Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 28 Oktober 2014

#menuliyana : Pasta




Bahan2 :
Pasta
Bawang putih
Bawang merah
Olive oil
Tomato
Carrot
Batang Saleri 
Bunga Kobis
Brokoli
Isi Ayam
Cheese

Cara2 :
1) Rebuskan pasta sehingga kembang.. 
letak olive oil sikit.. 
toskan sesudah kembang pastanya..

2) Rebuskan brokoli, bunga kobis, batang saleri & carrot sehingga lembut.. 
toskan.. *air rebusan jangan buang.. 
bila sejuk blendkan sayur-sayuran termasuk tomato.. 
*aku guna turbo chop tupperware..

3) Tumis bawang putih & bawang merah menggunakan olive oil.. 
naik bau je masukkan isi ayam.. 
letakkan sedikit air rebusan sayuran tadi.. 
ayam masak je masukkan pula sayuran yang sudah dikisar kasar..
akhir skali baru masuk cheese.. masuk sikit2 ya sebab takot terlebih cheese pula..

4) Siap & boleh dihidang..


 
Versi Liyana                                  Versi Ibu






Isnin, 20 Oktober 2014

#menuliyana : Spiral Goreng bersama brokoli & carrot




Bahan2 :
Spiral
Bawang putih (dikisar)
Bawang merah (dikisar)
Brokoli (potong kecil)
Carrot (potong kecil)
Cheese

Cara2 :
Rebus spiral hingga kembang dan toskan..
Rebus carrot & brokoli hingga lembut.. air rebusan jangan buang
Tumis bawang guna olive oil.. naik bau je masuk spiral, carrot & brokoli..
Akhir sekali masukkan cheese..
Siap..


Boh dalam mangkuk kecil bagi liyana makan sendiri sambil ibu monitor..
Standby air..
Ibu masak simple2 je.. Yang mudah & cepat..
Sebab awak sekarang ni sangatlah manja..
Nak berkepit je dengan ibu kalau kita tinggal berdua..
Kalau ada abi molek je pandai main sendiri.. hihi






Sabtu, 18 Oktober 2014

Mini Give Away from Foo.Chu Collectie




Lama tak join GA ni..
Last join masa baru2 kahwin hari tu..
Dah 2 tahun dah kahwin.. hahaha

Bila tengok hadiah GA ni memang terus laju je LIKE & taip entry..
Nak tahu hadiah apa yang aku tertarik sangat tu??
Tada ~!

BARUT BABY
EBM STORAGE BOTTLE
EBM DISPOSABLE STORAGE BAG
AKSESORI BABY (HEADBAND, TOPI DLL)

Memang laju kan??? hahaha
Bila bab2 anak ni memang cepat pantas tangkas lah ibunya..
Ok2.. jom kita baca syarat2 nya..

Syarat-syarat :

1) klik LIKE page FB Foo.Chu Collectie

2) Join group FB Barang Ibu dan Baby

3) follow blog

4) tag seorang rakan blogger 
(tag Saila lah.. dia kan baru melahirkan baby girl yg cumel..)

5) tinggalkan komen "SAYA JOIN" dan sertakan LINK BLOG ANDA!


Selesai..
Dengan harapan dapatlah menang Mini GA ni.. Mana tahu rezeki Nur Liyana Zafirah genap 1 tahun kan.. inshaAllah..

Thanks Rahmah sebab war2 kan kat blog.. hihi





Khamis, 16 Oktober 2014

Boarding Time with Abi





Oleh kerana Abi balik kerja awal & hari masih terang, abi bawa kita pusing2..
Kita suka sangat..
Tengoklah tu kita tersenyum bahagia..
*sebab abi selalu balik lambat..



Selasa, 14 Oktober 2014

Pandainya dia makan suap sendiri !~



 

 

  

10months 25days..

Alhamdulillah..
Bersungguh2 awak makan ya sayang..
Ibu ajar sekali je awak dah boleh buat sendiri..
1st time ibu masakkan spiral & awak makan sendiri..
sayur pon ibu potong agak2 awak boleh pegang..

Tapi makan pakai sudu belum lg ya..
Nanti kita belajar ya..
Now step by step..

Yeah ~! anak ibu dah pandai makan suap sendiri ~!
*sambil lompat bintang.. ok.. ini tipu.. hahaha





Jumaat, 10 Oktober 2014

Freestyle kan Breast Pump Spectra M1 ???



Tajuk nak beria.. hahaha
Bila baca FREESTYLE je mesti teringan Madela FS kan???
Tapi budget untuk Madela FS tak adalah..
So aku cuba cari macam2 cara untuk meng'FS'kan Spectra M1 aku tu..


Cara 1 
Tidak berapa berkesan sebab kadang2 getahnya terlepas..
Hahaha ~! tak berapa nak pandai..



Cara 2
Sudah cuba & sangat berkesan..
So tak perlu lagi pegang botol masa pump..
Sangat freestyle kan??
Tapi itu kalo nursing bra yg lubangnya tak berapa nak besar..


Kalau pakai Kelly Bra (FabulousMom), rad akan cangkuk semula bra pada tempat cangkuknya..
So kukuh sikitlah.. tali bra longgarkan siap2..
Cuma cara ni banyak kerja sikit lah..
Sebelum pump kena loose kan tali bra daripada posisi asal..
Lepas pump laraskan semula tali bra ikut keselesaan ibu2..


Ok, ada 1 tips yang aku nak share..
Sebelum pump biasanya aku akan massage breast macam gambar kat bawah..
Ibu2 juga digalakkan melakukan massage SEBELUM & SELEPAS pump untuk tingkatkan penghasilan susu serta melancarkan aliran susu..

 

*Aku tetap bersyukur dengan setiap titis susu yang dihasilkan & ini semua rezeki daripada Allah.. tak semua orang dikurniakan susu yang meriah..



Khamis, 9 Oktober 2014

Nasi Lemak versi Menu Liyana




Hari ni ibu bekalkan awak nasi lemak + bilis blend + telur rebus..
Sebelum ni awak tak berapa gemar telur rebus..
Tapi hari ni ibu bekalkan juga tengok awak makan atau tidak.. hihihihi..
Nasi lemak ni memang kesukaan liyana..
Ibu start masakkan nasi lemak masa umur 9bulan..
Tengok awak suka makan so ibu pon suka masak..
Makan kasi habis ya sayang..



Rabu, 8 Oktober 2014

Anak ibu dah pandai jalan.. yeah ~!




Anak ibu dah pandai jalan..
Masa 9bulan lagi liyana dah pandai tatih 5-6 langkah..
Genap 10 bulan makin panjang langkahnya..
Lepas demam hari tu liyana macam takut2 nak jalan..
Tapi sekarang ni dah laju berjalan..
Tak mahu didukung lagi..
Nak lepas bebas dah dia..
Mentang2 dah pandai jalan..
Nanti kita beli kasut yg sesuai untuk awak ya sayang..




Selasa, 7 Oktober 2014

Baby Led Weanig




Menarik tengok baby ni..
Cara dia makan, cara dia pegang makanan tu..
Cumel sangat..

Liyana pon dah pandai pegang makan sendiri..
Macam biasalah kan kalau anak2 ni makan macam mana kan?
Ibu tak kisah anak, bersepah kita kemas ya.. hihi
Tapi aku belum pernah kasi dia makan nasi sendiri..
Sebab baby chair tiada.. *alasan sgt kan ibu awak ni..
Lepas ni kita belajar makan sendiri ya sayang..
Tapi paling suka tengok Liyana masukkan makanan yg lekat di tepi bibir dia..
Dia akan tolak masuk makanan yg lekat tu guna belakang tapak tangan dia..
Dia akan cuba sampai dia rasa makanan tak lekat kat tepi bibir dia..
Sweet sangat..
Kadang tu saja bagi dia makan comot2.. hihii





Sabtu, 4 Oktober 2014

Jumaat, 3 Oktober 2014

Gara2 kau lah resit.. semuanya kerana kau..



Aduhai.. xpernah dibuat aku selongkar tong sampah malam2..
Tak pernah ok..
Tapi disebabkan resit aku sanggup selongkar tong sampah..
Aduhai.. adakah sebab cuai atau pelupa yg semakin menguasai diri ini..
Orang cakap lepas bersalin banyak urat putus..
Salah satu nya urat pengingat..
So lawan pengingat ialah pelupa..
Bersalin pula disalahkan...
Isk.. bukan salahkan bersalin pun..
Tapi salahkan diri sendiri..
Sifat pelupa aku sekarang ni semakin berleluasa..
Semakin membahayakan diri..
Tapi tak adalah sampai teruk macam tu kan..
Hahahahaha
Ayat nak gempak..

Kisahnya macam ni.....
Ahad lepas aku pergi Expo Baby di Persada Johor..
Aku ada beli play yard siap dengan mate..
Laki aku bayar mahal kot..
Ratusan ringgit juga..
Aku boleh pula tercicirkan resitnya..
Aku selongkar balik bakul baju kotor..
Sebab aku letak resit dalam poket seluar..
POKET : TIADA
Aku cselongkar balik plastik2 shopping sabtu ahad aritu..
PLASTIK : TIADA
Aku dah serabut dah fikir mana lagi nak cari resit tu..
PURSE : TIADA
HANDBAG : TIADA
Aku tak ada pilihan lain..
Aku kena selongkar tong sampah pula..
Aku ajak suami teman sebab tong sampah di belakang rumah..
Memang takotlah kalau aku nak pergi sendiri..
Suami tengok je isteri dia selongkar tong sampah..
Disebabkan aku yang hilangkan so aku lah yang kena cari..
TONG SAMPAH : TIADA
Aku dah hampir menangis kot..

Aku cuba tenangkan fikiran semula..
Set positif kat minda ni dulu..
Aku ambil wuduk nak solat isyak..
Sebelum solat tu aku angkat dulu baju yang da kering di bilik utiliti..
Kemas2 sikit kabinet dalam bilik tu..
Tiba2 aku nampak ada 2 resit..
Dalam hati memang berdoa sangat2 yang itu adalah resit yang aku cari..
Dengan pantas aku terus capai & lihat resit..
SAH!!! memang inilah yang aku cari..
Fuhhhh.... lega...
Terus solat isyak..

Gara2 kau lah resit wooo...
Anak & laki punya pasal..
Tong sampai pon aku redah malam2 buta.. hahahaha




Perlu ke ada Play Yard?? Ermm...



Play yard tu ape??
Alat permainan ke??
Hahahaha~! serius sebelum ni memang aku tak ambil tahu pun pasal benda ni..
Kalau nampak kat kedai pun buat bodoh je..
Tak pernah terlintas langsung nak ambil tahu, nak belek or apa2 pon.. hahahaha

Tapi sejak ada anak, play yard ni boleh masuk dalam list pula.. hahaha
Gediks je ko kan?? Sebelum ni tak ambil kisah pon.

Play yard ada yang panggil kandang, penghadang dll..


Ibu & abi memang super excited bila tengok awak duduk diam dalam ni..
Sebelum ni pernah juga kami dudukkan awak dalam play yard masa ibu tengah shopping barang awak di fabulous mom..
Yang tu memang mahal.. RM699..
Aduhai.. lemah lutut ibu dengar sayang..
Tapi ibu cuba juga cari yang murah sikit..
Kalau si Toysrus pon mahal juga..

Ada baby expo di Persada dari 25-28 sept..
LAju2 ibu ajak abi pergi jumaat malam..
Kami sampai jam 8mlm belum ramai lagi.. 
Abi siap pesan nak cari benda ni sahaja..
Sila jangan pandang benda lain..
Hahahahaahaha.. Memang tak lah..
Ibu sempat beli kan awak seluar panjang &seluar pendek 2 helai..
Ibu & abi beli kan awak permainan kayu..
Ibu yang excited lebih sebab cantik item nya..

Nak dijadikan cerita, abi boleh pula tak bawa cash..
Dalam persada tu manalah ada atm..
Kami keluar semula cari atm..
Nak masuk lagi sekali memang dah ramai la..
Akhirnya ibu je yang masuk..
Ibu beli mainan awak dulu..
Dah siap bayar tu terus pegi booth yg jual play yard tu..
Booth dah tutup ok..
Padahal orang tengah ramai lagi masa tu..
Baru 9.20malam..
Aduhai.. tak pasal ibu kena return ahad..

Ok.. kita sambung nanti ya..