Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 10 September 2014

Susunatur :: Tudung & Stokin



Ok, hari ni kita layan susunatur pula ya..
Lama rasanya tak buat entry baru..
Rindu pula dekat blog ini.. haha


 
Ini koleksi tudung bawal & tudung square yang aku ada..
Ini pon hanya sebahagian sahaja..
Yang banyak2 tu saja tinggal kat rumah parents.. hihi
Aku ambil yang selalu guna sahaja..
Tu pon jarang pakai sebab anak dara ku sudah pandai tarik tudung ibu dea..
Ada herot2 tudung bawal aku nanti..


Ini pula koleksi stokin yang suami ada..
Ada 6 pasang stokin yang belum digunakan lagi..
Suami memang suka beli stokin..
Bakul yang bawah tu letak underwear..

Bila letak tudung & stokin dalam bakul macam ni nampak tersusun je..
Sedap mata memandang..
Harap2 boleh maintain lah kekemasan susunatur ini..
Dah pesan awal2  dekat suami supaya beri kerjasama maintain susunatur ni..
Kalau tidak, sila lipat baju sendiri..
Hahahaha~! siap ugut lagi.. nakal betul isteri ni ka.. hahaha

Bakul ni ada banyak saiz ya..
Aku ambil yang paling besar..
Bakul saiz besar ni beli di AEON = RM6.90..
Di ECO Shop (RM2) pun ada tapi ada yang kecil je..
Ada warna putih & hitam..
Aku suka lagi putih.. nampak sweet je..
Nanti nak beli lagi lah..
Nak susun benda lain pula.. hihi




4 ulasan: