Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 29 Oktober 2015

Dah sedia ke nak wean off ??



Wean Off??
Cerai susu badan??
Macam-macam tips yang ibu baca sayang..
Letak bawang putih lah..
Letak sos lah..
Tapi ibu tak sampai hati nak buat macam tu kat awak..
Sayang punya pasal.. hahahaha

Kadang ibu rasa susah nak buat kerja bila awak asyik nak gayut je..
Balik kerja dah tentu bergayut setengah jam..
Tu pon kadang bukan nyusu sangat pon..
Ngempeng je lebih.. huhuhu

Semalam (28.10.2015) ibu saja biarkan awak dok layan robocar poli atas katil dengan abi..
Ibu pula baring kat bawah je..
Saja nak tengok awak cari ibu ke idok..
Tak sampai setengah jam pun..
Hahahaha
Kedek-kedek awak cari ibu nak susu..
Gelak besar ibu & abi..
Hahahahaha

Tak apa sayang..
Kita cuba lagi lain kali ya sayang..


Rabu, 28 Oktober 2015

Asam Pedas Paste




Rad buat paste ni utk memudahkan & mempercepatkan
proses memasak di hari berkerja..
Tinggal tumis serai, tambah air asam, daun kesum, bendi/tomato/kobis & ikan.
Jangan lupa tambah garam.
Siap untuk dihidang..





Selasa, 27 Oktober 2015

Tip Pengajaran Bahasa Inggeris di Peringkat Awal




Tip Pengajaran Bahasa Inggeris di Peringkat Awal :

1) Berikan anak-anak pendedahan & latihan kepada bahasa Melayu & bahasa Inggeris yang sedang dipelajarinya secara sama rata.

2) Anak-anak perlu mendengar & bertutur bahasa Inggeris itu secara kerap bagi menguasai perkataan serta tatabahasa tersebut.

3) Ibu & bapa adalah tenaga pengajar yang paling berkesan untyk anak-anak memahirkan diri sekali gus menguasai bahasa kedua. CD & DVD tidak begitu memberikan impak yang sama seperti komunikasi yang berlangsung antara anak dengan ibu & bapanya.

4) Gunakan bahasa Inggeris dalam apa jua situasi seperti bermain, membeli-belah atau berbual bersama anak-anak. Kaedah ini boleh mempercepatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris anak-anak.

5) Bacakan sesuatu bahan bacaan dengan menggunakan bahasa Inggeris serta bahasa melayu. Ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan lagi pengetahuan tentang perbendaharaan kata serta memupuk skil membaca sejak awal.

Sumber : Pa&Ma..

Menerusi kajian tentang perkembangan minda kanak-kanak, tempoh terbaik untuk mengajar kanak-kanak ini menguasai bahasa asing adalah daripada usia 6 hingga 15 tahun. Kanak-kanak yang didedahkan dengan pertuturan bahasa asing sebelum usia 15 tahun mampu menguasai bahasa asing itu sama seperti penutur aslinya.


Isnin, 12 Oktober 2015

Dapur :: Breakfast & Tea/Coffee Area #2



Lamanya tak kongsi cerita susunatur.. hihi
Ni semalam punya cerita..
Banyak kali dah aku ubah susunatur area ini..
Selagi tak puas hati selagi itu akan berubah.. hihi



Klik sini untuk cerita sebelum ya..
Tak apa, belanja 1 gambar.. hihi



Khamis, 1 Oktober 2015

APA NAK BUAT BILA BELI TELUR




Ada beberapa perkara kena ambil kira & ambil tahu :

1) Buka bekas telur & lihat ada tak telur yang retak. Kalau ada jangan beli.

2) Elakkan beli telur yang tiada tarikh luput atau telur yang dipilih sendiri sebab kita tak tahu macam mana telur itu dikendalikan, bila tarikh ‘best before’.

3) Telur lebih besar mempunyai kulit yang lebih nipis berbanding telur kecil. Jadi nipis tu lebih banyak chance ia retak & terdedah dengan bakteria.

4) Kalau ada telur kotor & retak pula, basuh pon tak menjadikan ia selamat. Lebih selamat buang.

5) Jangan basuh telur & simpan. Bila telur dibasuh, terus guna & masak. Sebab kulit telur yang dibasuh bukan sahaja hilang lapisan ‘Protective Bloom’. Malah bila basuh, pori pada kulit telur jadi lembap, lagi senang bakteria nak masuk dalam telur.

6) Kekalkan telur dalam bekasnya, tanpa dibasuh & simpan dalam peti sejuk. Dalam masa yang sama, semua makanan yang ada dalam peti sejuk haruslah ditutup. Lagi-lagi makanan yang dah dimasak. Disebabkan kulit telur ada pori-pori halus, makanan yang kuat baunya (seperti durian) boleh cemarkan telur. Sebab tu lebih selamat letak telur dalam bekas asalnya.

7) Tanpa bekas asal, kita tak akan tahu tarikh “best before” telur tu.

8) Tarikh ‘best before’ pada bekas telur bermaksud best before dalam keadaan telur disimpan dalam peti sejuk. Kalau tak simpan dalam peti sejuk, kena guna lebih awal dari tarikh ‘best before’ tu.

9) Simpan telur pada bahagian dalam peti, bukan di pintu sebab pintu selalu dibuka & tutup. Maka ada banyak perubahan suhu. Ia tak bagus untuk telur.

sumber : http://vitamin.ibucergas.com/telur-...