Tumiskan dengan sedikit minyak hingga pecah minyak.
Masukkan sedikit garam & gula.
Masak hingga kering sedikit.
Siap.

*boleh disimpan di dalam bekas di bahagian chiller..






Jumaat, 6 November 2015

Resepi :: Tomato Paste






Tomato paste ni ibu buat untuk anak dara ibu..
Bagi memudahkan & mempercepatkan masa memasak ibu di dapur..
Ibu dapat resepi ni pon dari group fb : homemade baby food & information
Macam2 menu ibu masak untuk awak guna tomato paste ni taw..
Antaranya ialah :
1) Bihun goreng
2) Nasi goreng
3) Tomyam
4) Udang butter
5) sotong masak halia
dll...