Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 4 September 2014

Solid Food : Cara Yang Betul Untuk Memberi Bayi Makan



1) Posisi yang selesa
Seelok-eloknya nya bayi dalam posisi duduk supaya bayi dapat makan dengan selesa. Bayangkan kalau kita yang dewasa ni makan dalam keadaan baring pon rasa tak selesa nak telan makanan kan? Begitu juga dengan bayi. lagi pon, mendidik anak ni biar dari bayi. Pastikan bahagian kepala tinggi dari badan.

2) Makanan Yang Sesuai
Makanan pertama yang diperkenalkan kepada bayi mestilah benar-benar lembut & tidak terlalu berperisa. Contohnya seperti puree yang dikisar halus. Biasanya pada peringkat permulaan, bayi akan lebih senang menerima bubur nasi kerana tekstur & rasa yang seakan susu. Macam rad sendiri, perkenalkan carrot, apple merah, pear dan kemudian bubur nasi. setakat ni bayi rad tak berapa gemar carrot. kalau apple & pear boleh tahan juga dia makan.

3) Tidak Terlalu Panas
Pastikan makanan yang disuap ke mulut anak dalam keadaan suam-suam sahaja. Tidak terlalu panas & tidak terlalu sejuk. Suap anak pula jangan gelojoh. Pastikan makanan dalam mulut sudah habis ditelan baru suap lagi. Kerana anak baru belajar makan dengan menggunakan sudu. Kalau boleh biarlah sudu itu kecil sahaja & muat masuk dalam mulut anak kita.

4) Bersabar
Ini penting untuk ibu. Lagi pula untuk percubaan pertama. Anak kita tidak akan mudah menerima makanan yang diberi. Mereka perlukan masa kerana tidak biasa makan. Rad dulu ambil masa dekat sejam untuk percubaan pertama. Itu pun sambil anak bermain. Bila dia leka suap lagi. Memang kena banyak sabar. 

5) Jaga Kebersihan
Pastikan kita cuci tangan dulu sebelum sediakan makanan untuk anak. Pastikan semua peralatan yang hendak digunakan juga dalam keadaan bersih. untuk menjaga kebersihan anak pula pakaikan bip & sediakan sapu tangan.. bila comot kita kasi lap.. hihi




sumber
#CopyPaste : http://www.mamapeduli.info/2014/03/cara-yang-betul-untuk-memberi-bayi-makan.html

2 ulasan:

  1. part bersabar tu memang kena betul2 sabar..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang pon.. sebab baby ni bukan faham pon kita cakap apa.. so memang kadang tu ambil masa yg lama nk suap makan bagi habis.. hihi

      Padam