Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 20 Mac 2012

Warna & kenyataannya

1.   Hijau
-          Memaparkan suasana sejuk, ketenangan dan kesejahteraan
-          Melambangkan cinta yang sihat dan seimbang
-          Melambangkan kehidupan, pertumbuhan dan alam semulajadi
-          Amat sesuai dan menyerlah jika hijau lembut digandingkan dengan rona krim atau putih

2.   Biru
-          Melambangkan kejujuran dan kemuliaan serta cinta yang tulus ikhlas
-          Menunjukkan perasaan kasih sayang
-          Warna sejuk yang melambangkan langit, air laut dan senja
-          Menggambarkan ketenangan dan kelembutan hati seorang wanita
-          Warna ini amat sesuai jika anda mengadakan majlis resepsi di tepi laut
-          Warna biru juga amat cantik jika digandingkan dengan rona putih/krim

3.   Merah
-          Menunjukkan cinta sejati dan kehangatan cinta yang abadi
-          Melambangkan keriangan dan memberi semangat yang membara
-          Bersifat romantik dan dramatik
-          Dianggap sebagai warna yang agak menonjol dan ‘garang’, namun ia memberi tenaga positif kepada
            persekitaran
-          Sifat garangnya akan berubah menjadi lembut jika merah digandingkan dengan rona putih/krim

4.   Merah jambu (pink)
-          Warna yang paling lembut untuk menunjukkan perasaan kasih sayang, keseronokan dan kegembiraan
-          Dianggap sebagai warna cinta sejati dan romantik
-          Melahirkan rasa untuk berkongsi tenaga, emosi dan perasaan
-          Ramai yang menyukai warna ini disebabkan oleh sifatnya yang lembut

5.   Putih
-          Dikatakan sebagai warna universal kerana boleh digandingkan dengan mana-mana warna yang
           lain untuk membangkitkan seri serta daya tarikannya
-          Melambangkan cinta sejati
-          Melambangkan kesucian dan ketulusan hati
-          Melambangkan kebersihan dan kelembutan
-          Cantik dan menarik jika ia digandingkan dengan warna hitam

6.   Kuning
-          Warna yang melambangkan sifat optimistik dan ceria
-          Ia juga menunjukkan perasaan gembira dan bahagia
-          Mempunyai tenaga yang tinggi; justeru dapat menceriakan dan menyerikan suasana

7.   Jingga
-          Penuh bersemangat dan bertenaga, dan komited terhadap kehidupan
-          Melambangkan kehangatan cinta
-          Warnanya yang agak terang boleh dikurangkan dengan menggabungkannya dengan warna  putih/krim

8.   Ungu
-          Melambangkan sifat keayuan, keindahan dan kemegahan
-          Warna yang segar, bersemangat dan bertenaga tinggi
-          Melambangkan kewanitaan dan sifat keibuan
-          Menunjukkan sikap yang positif dan mendamaikan
-          Glamor dan penuh daya tarikan

9.   Hitam
-          Melambangkan sifat yang sofistikated dan dramatik
-          Penuh misteri dan ketegasan
-          Menyerlahkan sifat anggun dan elegen
-          Lazimnya akan digandingkan dengan warna pasangannya – putih atau krim


Source : SetelKahwin.Com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan