Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 11 Mac 2016

Caraku Jemur Pakaian



Jemur baju pon nak kena ada susunatur ke??
Semua ini poyo~!!! hahaha
Ada tak yang buat macam ni??



Sebenarnya bukan apa, untuk memudahkan kerja mengangkat pakaian bila sudah kering nanti..
Biasanya ibu akan asingkan siap-siap baju yang nak disimpan berhanger & untuk dilipat..
Jadinya nanti bila pakaian dah kering, angkat ikut kumpulan.. 
Mudah & dapat menjimatkan masa..

Sebelum ini memang pakai jemur/sidai je bajunya..
Nanti bila nak angkat baju yang dah kering baru asing-asingkan ikut kategori..
Mana yang nak dilipat, digantung hanger je, baju kerja dan lain-lain..
Tapi macam melambatkan kerja mengangkat jemuran pula..
Lagi-lagi masa nak hujan.. kan kelam kabut angkat jemuran..
Mulalah pakai sauk je semua..
Masuk dalam rumah terkedek-kedek asingkan..
Bila jadi macam ni, leceh pula rasanya..
Mulalah nak tukar cara pula..
Itu yang praktikkan cara macam ni.. 
Masa sidai/jemur tu asingkan siap-siap ikut kategori..
Bila nak angkat jemuran pon senang & cepat..
Buat masa ni , inilah cara paling praktikal yang ibu boleh amalkan..
Yang penting kita happy~!!!! 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan