Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 25 Februari 2013

24.02.2013




Happy monthsary zahra~!
5 bulan sudah.. kejap je masa berlalu..
This week turn ibu rad pula ya.. ^__^
Eh.. kejap2.. this month xde 29hb kan??
Erm.. mcm mana kira tu.. hihi






Jumaat, 22 Februari 2013

iLoveCrafts : Upgrading



Smlm MC..
Bila tak ada kerja ni tangan gatal capai pearl², batu² (bukan batu-bata ya anak²) & baju² lama yg ada dalam almari..
Habis satu almari kena selongkar.. hahaha
Tetiba terpandang baju ini..
Sorotan dari entri INI..
Bila tengok bahagian lengan baju masih kosong, aku pon dengan slumber terus capai kotak ajaib aku.. macam² ada dalam tu tau..
Lengkap dengan stationary gitu.. hihihihi
Ralit sangat menjahit sampai tak makan kamu tahu..
Nasib lah pagi tadi makan jemput²..
Dengan tak masaknya.. tak makan lagi.. isk²..
Nasib lah dah mandi awal pagi.. hahaha

Bila dah syiok² menhjahit, batu pula kurang..
Terus terbantut nak jahit..
Terus mandi, siap² & sms suami..
"abi, sayang nak pergi angsana kejap ya?"
Suami reply "OK"..
Hahahaha~! itu maknanya suami sangat bz nak layan isteri sms..
Terus laju kemas bag dan jenjalan..
Sebelum keluar tu sempat keluarkan ayam untuk masak petang nanti.. 
*Rajin pula isteri masak kan?? Untunglah MC.. hihihi
T.A.M.A.T.

Ini nampak sebahagian sahaja.. Tunggu siap sepenuhnya ya.. ^__^


Rabu, 20 Februari 2013

iLoveCrafts : Inspires Me









iLoveCrafts : Beadswork for Mama Lynn



Theme : Hijau vs Bronze
Complete : 17.02.2013

Ni baru nk patch lace.. 

Sesudah siap di lengan..
*sila abaikan bantal, pc & speaker di belakang ya.. hihi..


Jumaat, 15 Februari 2013

Santapan Rohani : Zikir Harian





Cerita disebalik zikir ini:


1)Kalimah Subhanallah
Ibnu Abbas RA berkata: “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca (menyebut); Subhanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mereka terus menyebut (berzikir) selama-lamanya.” 


2) Kalimah Alhamdulillah
 Kata Ibnu Abbas ra lagi: “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as. Maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah ilhamkan kepadanya untuk membaca (menyebut); Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebutAlhamdulillah, lalu Allah menjawab; Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).
“Kemudian malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Suhhanallah Walhamdulillah.
3) Kalimah Laa illaha illallah
 “Para malaikat membaca (berzikir) demikian sehinggalah Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh as. Oleh kerana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca; Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.”
“Lalu berkata malaikat: “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dengan dua kalimah sebelumnya untuk menjadi: Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah.
“Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim as.  


4)Kalimah Allahu akbar
Setelah terutusnya Nabi Ibrahim as, Allah SWT telah memerintahkan bagindamenjalankan korban ke atas anaknya, yang mana akhirnya Allah telah menebusanaknya Ismail dengan seekor kibas (kambing).
“Apabila Nabi Ibrahim as melihat anaknya terselamat dari disembelih dan digantikan dengan kibas (kambing), maka Nabi Ibrahim as menyebut: Allahu akbar, kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.
Berkata para malaikat: “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar.Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan tiga kalimahsebelumnya menjadi: Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar.


5) Kalimah Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.
“Ketika malaikat Jibril as menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, bagindamerasa kagum dan terus melafazkan: Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyilaziem.”
Kemudian Jibril as berkata: Gabungkan kalimah yang empat itu sehingga menjadiSubhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar, Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.



Sumber : Doktor Jiwa



Santapan Rohani : Zikir Harian versi Gambarajah




Ini versi untuk kanak² dan anak²..
Tapi orang dewasa pon senang tertarik dengan gambarajah berbanding tulisan kan?? Betul tak??
Siapa setuju dengan saya sila angkat tangan~! Ala.. Malu² pula nak angkat tangan ya?? hihi
Takpe², saya tak marah pon.. 
Yang penting saya suka gambarajah..
Mudah difahami.. Mudah tertarik..
Kadang² kalau ayat² ni memang liat sikit nak baca..
Hahahaha~! Dasar pemalas yg amat kan??
Mana ntah budaya membaca aku ni??
Tapi kalau rasa² malas nak baca pon takpe..
Kita dengar je pon dah dapat pahala taw..
^__^

Mari mendengar zikir harian ~!







Jumaat, 8 Februari 2013

Sesungguhnya..



Sesungguhnya..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

Allah Maha Mengetahui..
Allah Maha Mendengar..
Allah Maha Melihat..
Allah Maha Esa..


Sweet sangat ^__^




Selamat pagi semua..
Tetiba rajin pula nak buat entry baru..
Pasal desserts pula tu..

Kalau tengok pada kedai ni kan mmg just nice je..
Semua warna putih.. suka3~!
Dorang ada guna barang dari ikea taw.. hihi
Dasatnya mata ku ini.. itu pon boleh tahu ke??? hahaha
Peminat ikea mmg begitu.. ^__^
Tak dapat nak snap full view lah.. sorry ya..
Dapat view ni pon dah kira ok kan??
Kedai ni ada menjual pelbagai jenis kek, cookies dan juga bubur..
Bubur kat kedai desserts??? hihi
Ada bubur pulut hitam, bubur kacang & satu lagi tak pasti bubur apa..
Ayah pon suka taw tengok kedai ni..
Memang sedap mata memandang..
Harga kek rasanya ok & tak mahal sangat kot..
Lebih kurang je macam yang jual online tu..
Tapi yang pasti aku memang suka tengok kedai ni.. 
^__^

Dalam hati sudah menanam angan2 untuk ada kedai sweet2 seperti ini..







Khamis, 7 Februari 2013

Baru hari ini rasa urmmmpppp ~!



Ini uder punya.. 
Oleh kerana dea tak suka mayonis so uder punya tak letak mayonis..
Aku & suami punya set ada mayonis..

Nampak macam biasa je kan ?? hihi
Rupa tak melambangkan rasanya yg sangat sedap wei ~! 
Roti yang lembut + gebu ditambah dengan cheese + mayonis + sos cili mmg superb lah ~!
Walau pun aku guna sosej yg murah je..
Tapi rasanya yang lengkap mmg sgt mengiurkan.. lazat tak terperi ~!!
Sampai tak cukup 1.. Rasa macam nak tambah lagi 1 je.. hahaha ~!
Tamak di situ ya.. ^__^
Tapikan bukan aku seorang je yang cakap macam tu..
Uder pon sama macam aku..
Suami awal² dah request 2set.. hahaha

Rupa yang ini nampak lagi menawan lah..
Yang sebenornya memang nk letak salad pon..
Masa masuk giant tu dah ingat dah nk beli salad..
Bila dah belek² barang terus lupa.. hahaha

Notakaki : Bila mama takde baru berpeluang sarapan yg pelbagai ni.. kalau mama ada pasti tak sempat nak buat sarapan sendiri kerana sibuk membantu mama di gerai makannya.. :) tak sabarnya nak duduk rumah sendiri.. boleh main masak².. hahaha.. seminggu mama tak ada ni lah baru aku memasak setiap hari.. hahaha



Ruang Dapur : Dapur Gas Versi Kilat + Blink²




Ok tak dapur macam ni ??
Tahan lasak tak agak² nye erk ??
Rasanya macam dah terberkenanlah dengan dapur ni..
Permukaan yang licin + blink² membuatkan aku senang nak bersihkan ia nanti..
Jangan nanti aku sayang sangat sampai tak guna dapur ni sudah lah .. haha ~!
Memang kena lesing lah dengan suami nanti.. haha ~!
Harganya sesuai ke dengan barangnya ??
Aku belum pernah survey kat tempat lain lagi ni..
Erm.. nanti nak ajak suami survey tempat lain pula lah ..

Wah² ~! Misi mencari barang rumah sudah bermula nampaknya..
Macam gaya dah ada je rumahnya kan ?? haha
Takpe².. Kami survey dulu barang² rumah, perabot² rumah dan lain² keperluan..
Nanti bila nak pindah rumah dah senang..
Kami pilih je mana yang kami berkenan yang harganya menepati poket kami + selera kami.. hihi

Kepada DAPUR INI, 
sila sabar menanti kami ya.. Kalau harga kamu ok nanti kami beli kamu ya..
^__^


Rabu, 6 Februari 2013

Cerita Kami : Part 1



Kami tak pernah declare couple sebelum bertunang..
Sbb mmg kami berkawan shj & tak pernah fikir utk serius.. hahahaha.. 
Oleh itu kami mmg tiada tarikh declare.. yang ada cuma tarikh pertunangan, pernikahan, persandingan & pertandangan.. eh2 silap~! tarikh majlis bertandang.. hihi

Kami tak pernah tak gaduh dalam satu hari.. 
Sbb suami ku ini suka sgt menyakat aku.. huhu.. tapi skrg ni sama2 suka menyakat.. bila suami tgk isteri penyet je mulalah dea menyakat.. begitu juga dengan isteri.. pantang tengok suami buat muka toyer tu.. mulalah aktiviti sakat menyakat.. hahaha.. bahagianya hidup ini~!!

Kami tak pernah candle light dinner.. 
Mcm mne nak candle light dinner kan? Bukan pasangan bercinta pon.. Hahaha.. Teringin nk rasa feeling2 candle light dinner ni.. Boleh tak abi?? Erm.. mcm lah suami baca blog aku ni kan.. hahaha.. takpe, nanti aku beritahu suami.. :)

Kami tak pernah raikan hari kekasih..
Sbb hari kekasih ni hari2 pon boleh.. lalalala

Kami tak pernah tak tengok wayang masa berkawan..
Paling tidak pon sebulan sekali mesti masuk panggung.. hahaha.. Sejak sah bergelar suami isteri ni kami tak pernah dah tengok wayang.. Biasanya kami tengok muvie2 terbaru dalam kereta je.. tak kisah lah pergi mana pon.. hahaha.. sajalah tu.. nak beritahu kereta dea ada screen kecil yg boleh papar muvie.. hahahaha.. ngek~!

Kami tak pernah romantik2 sebelum, semasa & selepas tunang di depan kawan2..
Sbb suami ni mmg xberapa nak romantik.. nanti bila aku gediks2 sket dea cakap aku mengada-ngada~! aduh~! Mencilah~!! Tapi sejak kahwin ni suami dah lain.. depan kawan2 pun saja nak tunjuk dea ada isteri.. time tu lah nak peluk pinggang lah.. nak pegang tangan lah.. hahaha.. lucu lah kamu ni suami~!


Selasa, 5 Februari 2013

Saya Insan Berdarah Panas..



Semalam bangun tidur je suami terus letak tangan kat dahi & leher saya..
Katanya saya demam sbb badan panas sgt..
Tapi saya tak rasa demam pon..
Padahal semalam masa bangun tidur tu cuaca sangat nyaman & dingin sekali..
Rasa nak sambung tidur & tak perlu pergi kerja saja.. hahaha
Macam mana aku boleh panas pula??
Suami buat benda yang sama banyak kali juga.. haha.. 
Kenapa?? Abi tak percayalah tu..
Ingatkan dea nak cakap
'ok, sayang mc lah hari ni sbb badan panas sgt ni..'
Rupanya hampeh je..
Saya kena pergi kerja seperti biasa.. 
Pelamin angan ku musnah.. eh2 silap..
Menangis aku wei kalau pelamin angan ku musnah.. 
Kejap2.. Pelamin tu pakai masa sanding je kan????
So tak perlu risau lah kan???
Fuhhhh... SELAMAT.. haha
So, jadinya anganan ku musnah lah kan??? 
T_T

Kalau kamu2 semua nak tahu...
Saya ni insan berdarah panas..
Badan saya panas bila orang lain sejuk..
Badan saya sejuk bila orang lain rasa panas..
Aduhai.. 
Sesungguhnya aku ni insan yang berdarah panas lah..
So, tak perlu nak peliks sgt ya??  hihi..
Noktah..

Itu cerita semalam..
Yang ini cerita untuk hari ini pula..
Korang percaya tak hari ni aku sarapan hanya 1 biji karipap + 1 cawan hi-goat sahaja..
Lepas dari tu aku cuma minum air masak je..
Air masak ke?? erm.. rasa RO water kot.. hahaha
Itu sahaja sarapan aku pagi ni..
Biasanya aku akan sarap nasi lemak @ mee goreng @ nasi goreng..
Tapi tidak pula hari ini..
Puncanya???
Tekak aku ni sakit plk..
Rasanya kerongkong ni sedang mengembang & menyebabkan aku tak ada selera nak telan makanan..
Biasanya aku ni seorang yg akan ambil heavy breakfast..
Paling koman pon mkn 1 mangkuk koko crunch + susu..
Isk3.. Sekarang sudah masuk waktu lunch..
Perut tak lapar?? Ajaib..
Tak kan semalam makan pizza terus kenyang 24jam kot.. hahaha
Tak logik betul..
Lantak lah.. Yang penting aku makan je lah erk..
Nanti tak de lah jam 2.30ptg dok kt pantry makan sorg2 sedangkan waktu rehat sudah tamat..
Tak nak lah macam tu..
Ok lah perut.. jom aku isi kamu dengan nasi + ayam kari ya..
^__^