24.11.2016 Khamis
Hari kelima potty train & merupakan kali ketiga potty train..
Sebabnya ibu tak cukup istiqamah
Sebabnya ibu tak cukup istiqamah
Yeah~!!! Kakak berjaya untuk kencing buang air kecil di bilik air..
Cuma masalahnya sekarang, kakak tak pandai lagi nak berak buang air besar kat jamban..
Kebiasaannya bila kakak nak berak buang air besar masa pakai pampers, dia akan menyorok belakang sofa sambil mencangkung..
Bila kita jengah mesti dia marah "jangan kacau kakak~!!"
Tapi bila dah free pampers ni, dia tak pandai nak membuang kat jamban lagi..
Dia sanggup tahan sampai ke malam..
Sebabnya sebelum tidur ibu/abi akan pakaikan kakak pampers sebab takut tercicir kat katil pula..
Korang ada tips tak untuk anak membuang kat jamban??
Sharelah dengan ibu..
Kesian kat kakak ni.. Semalam baru membuang selepas menahan dari ahad - selasa..
Malam tadi kakak nyorok kat bilik dia sambil cangkung..
Laju ibu bawa pergi jamban..
Tapi dia tak berak pon..
Ibu kesian kat kakak, takut sakit perut tahan berak.. huhuhu
Tak apa kakak, kita cuba sampai berjaya ya..