Tropika Baby Hair & Body Oil ~ Lavender
Intipati :
~ Minyak kelapa dara (virgin coconut oil = VCO)
~ Kaya dengan Vitamin E yang bebas steroid, parabens, toksik & lain2 bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan bayi
~ Diadun dengan aroma Lavender yang bertindak merangsang mood serta emosi bayi, anti-stress & berupaya menenangkan minda bayi
Fungsi :
~ Sebagai pelembap kulit
~ Membantu & merawat kulit sensitif di kalangan bayi seperti eczema, ruam lampin, ruam panas & lain2 masalah alahan kulit
~ Membantu melebatkan & menyihatkan rambut bayi
Cara Guna :
Sapukan Tropika Baby Hair & Body Oil pada badan bayi 2 kali sehari selepas mandi. Juga boleh digunakan sebagai minyak rambut.
Kesan daripada penggunaan :
Masa my princess 10bulan, dia alami ruam susu di bahagian pipi kiri kanan yang sangat teruk (lupa pula nak ambil gambar sebagai bukti)..
Mungkin natijah daripada menyusu sambil baring sampai si ibu & si anak tertidur di malam hari.. *jangan amalkan perangai buruk ibu ini ya ibu2 sekalian ~!
Pipi kering & kulit mengelupas.. Bila cuaca panas terik je pasti pipi merah menyala macam pakai blusher.. *pada hakikatnya ibu pon tak pakai blusher di alam realiti sayang..
Kesian sangat dengan my princess.. mesti gatal merenyam kan??
Doktor cakap hampir kepada eczema tapi belum.. lebih kepada ruam..
Doktor ada bagi cecair untuk cuci 1 kali 1 hari tapi tak elok pakai hari2 nanti boleh menipiskan kulit bayi.. *dah tahu gitu kenapa doktor bagi?? aduhai !
So ibu pon mencari, mengoogle review2 ibu2 sekalian mengenai eczema..
Ibu tertarik untuk mencuba tropika..
Sebab rumusan asli & minyak kelapa dara tanpa bahan kimia yang merbahaya untuk si manja kita..
Mingggu pertama sapu pada pipi dah nampak perubahan..
Kulit tak kering & mengelupas lagi..
Minggu kedua kulit jadi mulus gebus cerah berseri2..
Sampaikan adik beradik kami cakap pakai qu puteh qu puteh barulah puteh ke??
Hahahahaha
Sekarang ni ibu pakai kat rambut & badan pula..
Nak tahu rambut makin lebat atau pun tidak?
Tunggu review ibu lagi ya sayang2 semua..
*ada yang sayang ke? budget ada orang baca je kan??? hahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan