Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 22 Mei 2014

Baby : 6 bulan



entry : 22.05.2014
baru nak update.. hahaha


Assalamualaikum..
Selamat tengahari semua..
Lama tak buat entry baru..
Sebenarnya ada je yang dah ada dalam draft tu tapi tak complete lagi..
So duduk lah mereka diam2 di sana..
Hari ni terasa nak share pasal perkembangan anak pula..

Nur Liyana Zafirah..

Dah 6 bulan anak ibu & abi ni..
Cepatnya masa berlalu.. @_@
Sebelum ni tak perasan pon anak semakin membesar..
Mula sedar bila mitten bootie dah tak muat..
Eh2.. anak ibu dah tak muat pakai lah..
Ohmaiii.. anak ibu semakin membesar..
Nasib la ibu memang dah standby beli stokin & baju2an awak, syg..

Sehari sebelum genap 6 bulan, anak ibu laju merangkak kejar ibu kat dapur..
Alhamdulillah.. dah pandai merangkak dah anak ibu ni..
Sebelum ni cuma tonggeng2 angkat bontot ke depan reverse je..
Sekarang dah pandai merangkak dah..
Suka ibu & abi tengok..
Sangat impress dengan perkembangan anak..
Anak orang lain tak tahu lah perkembangan nya macam mana..


Ni seminggu sebelum genap 6 bulan.. anak ibu dah mula belajar nak duduk..



Ni masa nak beli walker kat AEON Permas Jaya.. mingu ni last event nya.. banyak gak stroller yang sales.. tapi harga tak pasti sebab tak survey stroller.. hihi.. ibu dah beli dah stroller utk anak ibu.. saja beli awal walker ni.. sedikit sebanyak membantu ibu.. sambil ibu masak kat dapur, anak dok dalam tu leka dengan segala gadjet nya.. excited masa mula2 masuk walker ni..



1st solid food.. Ngam 6 bulan ibu try bagi bubur cair.. semangat nganga mulut.. hihi



Ni bonding time dengan abi sementara ibu cuci botol2 susu awak..



Saja melepak tepi tambak kat Pontian masa balik kampung minggu lepas.. bawa adik ipar & kawan dia berjalan..



Ni paling latest.. gambar semalam.. bila azan berkumandang je kat tv macam ni lah gayanya.. Tolak tepi semua mainan, ibu ke abi ke dia tak heran pon.. dia akan khusyuk tengok tv.. ni sejak umur dia 4 bulan dah gini gayanya..


Sekarang ni anak dah mula kenal ibu & abi dia..
Kalau ibu ambil kat rumah pengasuh, nampak je ibu terus senyum..
Kalau ibu lambat angkat dia memang berbunyi macam marah lah.. hihi
Kalau nampak je kelibat abi buka pintu bila balik kerja, sengeh bukan main lagi dia.. terus excited macam nak melompat dia hah..

Semoga anak ibu & abi menjadi anak solehah dunia & akhirat..

#ibu&abisayangawakketatketat..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan