Tip Pengajaran Bahasa Inggeris di Peringkat Awal :
1) Berikan anak-anak pendedahan & latihan kepada bahasa Melayu & bahasa Inggeris yang sedang dipelajarinya secara sama rata.
2) Anak-anak perlu mendengar & bertutur bahasa Inggeris itu secara kerap bagi menguasai perkataan serta tatabahasa tersebut.
3) Ibu & bapa adalah tenaga pengajar yang paling berkesan untyk anak-anak memahirkan diri sekali gus menguasai bahasa kedua. CD & DVD tidak begitu memberikan impak yang sama seperti komunikasi yang berlangsung antara anak dengan ibu & bapanya.
4) Gunakan bahasa Inggeris dalam apa jua situasi seperti bermain, membeli-belah atau berbual bersama anak-anak. Kaedah ini boleh mempercepatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris anak-anak.
5) Bacakan sesuatu bahan bacaan dengan menggunakan bahasa Inggeris serta bahasa melayu. Ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan lagi pengetahuan tentang perbendaharaan kata serta memupuk skil membaca sejak awal.
Sumber : Pa&Ma..
Menerusi kajian tentang perkembangan minda kanak-kanak, tempoh terbaik untuk mengajar kanak-kanak ini menguasai bahasa asing adalah daripada usia 6 hingga 15 tahun. Kanak-kanak yang didedahkan dengan pertuturan bahasa asing sebelum usia 15 tahun mampu menguasai bahasa asing itu sama seperti penutur aslinya.
Thanks for the info. Sangat berguna untuk saya ni.
BalasPadammy pleasure.. saya pon save dlm ni sbb boleh tgk balik.. hihi
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padam