Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 23 Disember 2016

Patung Princess??




20.10.2016
2 tahun 11 bulan

Anak ibu dah pandai request nak princess..
Tu patung tu baru lepas paww abi beli..
Tu crown pon sama.. dan-dan nak sama macam patung princess dia..
Sekarang ni, entah mana dah patung princess tu.. hahahaha

Sebenarnya kan, ibu tak pernah pun ajar kakak pasal patung princess ni..
Patung ala-ala barbie ni.. Keras gitu..
Sebab ibu suka lagi soft toy.. Boleh peluk, boleh cuci.. hihihi
Ni mesti sebab banyak tengok kartun taw kakak ni.. hahaha

Sekarang ini anak ibu dah pandai request nak pakai gaun baju-baju princess je..
Gaun-gaun jalan pon dah jadi baju basahan kakak je.. huhuhu
Memang sekarang ni ibu beli gaun yang murah-murah je..
Kalau ada yang cantik-cantik harga RM15 pon ibu sambar je..
Hahahaha~ janji cantik di mata kakak..

Sekarang ni kakak dah pandai pilih baju, kasut sendiri yang nak di pakainya..
Kalau pergi mall pon dah pandai pilih kasut nak dicubanya..
** Signnn.... kakak dah besar lah sayang..




Isnin, 19 Disember 2016

Tropika Baby Herbal Cream











Ni texture Baby Herbal Cream..
Macam lotion dan cepat meresap ke kulit..
Tak melekit langsung..
Best guna ni :)
Jimat pon jimat.. ibu guna untuk liyana ada 3 bulan rasanya..
Ibu sapu kat dada, perut & belakang dada tiap kali lepas mandi & sebelum tidur..
Sapu ini untuk dapatkan tidur yang lena, elak kembung perut, selsema & batuk..

Kalau berminat nak beli, boleh whatsapp ibu..
0167784185




Sabtu, 17 Disember 2016

Beg Toilettories Kakak






20.11.2016
Apa yang ada dalam toiletteries bag #nurliyanazafirah ???

1) berus gigi
2) thermometer
3) sepit kuku
4) sikat
5) tropika body lotion - botol pink
6) tropika head-to-toe - botol kuning
7) tropika baby hair & body oil
8) tropika citronella
9) tropika baby herbal cream
10) scent sync cough & cold care balm
11) scent sync calm balm

Lotion & mandian tu terpaksa letak dlm botol kecil sket sebab stok kt rumah botol besar yg 230ml punya.. so tak muat toiletteries bag tu.. ðŸ˜…

Thermometer mmg sentiasa ada dlm bag tu utk mudahkan ibu check suhu badan kakak bila demam..

Tropika citronella tu pon mmg sentiasa dlm bag. Kalau kena gigit nyamuk/serangga mmg laju2 ibu sapu..

Ya, ibu bukan setakat jual produk tropika je tapi ibu juga pengguna produk #tropikaforbaby ..

balm scent sync tu ibu beli drp kawan ibu tqahnasir .. balm best & memberi kebaikan kepada anak2 buat ibu senang hati..

#sayajual
#sayajualbarangibuanak
#tropikaforbaby
#tipsiburad

Jumaat, 16 Disember 2016

Tropika Citronella



Selamat pagi..
Salam jumaat buat semua..
Ok, pagi ni ibu nak share 1 produk berkesan buat hilangkan bintat merah bekas gigitan nyamuk..
Tak lain dan tak bukan
Tropika Citronella..





Yang dalam bulatan merah tu bintat merah kesan gigitan nyamuk..
Semalam bintat merah menyala..
Laju-laju ibu sapu citronella.. tapi ibu lupa nak ambil gambar semalamnya.. huhu
Baru sehari sapu dah nampak kesannya..
Memang cepat hilang kesan bintat tu..
Citronella ni memang sentiasa ada dalam beg toilettories liyana..
Bila ada bintat @ luka, ibu akan sapu citronella..
Terbaiklah produk Tropika Citronella ni..

Kalau ada yang berminat nak beli produk Tropika, 
boleh whatsapp ibu ya 0167784185




Rabu, 14 Disember 2016

Terima kasih LILLA



Terima kasih LILLA~!!!
Awak sangat membantu ibu..
Ibu bersyukur sebab awak ada bila ibu memerlukan..





Lilla ni lah yang bantu ibu sepanjang potty train si kakak..
Lega sebab kakak pon dah pandai gunakan ini..
Bila kencing, pandai dia buang air kencingnya dari lilla ke dalam toilet bowl & flush..
Bila kakak buang air besar je ibu/abi yang buangkan..
Takut bersepah, tambahan kakak ni penggeli..
Najis sendiri pon dia geli.. hihihi

Ibu beli ni lama dah.. tahun lepas masa kakak usia 2 tahun..
Kononnya masa kakak 2 tahun nak start potty train..
Ibu potty train kakak tapi tak cukup istiqamah..
Kejap train kejap stop..
Sampai kakak pon kadang keliru..
So bila ibu tengok kakak sendiri dah sedia untuk free diaper, terus ibu mula potty train lagi..
Alhamdulillah, lepas 3 hari terus kakak pandai dah nak berhadas je masuk toilet..
Tak pon kakak akan beritahu ibu/abi..
Tapi bila kakak nak berhadas di tempat awam atau di kedai-kedai yang tiada kemudahan tandas, memang haru biru ibu abi jadinya.. hahaha

Awak dah besar sangat je rasanya kakak..
Ibu abi sayang kakak..
Muuuaahhhh...



Khamis, 8 Disember 2016

Yeah~!! Kakak dah berjaya FREE DIAPER di siang hari hingga sebelum tidur




Selamat pagi semua..
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Disember 2016 kan..
Hari ni je dah hari khamis..
Terasa cepatnya masa berlalu kan??

Sempena bulan disember ni ibu nak umumkan anak ibu Nur Liyana Zafirah telah berjaya Free Diaper di siang hingga malam hari sebelum tidur..
Cuma masa tidur je ibu belum cukup gigih nak free diaper kan kakak.. huhu
Tapi tengokkan gaya kakak ni memang dah tak nak pakai pampers walau pun nak tidur..
Tapi ibu tak cukup gagah nak bangun banyak kali di malam hari lah sayang..
Nanti masa ibu pantang kita cuba ya kakak??

Tahniah sayang ibu ~!!!!





Selasa, 6 Disember 2016

Menu minum petang + early dinner





Menu simple utk minum petang + early dinner..
Spagetti carbonara tu untuk ibu & kakak..
Blackpepper spagetti tu untuk abi..
Simple je nak masak pon sekejap je ni..
Semuanya gara-gara ibu nak sangat makan carbonara masa balik kerja kerana perut lapar yang amat.
Tak dan nak tunggu abi balik kerja.
Siap masak je terus makan panas-panas.. hahaha


Spagetti Carbonara
~ Tumis bawang putih hingga naik bau.
~ Masukkan isi ayam.
~ Agak ayam dah masak, masukkan fresh milk, cheese, sayur pilihan, oregano & sedikit blackpepper.
~ Mendidih je kuah tadi dah boleh masukkan spagetti yang dah siap direbus tu..
~ Gaul sebati, siap.


Blackpepper Spagetti
~ Tumis bawang putih hingga naik bau.
~ Masukkan isi ayam.
~ Agak ayam dah masak, masukkan sedikit sos blackpepper, serbuk blackpepper & sayur pilihan..
~ Tambah sedikit air.
~ Mendidih je dah boleh masuk spagetti yang siap direbus.
~ Gaul sebati, siap.






Khamis, 1 Disember 2016

Anemia? Apa itu Anemia??



Anemia??
Apa itu Anemia??
Keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (HB) di dalam sel darah merah.
Fungsi HB adalah mengangkut oksigen & zat makanan ke seluruh badan.
Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Kat bawah ni ibu ada share pamplate yang ibu dapat daripada nurse kat Klinik Desa Permas Jaya..
Jangan pandang remeh ya ibu-ibu..
Anemia ni bahaya untuk ibu & kandungan..




Lepas je ibu tahu HB ibu rendah, memang down sangat..
Memang ibu belek pamplate tu selalu lah..
Makan-makanan yang dicadangkan..
Alhamdulillah, sekarang ni HB ibu dah kembali normal..


Jumaat, 25 November 2016

Potty Train kakak




24.11.2016 Khamis
Hari kelima potty train & merupakan kali ketiga potty train..
Sebabnya ibu tak cukup istiqamah
Yeah~!!! Kakak berjaya untuk kencing buang air kecil di bilik air..
Cuma masalahnya sekarang, kakak tak pandai lagi nak berak buang air besar kat jamban..
Kebiasaannya bila kakak nak berak buang air besar masa pakai pampers, dia akan menyorok belakang sofa sambil mencangkung..
Bila kita jengah mesti dia marah "jangan kacau kakak~!!"
Tapi bila dah free pampers ni, dia tak pandai nak membuang kat jamban lagi..
Dia sanggup tahan sampai ke malam..
Sebabnya sebelum tidur ibu/abi akan pakaikan kakak pampers sebab takut tercicir kat katil pula..
Korang ada tips tak untuk anak membuang kat jamban??
Sharelah dengan ibu..
Kesian kat kakak ni.. Semalam baru membuang selepas menahan dari ahad - selasa..
Malam tadi kakak nyorok kat bilik dia sambil cangkung..
Laju ibu bawa pergi jamban..
Tapi dia tak berak pon..
Ibu kesian kat kakak, takut sakit perut tahan berak.. huhuhu
Tak apa kakak, kita cuba sampai berjaya ya..




Khamis, 24 November 2016

Suppliment Ibu Hamil





Suppliment yang ibu amalkan semasa hamil kali ini :

Jus Alkurma
~ Ibu start makan 13.11.2016 hari tu sebabnya HB rendah 9.5
~ Lepas 3 hari amalkan jus alkurma, Alhamdulillah HB ibu naik 10.3..
Semuanya dengan izin Allah

Black Mores Calcium+D3
~ Masa awal kehamilan ibu dah rasa macam tulang reput je.. Asyik berbunyi je tulangnya..
Sebabnya ibu tak lalu minum susu.. bila minum susu je muntah..
~ Alhamdulillah, lepas amalkan Calcium+D3 ni tak ada dah bunyi-bunyi tulang reput tu.. 

D'Aura Minyak Kelapa Dara
~ VCO ni pon bagus untuk membantu mengatasi HB rendah, membantu menaikan uri, memberi tenaga kepada ibu hamil & memelihara kandungan


Jus Alkurma & D'Aura Minyak Kelapa Dara tu ibu ada jual ya..
Nak tahu lebih lanjut boleh WhatsApp ibu 0167784185







Selasa, 22 November 2016

Kenal haiwan??




Gambar 08.11.2016
Anak ibu dah 2 tahun 11 bulan..

Sekarang ni makin banyak cakap, banyak soalan & banyak jawapan..
Kalau kakak tak ada dengan ibu, ibu rasa sunyi sangat..
Kalau kakak ada dengan ibu, macam-macam soalan kakak bagi.. hihi

Sekarang ini dah kenal haiwan..
Tunjuk gambar pon dah tahu dah apa..
Paling tak boleh blah, ibu tunjuk & sebut gajah, tapi kakak cakap elephant lah ibu.. hahaha
Kakak masih dalam fasa confuse Bahasa Melayu & English..
Dulu sebut Cat, tapi sekarang Kucing..
Dulu Dog, sekarang Anjing..
Tak apa, kita belajar perlahan-lahan ya sayang..

Tu dalam gambar dia sebut Tiger & Zebra..
Hari tu merengek-rengek nak bawa 1 box haiwan dia..
Abi bagi pilihan nak bawa 2 ekor atau tak bawa langsung..
Laju kakak capai Zebra & Tiger..
Sambil makan tu sambil kakak berdialog dengan tiger & zebra..
Memang imaginasi anak-anak ni tinggi kan..
Dah macam tonton opera dah kami kat kedai makan tu..
Dengar suara kakak saja bercerita.. hihi
Good Job kakak~!!
Ibu Abi sayang kakak..




Sabtu, 19 November 2016

Shopping baju budak



Ibu memang akan sentiasa rambang mata kalau nampak kedai yang jual baju-baju budak yang murah-murah..
Kalau nampak RM5 tu memang laju je ibu masuk..
Sampai abi pon geleng kepala kalau nampak kedai jual baju budak.. hahahaha
Kalau abi nampak dulu memang laju je dia corner..
Tak nak bagi ibu nampak.. hahahaha


Ok, ni hasil tangkapan semalam..
Semua tu tak sampai RM50 pon..


Biar nampak cantik & murah, baru rasa berbaloi..
Sebab ibu ni memang sangat berkira-kira kalau beli baju anak..
Jangan kata baju anak, baju ibu pon sama..
Nak yang cantik tapi murah.. Jenama tak penting dah..
Kalau nak beli yang jenama memang tunggu raya jelah sebab shopping dengan abi.. hahahaha



Masa tengok 1st time ibu dah terus jatuh cinta..
Masa mula-mula sampai tak banyak saiz & pilihan..
Ibu pusing tengok tempat lain pula..
Ibu kalih lagi sekali ibu nampak staff kat situ tengah top up baju budak..
Memang nak suruh ibu pusing lagi lah tu.. hahahaha
Ibu pusing lagi sekali & mula memilih..
Kain t-shirt ni memang tebal & kualiti nampak macam mahal..
Ingat nak cari untuk kakak gak tapi tak ada size besar lagi..
Yang ada saiz 0m - 24m je..
Kakak dah masuk 3 tahun.. kalau tengok badan memang boleh je kakak pakai tapi takut sangkut kat kepala.. hihi



Yang ni memang untuk kakak..
Ibu memang nak cari seluar untuk kakak sebab seluar kakak banyak dah senteng & ketat ibu tengok..
So kali ni beli yang besar sikit.. Kalau labuh pon boleh lipat je..
Tu swimming suit memang ibu beli lagi 1 walau pun yang sedia ada ni masih elok..
Ibu beli untuk letak 1 kat kampung..
Sebab m.long awak tu suka ajak mandi kolam mengejut taw..
Pelampung pon abi dah beli 1 untuk tgal kat kampung..
Senang cerita memang kena beli lebih untuk tinggalkan kat kampung..
Mainan usah dikata.. macam-macam ada.. hahaha

Ok, ibu tak sabar nak tengok awak pakai..
Hari ni ibu basuh dulu ya..
Dah kering kita pakai ya sayang.. 




Free Sample



Free Sample

Maknanya kita dapat sample sesuatu produk tu secara percuma..
Masa kakak dulu ibu rajin & gigih jugalah isi borang FREE SAMPLES kat website..
Kali ni kerajinan tu datang lambat sedikit.. hihi

Ok, berikut adalah FREE SAMPLES yang ibu dah isi :






So samples-sample ini akan dapat dalam masa 4-8 minggu..
Silap-silap dapat masa tu adik baby dah lahir pon.. hihihi
Tak apa, tak salah mencuba..




Jumaat, 18 November 2016

Happy Birthday Kakak!!





Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Nur Liyana Zafirah
Allah selamatkan kamu

Kakak, semoga awak menjadi anak yang solehah buat ibu abi di dunia & akhirat ya sayang..
Semoga awak menjadi kakak yang penyayang & sentiasa menjaga adik awak nanti ya sayang..

Ibu Abi sayang awak sangat-sangat..

Birthday awak 17 november iaitu semalam..
Sorry sayang, ibu lewat up entry ni.. hihihi




HB rendah masa 26 minggu



Jumaat  18 Nov 2016 


Pengalaman kehamilan kedua kali ini memang berbeza dengan kehamilan pertama dulu..
Masuk je minggu ke-26, HB ibu rendah sangat kata nurse..
Sebelum ni HB ibu ok je.. tiap-tiap bulan mesti 11 ke atas..


Sebelum ini memang ibu tak ambil berat sangat pasal HB rendah tu sebab sebelum ini tak pernah ada masalah ini..
Bila nurse cakap HB rendah ni boleh membahayakan anak dalam kandungan, 
terus ibu down.. Gelabah ibu kejap depan nurse..
Nurse explain serba sedikit & bagi pamplate menu-menu yang sesuai untuk naikkan HB..
Masuk kereta ibu terus nangis ngadu dengan husband..
Husband tenangkan ibu dan cakap kena jaga kesihatan & jaga emosi..
Kesian baby kalau ibu asyik sedih je..

Sampai pejabat pon ibu masih down lagi..
Ibu belek-belek pamplete nurse bagi tu..
Tapi kehamilan kali ni memang ibu jarang makan buah jambu batu..
Masa awal-awal tu je makan jambu batu..
Masa kakak tu memang tiap-tiap minggu makan jambu batu..
Ok, ibu kena ubah menu harian ibu lepas ni..
Nurse juga cadangan untuk ambil 4@2biji sehari pil  Iron Tablet..
Atau pon ambil Iberet..
Kita cuba satu-satu dulu ya..


Sambung next entry ya pasal menu-menu yang sesuai untuk naikkan HB..




Rabu, 16 November 2016

Chef Liyana Zafirah




Gambar semalam 15.11.2016

Semalam kakak tolong ibu buat corn flakes chocolate..
Bila buat aktiviti ni, ibu tahu kakak semakin faham setiap arahan yang ibu berikan..
Ibu tengok kakak happy sangat dapat buat ni..
Siap panggil abi tengok kakak buat kerja..



Selasa, 15 November 2016

Cerita lama




Ni gambar masa 25.01.2016
Anak ibu ni baru 2 tahun 2 bulan..
Masa ni dia nak makan ikan tu sendiri..
Yang ibu cubitkan isinya dia tak mahu..
Dia nak cubit sendiri & makan sendiri..
Ok, tetiba ibu rasa awak macam dah besar sangat je kakak..

Tapi sekarang ini, di usia 2 tahun 11 bulan, payah pula nak suruh makan sendiri..
Sebabnya nanti sambil makan sambil main sambil tengok kartun..
Memang berjam-jam tunggu awak siap makan..
Akhirnya ibu mengalah, suapkan awak lagi senang.. 
Hahahahaha 



Isnin, 14 November 2016

Milk Booster : Jus Alkurma










Antara testimoni pengguna Jus Alkurma :





Di mana nak beli??

Jangan pening-pening atau risau..
Ibu ada jual Jus Alkurma ini..
Sempena bulan November 2016 ni, ibu ada buat promosi..






Rabu, 9 November 2016

Milk Booster : Umma Lacto




.

Kandungan/bahan-bahan yang terdapat dalam Umma Lacto..


Kelebihan Umma Lacto :

~ Membantu pengeluaran susu ibu & memperbanyakan susu ibu
~ Memberi ibu rasa kenyang berpanjangan
~ Membekalkan tenaga untuk ibu sepanjang hari
~ Membantu membekalkan zat besi & mineral secukupnya kepada ibu & bayi
~ Membantu mengelakkan sembelit
~ Membantu kesihatan perut & kolom
~ Sebagai prebiotik ibu & anak
~ Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
~ Membantu mgurangkan risiko jaundis kepada bayi
~ Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
~ Membantu membekalkan kalsium & menguatkan tulang ibu selepas bersalin
~ Membantu mencantikkan kulit ibu selepas bersalin
~ Membantu membuang angin dalam badan & mengelakkan kembung perut


Cara Pengambilan Umma Lacto :

Minum pagi atau malam, iaitu sekali sehari..
Bancuh dengan air suam 150-250ml..
Boleh juga dibancuh ikut kesesuaian rasa/kepekatan setiap ibu..


Di mana hendak dapatkan Umma Lacto ?

Saya ada menjual Umma Lacto ini..
Boleh WhatsApp terus ke 0167784185..

Kini ada promosi sedang berlangsung..

Beli 1 kotak RM60
Beli 3 kotak RM120 + FREE SHAKER + FREE POSTAGE
Apa tunggu lagi? Moh WA ibu :)











Selasa, 8 November 2016

Tips untuk dapatkan susu ibu yang meriah









Selain cara di atas, ibu-ibu juga boleh amalkan makanan sihat yang boleh membantu memperbanyakkan susu ibu.
Pengambilan MILK BOOSTER juga membantu memeriahkan susu ibu..
Contohnya :




Produk-produk tersebut ibu ada jual ya..
Berminat?? Boleh WA ibu terus 0167784185






Selasa, 1 November 2016

November 2016




Selamat datang November.. ;)
Semoga bulan baru ini memberi sinar bahagia & memberi aura positif buat ibu & keluarga ibu..
Sempena bulan kelahiran puteri sulung ibu ni, ibu nak buat sesuatu untuk kakak Liyana..
Kakak tunggu taw.. hihihi

Last week ibu dah buat surprise..
Nantikan surprise yang lain pula ya sayang.. ;)




Selasa, 25 Oktober 2016

Produk Joielle for Baby




Tengok gambar pon dah suka kan?? hihihi


Produk Joielle ni baru je ibu tahu daripada kawan-kawan group WhatsApp ibu..
Ramai cakap bau wangi tahan dari pagi hingga ke petang..
Tambahan pula Starter Kit ni ada banyak item..
Harganya sangat berbaloi rasanya..
RM80 boleh dapat 6 item..
Pula tu setiap botol pula dapat 60ml..
Kiranya ok sangat lah tu..


Produk Joielle ini sesuai untuk
~ Ekzeme
~ Kulit kering
~ Kulit Sensitif
~ Cradle cap(berkuping)
~ Ruam lampin
~ Bintik-bintik merah
~ Bayi baru lahir


Produk Joielle ni berasaskan VCO + Aloe Vera + Vitamin E..
Bahan-bahan tersebut bertindak sebagai 'pelembap kulit semulajadi'..
Produk ini juga berkhasiat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..
Oleh kerana ianya tiada kandungan bahan kimia, produk ini sesuai digunakan seawal bayi baru lahir..
Starter kit ni pon sesuai untuk bawa travel..
Sebab packaging comel-comel kan..
Jom kita tengok apa yang ada dalam starter kit ni..


Kandungan Starter Kit :

1) 60ml Top-to-toe Cleanser
~ Sabun badan & shampu rambut

2) 60ml Baby Bath
~ Mandian/sabun badan

3) 60ml Baby Shampoo
~ Shampu rambut

4) 60ml Baby Oil
~ Untuk rambut & minyak urutan badan

5) 60ml Baby Lotion
~ Untuk kulit kering biasa & boleh digunakan harian

6) 30g Baby Cream
~ Untuk ruam lampin, ruam susu, ruam panas, ekzeme, bintik-bintik merah


Cadangan produk untuk travel yang ibu sarankan seperti di bawah ya..
Sebab bila travel ni kita tak mahu lah angkut semua barang kan?
Kalau boleh bawa 1 item yang banyak kegunaannya..
Senang cerita penggunaan yang menyeluruh ala-ala 3 in 1.. hihi

1) Top-to-toe Cleanser
2) Baby Oil
3) Baby Cream




Packaging untuk starter kit macam ni yang korang akan dapat ya..


Sekiranya berminat, boleh WhatsApp ibu 016-7784185
#sayajual
#sayajualjoielle