Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 19 November 2016

Shopping baju budak



Ibu memang akan sentiasa rambang mata kalau nampak kedai yang jual baju-baju budak yang murah-murah..
Kalau nampak RM5 tu memang laju je ibu masuk..
Sampai abi pon geleng kepala kalau nampak kedai jual baju budak.. hahahaha
Kalau abi nampak dulu memang laju je dia corner..
Tak nak bagi ibu nampak.. hahahaha


Ok, ni hasil tangkapan semalam..
Semua tu tak sampai RM50 pon..


Biar nampak cantik & murah, baru rasa berbaloi..
Sebab ibu ni memang sangat berkira-kira kalau beli baju anak..
Jangan kata baju anak, baju ibu pon sama..
Nak yang cantik tapi murah.. Jenama tak penting dah..
Kalau nak beli yang jenama memang tunggu raya jelah sebab shopping dengan abi.. hahahaha



Masa tengok 1st time ibu dah terus jatuh cinta..
Masa mula-mula sampai tak banyak saiz & pilihan..
Ibu pusing tengok tempat lain pula..
Ibu kalih lagi sekali ibu nampak staff kat situ tengah top up baju budak..
Memang nak suruh ibu pusing lagi lah tu.. hahahaha
Ibu pusing lagi sekali & mula memilih..
Kain t-shirt ni memang tebal & kualiti nampak macam mahal..
Ingat nak cari untuk kakak gak tapi tak ada size besar lagi..
Yang ada saiz 0m - 24m je..
Kakak dah masuk 3 tahun.. kalau tengok badan memang boleh je kakak pakai tapi takut sangkut kat kepala.. hihi



Yang ni memang untuk kakak..
Ibu memang nak cari seluar untuk kakak sebab seluar kakak banyak dah senteng & ketat ibu tengok..
So kali ni beli yang besar sikit.. Kalau labuh pon boleh lipat je..
Tu swimming suit memang ibu beli lagi 1 walau pun yang sedia ada ni masih elok..
Ibu beli untuk letak 1 kat kampung..
Sebab m.long awak tu suka ajak mandi kolam mengejut taw..
Pelampung pon abi dah beli 1 untuk tgal kat kampung..
Senang cerita memang kena beli lebih untuk tinggalkan kat kampung..
Mainan usah dikata.. macam-macam ada.. hahaha

Ok, ibu tak sabar nak tengok awak pakai..
Hari ni ibu basuh dulu ya..
Dah kering kita pakai ya sayang.. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan