Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 22 Mei 2014

Baby : 6 bulan



entry : 22.05.2014
baru nak update.. hahaha


Assalamualaikum..
Selamat tengahari semua..
Lama tak buat entry baru..
Sebenarnya ada je yang dah ada dalam draft tu tapi tak complete lagi..
So duduk lah mereka diam2 di sana..
Hari ni terasa nak share pasal perkembangan anak pula..

Nur Liyana Zafirah..

Dah 6 bulan anak ibu & abi ni..
Cepatnya masa berlalu.. @_@
Sebelum ni tak perasan pon anak semakin membesar..
Mula sedar bila mitten bootie dah tak muat..
Eh2.. anak ibu dah tak muat pakai lah..
Ohmaiii.. anak ibu semakin membesar..
Nasib la ibu memang dah standby beli stokin & baju2an awak, syg..

Sehari sebelum genap 6 bulan, anak ibu laju merangkak kejar ibu kat dapur..
Alhamdulillah.. dah pandai merangkak dah anak ibu ni..
Sebelum ni cuma tonggeng2 angkat bontot ke depan reverse je..
Sekarang dah pandai merangkak dah..
Suka ibu & abi tengok..
Sangat impress dengan perkembangan anak..
Anak orang lain tak tahu lah perkembangan nya macam mana..


Ni seminggu sebelum genap 6 bulan.. anak ibu dah mula belajar nak duduk..



Ni masa nak beli walker kat AEON Permas Jaya.. mingu ni last event nya.. banyak gak stroller yang sales.. tapi harga tak pasti sebab tak survey stroller.. hihi.. ibu dah beli dah stroller utk anak ibu.. saja beli awal walker ni.. sedikit sebanyak membantu ibu.. sambil ibu masak kat dapur, anak dok dalam tu leka dengan segala gadjet nya.. excited masa mula2 masuk walker ni..



1st solid food.. Ngam 6 bulan ibu try bagi bubur cair.. semangat nganga mulut.. hihi



Ni bonding time dengan abi sementara ibu cuci botol2 susu awak..



Saja melepak tepi tambak kat Pontian masa balik kampung minggu lepas.. bawa adik ipar & kawan dia berjalan..



Ni paling latest.. gambar semalam.. bila azan berkumandang je kat tv macam ni lah gayanya.. Tolak tepi semua mainan, ibu ke abi ke dia tak heran pon.. dia akan khusyuk tengok tv.. ni sejak umur dia 4 bulan dah gini gayanya..


Sekarang ni anak dah mula kenal ibu & abi dia..
Kalau ibu ambil kat rumah pengasuh, nampak je ibu terus senyum..
Kalau ibu lambat angkat dia memang berbunyi macam marah lah.. hihi
Kalau nampak je kelibat abi buka pintu bila balik kerja, sengeh bukan main lagi dia.. terus excited macam nak melompat dia hah..

Semoga anak ibu & abi menjadi anak solehah dunia & akhirat..

#ibu&abisayangawakketatketat..





Isnin, 12 Mei 2014

Breastfeeding :: Penangan Oat




[TIPS SUSU IBU POWER]


Oat sangat hebat dalam meningkatkan kuantiti susu ibu. Tambahkan pengambilan oat sebagai menu wajib ibu setiap hari untuk memastikan kuantiti susu maintain mantop!



Panas panas, semangkuk bersama kurma atau bancuh bersama Milo panas, hasilnya wow!!

*Boleh guna plain rolled oats atau produk terhangat sekarang Choco Oat tu! 

✔ Tinggi protein, lemak, kalsium, zat besi dan vitamin E yang sangat diperlukan untuk susu ibu
✔ Meningkatkan susu ibu dalam masa yang singkat
✔ Susu lebih pekat dari biasa
✔ Baby cepat kenyang, ibu gumbira!

# CopyPaste : PumpOnTheGo

************************************************************************************************

Selain itu, oat juga terkenal sebagai bahan yang membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah.
Cara paling mudah untuk menikmati hidangan oat setiap pagi dengan menggunakan oat segera..
Nak tambah kelazatan boleh campurkan dengan susu, madu atau buah-buahan segar..



Cara aku?? senang je.
Bancuh milo atau horlicks dan tambahkan oat.
Memang lazat & cepat kenyang..



Breastfeeding :: Letdown Reflex?




[TIPS SUSU IBU POWER]


Susu lambat keluar atau tiada Letdown Reflex?



Mulakan sesi menyusu/mengepam dengan urutan membulat pada payudara ibu. Diikuti sentuhan lembut (atau gentelan lembut) pada puting susu ibu untuk merangsang letdown reflex ibu.

✔ Merangsang dan mempercepatkan Letdown Reflex
✔ Melancarkan pengeluaran susu
✔ Ibu dapat jimat masa mengepam
✔ Susu lancar dan cepat keluar, baby happy

Credit: Tips dari puan Mss Eddy, ahli PumpOnTheGo Breastfeeding Community

# CopyPaste : PumpOnTheGo


*********************************************************************


Sabtu, 10 Mei 2014

Breastfeeding :: Pisang Power??




[TIPS SUSU IBU POWER]

Stress di tempat kerja sebabkan susu tak lancar dan 'malu-malu' nak keluar?


Amalkan pisang setiap hari. Vitamin B6 yang terdapat pada pisang membantu melepaskan hormon gembira dalam badan kita. 

✔ Ibu gembira, stress hilang
✔ Susu keluar dengan lancar
✔ Potassium dalam pisang beri tenaga segera untuk ibu

# Copy Paste : PumpOnTheGo



Jumaat, 9 Mei 2014

Breastfeeding :: Malted Milk Drink



[TIPS SUSU IBU POWER]

Malted milk drink dapat meningkatkan susu ibu. Amalkan minuman panas ini setiap kali selepas sesi menyusu atau mengepam dan lihat hasilnya pada sesi seterusnya, ibu pasti amat gembira!



*Contoh malted milk drink adalah seperti Milo, Horlicks, Ovaltine dan Chocomalt.

✔ Tingkatkan susu ibu
✔ Beri tenaga segera kepada ibu

# Copy Paste : PumpOnTheGo

*************************************************************


Kalau aku, suka Horlicks lagi..
Selalunya minum pagi lah sebelum sarapan..
Lazatnya.. pastu buat pekat..

Milo boleh juga minum tapi nanti sakit kepala..
Hahahaha
Tapi minum gak kadang2..
Cecah ngan biskut atau roti..
Biasanya petang lah..



Breastfeeding :: Tambah Susu Dengan Barli



Khasiat barli ni banyak..
Antaranya ialah bertindak sebagai minuman penyejuk badan di musim panas..
Yang ni memang kegemaran Mama..
Kalau makan kat kedai je mesti order Barli Suam..
Barli bancuh kena reject.. Mama tak nak.. Tak sedap katanya.. hahaha..

Selain itu barli juga memainkan peranan penting dalam penghasilan susu..
Menarik je kan bila tahu.. *bagi ibu2 yang menyusukan anak je kot.. hihi


Senang je cara nak sediakannya..
Masak barli sehingga kembang..
Sejukkan barli tersebut dan sedia untuk dihidang..
Kalau nak tambah perasa pun boleh..
Tambah gula sikit atau pun gula batu..
Minum sejuk pon boleh, minum suam pon boleh..

*Tengok gambar terus rasa nak minum barli.. hihi


Khamis, 8 Mei 2014

Breastfeeding :: Protein & Karbohidrat




Inginkan Susu yang lebih pekat berkrim untuk si comel?

Tambahkan pengambilan protein dan karbohidrat kerana badan manusia berupaya menukar protein dan karbohidrat berlebihan kepada lemak. 

*Lemak adalah antara kandungan utama hindmilk dalam susu ibu.

✔ Tambah sumber lemak baik, elak sumber lemak jahat
✔ Ibu sihat dan maintain kurus
✔ Susu lebih pekat, bayi cepat kenyang


# Copy Paste : PumpOnTheGo


Kalau tengok pada gambar di atas ni, macam kurang je yang aku makan..
Ikan, ok lah.. buah pon makan.. pasta pon makan..
Pagi ni aku buat spiral goreng kasih sayang.. *gediks benor nama menu..
Kena tukar menu berkhasiat macam ni..
Supaya anak ku sayang pon kenyang & dapat makan makanan yang berkhasiat..




Rabu, 7 Mei 2014

BreastFeeding : : Air Suam




[TIPS SUSU IBU POWER]

Air suam membantu meningkatkan susu ibu dalam masa yang singkat.

Percaya atau percaya? Amalkan setiap hari, ibu pasti terkejut melihat kesannya yang hebat! Jom!

✔ Susu ibu meningkat
✔ Ibu cepat kurus
✔ Elakkan dehidrasi


#Copy Paste : PumpOnTheGo

***********************************************************************

Nampak simple je kan?
Tapi kenyataannya memang benar..
Last week kami sekeluarga pergi bercuti..
Memang aku kurang minum air suam..
Paling banyak pon minum 1L sahaja air suam..
Lain bedal air manis..
Memang anak macam tak puas nyusu..
Sekarang ni bila balik dari bercuti aku kurang minum air suam, susu memang drop..
3 kali pump cuma dapat 8oz sahaja..
Gelabah aku masa tu..
Malam pump sekali, esok paginya pump sekali baru boleh cover stok untuk anak ke rumah BS..
Selasa pun sama juga.. tapi boleh dapat 11oz..
Gigih bangun tengah malam pump..
Hari ni Rabu, memang aku minum air suam banyak2..
Alhamdulillah, hari ni sudah kembali kepada normal..

Kesimpulannya, 
AIR SUAM MEMANG SANGAT MEMBANTU MENGHASILKAN SUSU IBU..