Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 27 Februari 2014

Baby :: Pertama Kali




Belum sebulan anak ibu dah pandai kenyit mata ya..
Pertama kali awak kenyit mata kat ibu..
Masa ni ibu dalam pantang..
Tok Mak, Tok Ayah, M.Der, Uncle & M.Su pergi KL..
Pertama kali kena tinggal berdua je dengan awak..
Abi pula pergi kerja..
Tinggal ibu & awak je..
Pandai dia pujuk ibu yg kena tinggal ni ya..
Hihihihi



Rabu, 19 Februari 2014

Baby :: 3 months



Assalamualaikum..
Selamat pagi semua..
Semalam Baby Liyana inject utk 3 serangkai..
Baby nangis time kena cucuk je..
Lepas cucuk terus senyap.. 
Sangat baik lah anak ibu ni..
Ibu sayang awak ketat2..

 
Lepas inject terus bagi upah susu..
Tengok tu, dah kenyang tidur sampai terkangkang..
Hahahahaha

Malam nya pula..
Ibu mandikan baby liyana then abi take turn pakaikan baby liyana baju..
Tu yang suka bukan main lagi tu..
Dah wangi kan..

Ni pagi tadi masa abi & ibu bersiap2 nak pergi kerja..
Dia sibuk lah ajak kita borak..
Hihihi

Isnin, 17 Februari 2014

BF :: Spectra M1 Portable Double Electric Breast Pump




Semakin hari semakin sayang..
Inilah dia barang kesayangan aku..
Spectra M1 Portable Double Electric Breast Pump..
Sebelum ni aku pernah cerita pasal pump ni kat SINI..
So far pump ni sangatlah berjasa..
Dengan adanya pump ini, anak aku boleh minum susu ibu bila ibu pergi kerja..
Alhamdulillah.. Syukur dengan nikmat rezeki yang Allah telah berikan..

Pump ni sangat best.. *sebab aku pakai pump ni je pon.. hahaha
Double pump lagi taw..
Kalau masa awal2 dulu aku pump 10minit kiri kanan baru dapat 2oz..
Alhamdulillah, sekarang ni 10minit kiri kanan kadang boleh dapat sampai 3oz-4oz..
Agaknya kalau pump 20minit boleh dapat lagi banyak kot..
Oklah, sekarang ni aku nak review sikit pasal pump ni :~

1) Boleh double pump
2) Tidak terlalu bising
3) Tidak sakit kerana ada level suctionnya
4) Menjimatkan masa & tenaga
5) Ringan & mudah dibawa ke mana sahaja
6) Built in battery.. so tak perlu bimbang kalau tiada soket.. dalam kereta pon boleh pump kalau mahu.. Ini spec paling utama masa aku buat survey breast pump ni.. niat di hati nak beli Madela Freestyle tapi tak cukup budget.. hihi
7) 2-3jam sahaja caj sudah penuh

Pump ni ada dijual di One Baby World, PumpOnTheGo dan beberapa tempat lain..
Ada jual set sekali taw.. Harga tak sampai 600 pon..
Masa aku beli pump ni dulu mahal..
Rasa macam rugi je taw.. huhuhu
Takpe, yang penting pump ni sangat berguna.. hihi






Jumaat, 14 Februari 2014

Baby :: Her 1st Playgym



Update lagi.. hahahaha
Entry kali ni pon pasal baby juga..


Playgym ni Aunty Gie yang bagi..
Member sekolah teknik dulu..
Lama tak contact ngan Gie..
Tetiba dia muncul masa aku dalam pantang sambil bawa benda ni utk my baby boo..

Sebiji macam dalam gambar ni..

Sweet sangat Aunty Gie ni taw..
Kiranya pelawat pertama yang datang melawat.. hihi
Meh kita hug awak ketat..
Pastu petang sikit Gie dtg dengan Ila pula..
Meriah aku petang tu.. hahahaha..
Dah macam jejah kasihan dah kami ber3..
Ada lah 10 Tahun tak jumpa..
Biasanya borak2 kat FB je.. hihi
Sayang korang ketat2..







Baby :: Baby Care, Grooming & Diapering



Assalamualaikum..
Selamat Pagi semua..
Lama benar tak update blog..
Sempat BW je skrg ni..
Tambah pula kerja kat office ni melambak2 pula..
Sempena hari Jumaat = Penghulu segala hari ni aku nak share pasal baby..


Ini cara aku susun kelengkapan baby..
Bekas purple tu untuk bawa pergi rumah pengasuh..
Yang bakul pink tu kat rumah punya..

Kalau aku balik rumah mama or rumah MIL, bakul tu juga lah yang aku angkut..
Senang, semua ada..
Dalam bag cuma ada baju, barut, sarung tangan/kaki.. 
Senang, mudah & cepat..
Kalau suami tukarkan pampers anak pon ambil je bakul ni..
So takde lah dia tanya "syg, mana pampers?" atau "syg, mana lotion?" dll..

Anda bagaimana pula??


Selasa, 11 Februari 2014

Baby :: Kesayangan Ibu



Tokmak & Liyana

Excited benar muka anak dara ibu ni..
Masa ni bukan main suka dia tokmak dia agah dia..
Gelak sakan..

Baby Liyana start bagi respon bila kita agah dia masa umur dea 2bln setengah..
Abi dia lah orang yang paling suka agah dia..
Sekarang ni kalau abi agah, dia punya lah gelak besar.. hihihi
Bahagia & tenang je bila tengok muka awak ni sayang..




Selasa, 4 Februari 2014

Baby :: 1st day kat rumah pengasuh



Selamat pagi..
Pagi ni mata super mengantok..
Semalam tidur lambat ralit sgt mengemas rumah..
1st time anak dara ku tidur awal..
10.00 malam dah selamat belayar lepas DF dia..
Memang ibu langkah pon panjang lah mengemas rumah..
Kalau idok, asyik lah mengadap anak, dok melayan dia borak + main.. hihihi

Hari ini 1st day My Boo kat rumah pengasuh..
Aku awal2 dah bahasakan 'Mak' untuk pengasuh..
Biar dia tak rasa jauh, sentiasa dekat je dengan pengasuh..
Ibu pon senang hati nak tinggalkan awak taw..

Pagi ni kul 7.30pagi dah celik biji mata..
Selalunya kalau lepas DF My Boo akan tidur balik..
Tapi dah 2 hari ni dia celik je..
Macam tahu2 je ibu nak hantar dia kat rumah pengasuh..
Senyum je dia..
Nasib lah awak ni kecil lagi taw belum takut orang..
Kalau tidak mahu haru biru ibu nak pergi kerja.. hahahaha

Dari malam tadi lagi dah bisik kat My Boo..
'Esok awak dah start tinggal ngan pengasuh taw.. jangan nangis2 ya jadi anak yg baik.'
Sampai pagi tadi sebelum serah kat pengasuh pon aku still pesan yg sama..
Sesungguhnya hati ni sayu je nak tinggal dia..
Yelah, dari dalam pantang sampai lah semalam My Boo tinggal ngan tokmak..
Memang tiada kerisauan lah kan sebab mak sendiri kan..
Tapi dari gaya pengasuh ni aku yakin anak aku selamat dengan 'mak' dia..

'Ibu dah mula rindu awaklah sayang.. 
Tadi abi dah janji malam ni abi nak bawak kita jalan2..'


Isnin, 3 Februari 2014



Tarikh : 02.02.2014
Lokasi : Dewan PIBG SMKBBU, Johor
Majlis : Persandingan Nurul Ain Lokman & Mohd Shahril Sahree


En Suami & Pn Isteri

Kesayangan Ibu & Abi

 
Macam cebik je.. Macam nangis je.. Macam Sayang je..

Ibu & kesayangan ibu..





Crazy cazen & the best ever..

Masa nikah..
Gadis kuning tu sepupu ku, Pengantin itu sepupu ku & gadis kelabu tu anak buah ku..
Hihihi