Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 18 November 2016

HB rendah masa 26 minggu



Jumaat  18 Nov 2016 


Pengalaman kehamilan kedua kali ini memang berbeza dengan kehamilan pertama dulu..
Masuk je minggu ke-26, HB ibu rendah sangat kata nurse..
Sebelum ni HB ibu ok je.. tiap-tiap bulan mesti 11 ke atas..


Sebelum ini memang ibu tak ambil berat sangat pasal HB rendah tu sebab sebelum ini tak pernah ada masalah ini..
Bila nurse cakap HB rendah ni boleh membahayakan anak dalam kandungan, 
terus ibu down.. Gelabah ibu kejap depan nurse..
Nurse explain serba sedikit & bagi pamplate menu-menu yang sesuai untuk naikkan HB..
Masuk kereta ibu terus nangis ngadu dengan husband..
Husband tenangkan ibu dan cakap kena jaga kesihatan & jaga emosi..
Kesian baby kalau ibu asyik sedih je..

Sampai pejabat pon ibu masih down lagi..
Ibu belek-belek pamplete nurse bagi tu..
Tapi kehamilan kali ni memang ibu jarang makan buah jambu batu..
Masa awal-awal tu je makan jambu batu..
Masa kakak tu memang tiap-tiap minggu makan jambu batu..
Ok, ibu kena ubah menu harian ibu lepas ni..
Nurse juga cadangan untuk ambil 4@2biji sehari pil  Iron Tablet..
Atau pon ambil Iberet..
Kita cuba satu-satu dulu ya..


Sambung next entry ya pasal menu-menu yang sesuai untuk naikkan HB..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan