Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 1 Oktober 2015

APA NAK BUAT BILA BELI TELUR




Ada beberapa perkara kena ambil kira & ambil tahu :

1) Buka bekas telur & lihat ada tak telur yang retak. Kalau ada jangan beli.

2) Elakkan beli telur yang tiada tarikh luput atau telur yang dipilih sendiri sebab kita tak tahu macam mana telur itu dikendalikan, bila tarikh ‘best before’.

3) Telur lebih besar mempunyai kulit yang lebih nipis berbanding telur kecil. Jadi nipis tu lebih banyak chance ia retak & terdedah dengan bakteria.

4) Kalau ada telur kotor & retak pula, basuh pon tak menjadikan ia selamat. Lebih selamat buang.

5) Jangan basuh telur & simpan. Bila telur dibasuh, terus guna & masak. Sebab kulit telur yang dibasuh bukan sahaja hilang lapisan ‘Protective Bloom’. Malah bila basuh, pori pada kulit telur jadi lembap, lagi senang bakteria nak masuk dalam telur.

6) Kekalkan telur dalam bekasnya, tanpa dibasuh & simpan dalam peti sejuk. Dalam masa yang sama, semua makanan yang ada dalam peti sejuk haruslah ditutup. Lagi-lagi makanan yang dah dimasak. Disebabkan kulit telur ada pori-pori halus, makanan yang kuat baunya (seperti durian) boleh cemarkan telur. Sebab tu lebih selamat letak telur dalam bekas asalnya.

7) Tanpa bekas asal, kita tak akan tahu tarikh “best before” telur tu.

8) Tarikh ‘best before’ pada bekas telur bermaksud best before dalam keadaan telur disimpan dalam peti sejuk. Kalau tak simpan dalam peti sejuk, kena guna lebih awal dari tarikh ‘best before’ tu.

9) Simpan telur pada bahagian dalam peti, bukan di pintu sebab pintu selalu dibuka & tutup. Maka ada banyak perubahan suhu. Ia tak bagus untuk telur.

sumber : http://vitamin.ibucergas.com/telur-...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan