Play yard tu ape??
Alat permainan ke??
Hahahaha~! serius sebelum ni memang aku tak ambil tahu pun pasal benda ni..
Kalau nampak kat kedai pun buat bodoh je..
Tak pernah terlintas langsung nak ambil tahu, nak belek or apa2 pon.. hahahaha
Tapi sejak ada anak, play yard ni boleh masuk dalam list pula.. hahaha
Gediks je ko kan?? Sebelum ni tak ambil kisah pon.
Play yard ada yang panggil kandang, penghadang dll..
Ibu & abi memang super excited bila tengok awak duduk diam dalam ni..
Sebelum ni pernah juga kami dudukkan awak dalam play yard masa ibu tengah shopping barang awak di fabulous mom..
Yang tu memang mahal.. RM699..
Aduhai.. lemah lutut ibu dengar sayang..
Tapi ibu cuba juga cari yang murah sikit..
Kalau si Toysrus pon mahal juga..
Ada baby expo di Persada dari 25-28 sept..
LAju2 ibu ajak abi pergi jumaat malam..
Kami sampai jam 8mlm belum ramai lagi..
Abi siap pesan nak cari benda ni sahaja..
Sila jangan pandang benda lain..
Hahahahaahaha.. Memang tak lah..
Ibu sempat beli kan awak seluar panjang &seluar pendek 2 helai..
Ibu & abi beli kan awak permainan kayu..
Ibu yang excited lebih sebab cantik item nya..
Nak dijadikan cerita, abi boleh pula tak bawa cash..
Dalam persada tu manalah ada atm..
Kami keluar semula cari atm..
Nak masuk lagi sekali memang dah ramai la..
Akhirnya ibu je yang masuk..
Ibu beli mainan awak dulu..
Dah siap bayar tu terus pegi booth yg jual play yard tu..
Booth dah tutup ok..
Padahal orang tengah ramai lagi masa tu..
Baru 9.20malam..
Aduhai.. tak pasal ibu kena return ahad..
Ok.. kita sambung nanti ya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan