Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 2 Mac 2015

1tahun 3bulan 13hari sesi Penyusuan Nur Liyana Zafirah





Nur Liyana Zafirah nama diberi..
Seorang anak gadis yang aktif, sihat & peramah..
Kini usia sudah menginjak 1tahun 3bulan 13hari..
Selama itu juga awak dapat minum susu ibu.. YIPPY~!!!

Di awal kelahirannya, aku menghadapi masalah untuk menyusukan bayi ku..
Disebabkan terlalu letih & sakit, aku tak larat nak bangun walau pun untuk duduk..
Memang baring sahaja.. walau pun dalam hati ini melonjak2 nak lihat baby..
Baby ditempatkan di nursery kerana doktor perlu monitor pernafasan baby yang laju daripada biasa..
Malam pertama kami tidur berasingan.. sob.. sob.. nangis ingat baby.. aku pegang je perut walau pun dah kempis sikit..
Skin to skin hanya selepas bersalin sahaja.. dapat cium baby sekejap sahaja.. tak puas.. huhu
Hari kedua kami ke nursery yg terletaknya di blok berasingan & jauh..
Memang aku tunggu suami datang baru pergi..
Pergi2 sahaja baby tengah lena.. baru lepas susu..
Frust sangat masa tu.. walau pun sakit nak bergerak, aku gagahkan juga masuk nursery sambil jalan selangkah demi selangkah & duduk di nursing room..
Penatlah sumbat langsung tak berkuit tidurnya..
Pengalaman pertama memang sangat berharga sangat kekok sangat sadis sangat hiba sangat touching..
Nak susukan anak pun tak pandai..
Nasib baik nurse & ibu2 yg ada di situ tolong ajar.. malunya saya~! hahaha

Selepas itu, bermulalah perjalanan penyusuan ku..
Seminggu selepas melahirkan adalah waktu2 yang sangat getir buat ku..
Segalanya payah bagi ku..
Baby kerap menangis nak susu kerana masalah "inverted nipple"..
bukan baby je menangis, dengan ibu2 pun ikut menangis.. hahahaha
Setengah jam sekali mesti menangis nak susu..
Kelam kabut aku dibuatnya.. baru letak nak lagi.. hahaha
Siang tidur, malam berjaga..
Orang cakap masa baby tidur, ibu pun tidur sama..
Tapi aku tak boleh, sebab masa baby tidurlah aku nak urus diri..
Nasib baik mama ada.. sangat2 membantu.. hihi

Pump pertama yang aku gunakan ialah Madela manual pump..
Tu pon bff aku punya aku pinjam..
Padahal Spectra M1 aku ada je.. tapi gatal nak pakai manual.. hahaha
Lepas 2 minggu macam tu baru guna Spectra M1..
Aku guna M1 sehinggalah anak dara ku berusia 1tahun 3bulan..

Anak dara ku ini jenis suka ngempeng..
Kalau tidur malam tu ada 3-4kali bangun nak susu..
Ibu pon sumbat susu sambil baring dan sampai tertidur.. hahaha
Lepas tu susu melimpah kat pipi anak sampai naik ruam di pipi anak..
Lepas tu sendiri menyesal sendiri sedih tengok pipi anak merah menyala.. huhuhu

Cabaran anak yang breastfeed ini adalah bila nak buat kerja anak nangis2 nak susu..
Pening ibu kau ni anak oi~! hahaha
Lagi satu cabarannya ialah tak cukup tidur & rehat..
Tapi aku tetap enjoy the moment sehingga kini..
Syok wooooo ~!!!!

Tapi masalah datang lagi..
Sejak berusia 1tahun 2bulan, liyana sudah pandai reject botol susu..
Tukar puting tak mahu, tukar botol pun tak mahu..
Nanti digigit2 sahaja puting botol tu then bagi kita balik..
Start tu dia minum 4oz sehari, itu pun kira beruntung kalau habis..
Bila permintaan rendah, so aku pun dah kurang pump..
Kat office aku hanya pump sekali sahaja..
Makin lama makin reject susu..
Sudahnya aku bekalkan dutchlady kids je untuk liyana..
Itu pon banyak bazir dari minum sebab dia sangat suka picit kotaknya..
Alahai anak dara ni..
Sayang pula EBM aku yang ada freezer tu..
Nak buat apa dengan EBM tu ya?
Walaupun tak banyak mana kan.. hihi

Sejak dah pandai sebut NAK ni, tiap kali nak susu mesti dia akan tarik2 baju aku tak pun selak baju aku tak pun tekan2 breast ibu dea sambil cakap "nak! nak! nak!"
Selagi tak bagi selagi tu lah dia minta tanpa mengira tempat & orang sekeliling..
Kadang2 NIP lah aku di mana2 yang sempat.. hihihi



Lokasinya sebelah Family Room aras 2 di JPO..
Tak ada nursing room, kat sini pon jadilah anak..
Janji ada tempat yang dapat ibu berselindung untuk susukan awak..
Janji aurat ibu tak tertayang di khalayak ramai..

Ok, sekian terima kasih..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan