Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 30 September 2014

Happy 2nd Anniversary



29.09.2012 ~ 29.09.2014
Cepat betul masa berlalu..
Tahun lepas kami sambut berdua sebab si anak masih dalam perut lagi..
Tahun ni kami bertiga..
Tahun depan tak pasti berapa pula.. hahahaha

Macam2 rintangan aku lalui untuk makan malam ni..
Suami pergi hantar kereta masuk bengkel..
So janji jumpa kat rumah mama..
Baju kami anak beranak dah siap bawa dah..
Dari Permas nak ke Tampoi aku lalui EDL..
Rupanya sangat sesak.. macam tak gerak langsung..
On the way tu si anak pula buat konsert..
Sebelum tu memang dia dah makan & susu kat rumah pengasuh..
Tapi bila dia nampak ibu memang dia nak BF..
Bagi biskut sambil tengok karton..
Konon2 nak bagi leka..
Habis je biskut dia buat konsert..
Nasib baik ada petronas.. berhenti susukan anak sampai dia tidur..
Suami telefon tanya di mana sebab dia dah sampai rumah mama..
Perjalanan ambil masa 1 jam 30 minit tahu??
Selalu setengah jam dah sampai..
Sampai2 rumah terus mandi, solat & bersiap..

Kami makan malam di sini


Sumber : google

Decoration restoran ini sangat unik..
Nampak tu batu2 dah rupa dalam gua pon ada..
Suka sangat ID nya..


Meh sini tepek gambar kami 3 beranak..
Suami suka lah tu makan ada lilin tu.. hahaha


Ini cerita mereka 2 beranak..
Si anak nak makan juga tapi si ayah tak hiraukan anak..

Menu pilihan kami
Seafood Marinara
Chicken Grilled
Mushroom Sup
(tak berapa kena dengan selera.. suka lagi Pizza Hut punya..)
Potato Wedges
Hot Chocolate
(memang coklat pure.. pekat..)
Springkle Lemon Mint Manggo
Strawberry Yogurt
(dah macam ais krim taw.. sedap..)

Keseluruhannya not so bad..
Kena dengan selera aku.. hahaha
Suami suka menu Masakan Melayu.. hahahaha

Lepas makan terus balik rumah..
Suami buka2 pintu je terus dia cakap
"wah!! ada surprise.."
Nak tahu apa dia???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Buka je lampu ini pula jadinya.. hahahaha


Tengok tu si anak..
Masuk2 rumah je terus terkam belon tu..
Dah macam meroyan tengok belon..
Semua nak dipeloknya.. hahaha
Suka belon rupanya anak ibu ni..

Semoga ikatan suci ini kekal bahagia hingga ke Syurga..
Sama2 lah kita membimbing anak kita ke syurga..









Jumaat, 19 September 2014

Kesian lah hai anak ibu ni..


Hari ni demam lagi..
Kali ni demam tidur asyik tersentak je..
Bff cakap takut panas dalam..
Sebab last time demam, suhu 37 tapi badan menggigil2..
Risau sangat masa tu sebab 1st time jadi macam tu..
Kali ni tak gigil tapi tersentak..
Petang semalam aktif lg budaknya Walau pun suhu 37.6..
Start jam 8 malam dah serba tak kena..
Merengek je asyik nak ngempeng..
Jam 4pg tadi check suhu dah 36..
Tapi pagi ni kul 9pagi check naik balik 37..



Semoga cepat sembuh ya sayang..

Hari ni ibu UL lagi nak jaga & monitor awak..
Meeting dengan customer hari ini ibu minta kawan ibu yang ganti..
Anak no.1.. kerja kemudian..





Khamis, 18 September 2014

Lempeng kacang peas???




Inilah rupa lempeng kacang peas nya..
Aku campurkan tepung gandum + puree kacang peas + air..
Pastu buat ala2 pancake..
Bayi bawah 2 tahun menunya tanpa garam..


Tengok tu rupa bahagia anakku dapat makan lempeng..
Hahahaha


Sup Ayam Versi Liyana




Pagi tadi ibu sempat masakkan awak nasi & sup sahaja..
Ibu buat sup ayam + carrot + batang saderi..
Dengan ibu2 sekali lunch sup ayam..
Sup tanpa garam.. hihihi
Lepas tu ibu bekalkan awak anggur & jus epal..
Epal ni memang kesukaan anak ibu ni kan..
Kalau epal laju je dia..
Cuba bagi pear?? Memang susah nak habis..

*Anak ibu tak suka bubur so ibu masak nasi lembik sikit dari biasa..

Rabu, 17 September 2014

Baby : My Baby Boo dah 10 bulan




Hari ini genap 10 bulan usia anak ibu..
Dan 10 bulan juga anak ibu breastfeed..
Tak mahu campur langsung dengan FM..
10 bulan juga ibu pump susu untuk awak sayang..

Semoga Nur Liyana Zafirah membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah, bijak & pandai..

*semalam ibu dan abi bawa awak jalan2 ke Kidzoona AEON Kulai..


Isnin, 15 September 2014

pantasnya masa berlalu pergi..


Sekejap je masa berlalu..
Pejam celik pejam celik anak ibu dah nak masuk 10 bulan..
Sebelum berusia 10 bulan anak ibu ini :

1) dah ada 4 batang gigi *dah pandai menggigit.. ibu & abi dah jadi mangsa
2) dah pandai memanjat *katil, sofa, grill, tangga, seat kereta pon nak dipanjatnya
3) dah berjalan 10 tapak ke depan *tiada paksaan dari ibu abi.. dia sendiri yang bangun dan berjalan ke arah kami
4) semakin byk akalnya *ada sahaja projeknya pantang kita leka
5) dah pandai mengemas *barang2/benda2 yang bahaya tak boleh letak merata & sebarangan je.. nanti siaplah dikemas oleh anak dara ini





Ibu & Abi sayang awak ketat2..




Khamis, 11 September 2014

Suka buka FB PumpOnTheGo



FB : PumpOnTheGo??
FB siapa tu?
Apa yang best sgt tu??

Aku sendiri banyak refer FB ni bab2 penyusuan..
Dorang ada bagi macam2 Tips Susu Ibu Power..
Sebelum ini tips dalam bentuk bertulis, tapi sekarang dalam bentuk video pula..
Sebab adakalanya kita perlukan 2 way communication untuk jadi lebih faham tentang sesuatu itu..
Sukanya~!!

Bukan itu saja..
Dorang pon ada jual macam2 breast pump complete dengan video penggunaan juga taw..
Ok2, sila lah terjah ya wahai ibu2 sekalian..




Overnight Oat



Sedapnya overnight oat ni..
Bahan2 mudah & berkhasiat..

Bahan2
Rolled oat
Susu segar
Yogurt
Madu (tambahan shj)
Kismis hitam
Buah-buahan
Chia seed

Cara2
Letak oat dlm bekas dulu..
Letak buah2an..
Letak kismis..
Letak yogurt..
Letak susu..
Goncang kan bekas kemudian simpan dlm peti ais..
Esok pagi boleh sarapan dengan overnight oat ni..
Ada rasa masam2 yogurt & manis2 buah tu..
Tak cukup 1 bekas.. hahaha









Rabu, 10 September 2014

Susunatur :: Tudung & Stokin



Ok, hari ni kita layan susunatur pula ya..
Lama rasanya tak buat entry baru..
Rindu pula dekat blog ini.. haha


 
Ini koleksi tudung bawal & tudung square yang aku ada..
Ini pon hanya sebahagian sahaja..
Yang banyak2 tu saja tinggal kat rumah parents.. hihi
Aku ambil yang selalu guna sahaja..
Tu pon jarang pakai sebab anak dara ku sudah pandai tarik tudung ibu dea..
Ada herot2 tudung bawal aku nanti..


Ini pula koleksi stokin yang suami ada..
Ada 6 pasang stokin yang belum digunakan lagi..
Suami memang suka beli stokin..
Bakul yang bawah tu letak underwear..

Bila letak tudung & stokin dalam bakul macam ni nampak tersusun je..
Sedap mata memandang..
Harap2 boleh maintain lah kekemasan susunatur ini..
Dah pesan awal2  dekat suami supaya beri kerjasama maintain susunatur ni..
Kalau tidak, sila lipat baju sendiri..
Hahahaha~! siap ugut lagi.. nakal betul isteri ni ka.. hahaha

Bakul ni ada banyak saiz ya..
Aku ambil yang paling besar..
Bakul saiz besar ni beli di AEON = RM6.90..
Di ECO Shop (RM2) pun ada tapi ada yang kecil je..
Ada warna putih & hitam..
Aku suka lagi putih.. nampak sweet je..
Nanti nak beli lagi lah..
Nak susun benda lain pula.. hihi




Khamis, 4 September 2014

Solid Food : Cara Yang Betul Untuk Memberi Bayi Makan



1) Posisi yang selesa
Seelok-eloknya nya bayi dalam posisi duduk supaya bayi dapat makan dengan selesa. Bayangkan kalau kita yang dewasa ni makan dalam keadaan baring pon rasa tak selesa nak telan makanan kan? Begitu juga dengan bayi. lagi pon, mendidik anak ni biar dari bayi. Pastikan bahagian kepala tinggi dari badan.

2) Makanan Yang Sesuai
Makanan pertama yang diperkenalkan kepada bayi mestilah benar-benar lembut & tidak terlalu berperisa. Contohnya seperti puree yang dikisar halus. Biasanya pada peringkat permulaan, bayi akan lebih senang menerima bubur nasi kerana tekstur & rasa yang seakan susu. Macam rad sendiri, perkenalkan carrot, apple merah, pear dan kemudian bubur nasi. setakat ni bayi rad tak berapa gemar carrot. kalau apple & pear boleh tahan juga dia makan.

3) Tidak Terlalu Panas
Pastikan makanan yang disuap ke mulut anak dalam keadaan suam-suam sahaja. Tidak terlalu panas & tidak terlalu sejuk. Suap anak pula jangan gelojoh. Pastikan makanan dalam mulut sudah habis ditelan baru suap lagi. Kerana anak baru belajar makan dengan menggunakan sudu. Kalau boleh biarlah sudu itu kecil sahaja & muat masuk dalam mulut anak kita.

4) Bersabar
Ini penting untuk ibu. Lagi pula untuk percubaan pertama. Anak kita tidak akan mudah menerima makanan yang diberi. Mereka perlukan masa kerana tidak biasa makan. Rad dulu ambil masa dekat sejam untuk percubaan pertama. Itu pun sambil anak bermain. Bila dia leka suap lagi. Memang kena banyak sabar. 

5) Jaga Kebersihan
Pastikan kita cuci tangan dulu sebelum sediakan makanan untuk anak. Pastikan semua peralatan yang hendak digunakan juga dalam keadaan bersih. untuk menjaga kebersihan anak pula pakaikan bip & sediakan sapu tangan.. bila comot kita kasi lap.. hihi




sumber
#CopyPaste : http://www.mamapeduli.info/2014/03/cara-yang-betul-untuk-memberi-bayi-makan.html