Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 4 Februari 2014

Baby :: 1st day kat rumah pengasuh



Selamat pagi..
Pagi ni mata super mengantok..
Semalam tidur lambat ralit sgt mengemas rumah..
1st time anak dara ku tidur awal..
10.00 malam dah selamat belayar lepas DF dia..
Memang ibu langkah pon panjang lah mengemas rumah..
Kalau idok, asyik lah mengadap anak, dok melayan dia borak + main.. hihihi

Hari ini 1st day My Boo kat rumah pengasuh..
Aku awal2 dah bahasakan 'Mak' untuk pengasuh..
Biar dia tak rasa jauh, sentiasa dekat je dengan pengasuh..
Ibu pon senang hati nak tinggalkan awak taw..

Pagi ni kul 7.30pagi dah celik biji mata..
Selalunya kalau lepas DF My Boo akan tidur balik..
Tapi dah 2 hari ni dia celik je..
Macam tahu2 je ibu nak hantar dia kat rumah pengasuh..
Senyum je dia..
Nasib lah awak ni kecil lagi taw belum takut orang..
Kalau tidak mahu haru biru ibu nak pergi kerja.. hahahaha

Dari malam tadi lagi dah bisik kat My Boo..
'Esok awak dah start tinggal ngan pengasuh taw.. jangan nangis2 ya jadi anak yg baik.'
Sampai pagi tadi sebelum serah kat pengasuh pon aku still pesan yg sama..
Sesungguhnya hati ni sayu je nak tinggal dia..
Yelah, dari dalam pantang sampai lah semalam My Boo tinggal ngan tokmak..
Memang tiada kerisauan lah kan sebab mak sendiri kan..
Tapi dari gaya pengasuh ni aku yakin anak aku selamat dengan 'mak' dia..

'Ibu dah mula rindu awaklah sayang.. 
Tadi abi dah janji malam ni abi nak bawak kita jalan2..'


Tiada ulasan:

Catat Ulasan