Sekarang ni ibu sedang berjinak-jinak dengan bisnes Dropship..
Tak kisah lah untung sikit ke apa kan, janji ibu happy buat ini..
Tambahan pula, ibu buat Dropship untuk barang-barang ibu & anak..
Memang sesuai lah kan?
Disebabkan ibu gunalah ibu jual.. hihihihi
Dropship? Apa itu Dropship??
Mesti ramai yang pernah dengar tentang informasi dropship kan?
Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana perniagaan dripship ini dijalankan dan mudah ke?
Dropship ini sebenarnya salah satu cabang perniagaan internet cara mudah dan simple.
Konsep TANPA MODAL..
Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes, pasti mahu bisnes yang modalnya minima. Erti kata lain, modal yang sedikit.
Akan tetapi Dropship pula adalah perniagaan tanpa modal. Menarikkan??
Anda cuma perlu promot barang di laman sosial, terima tempahan, buat bayaran pada supplier dan supplier akan pos barang pada pelanggan.
Mudahkan???
Panjang pula mukadimah ibu untuk entry pagi ini.. hihi
Harap maaf ya..
Ok, berbalik semula pasal akaun..
Sebenarnya ibu memang mengamalkan mencatit segala jenis perbelanjaan harian ibu..
Ini bagi memudahkan ibu tahu ke mana aliran tunai ibu..
Sangat detail kononnya.. hahahaha
Tapi bukan apa, mudah ibu nak semak samada telah buat bayaran hutang piutang atau simpanan..
So untuk bisnes dropship ni pon haruslah ada akaun juga..
Bagi memudahkan ibu untuk mengenalpasti modal, untung dan lain-lain.
Pada mulanya ibu hanya buat catitan ringkas sahaja dalam buku log..
Semua maklumat ada dalam tu..
Maklumat produk, harga, maklumat pelanggan, pembayaran dll..
Tapi bila ibu nak semak untung yang ibu dah peroleh, tak tahu berapa yang dapat..
Tambahan pula segala transaksi pembelian & bayaran pelanggan menggunakan akaun bank yang sama dengan akaun semasa ibu..
Lagi tambah rumit untuk ibu kenalpasti semuanya..
Akhirnya ibu beli buku cash..
Dalam ni segala maklumat pembayaran kepada supplier/pelanggan atau perbelanjaan berkaitan bisnes ibu catit dalam ni..
Lagi mudah ibu nak kesan aliran tunai..
Dan yang penting baki akhir bisnes pon ibu boleh tahu..
Perlahan-lahan ibu buat agihan tugasan untuk setiap buku..
Maksudnya setiap buku ada fungsinya tersendiri..
Contohnya macam dalam gambar kat bawah ni..
1) Fail merah - Resit/Slip
Untuk ibu simpan segala jenis resit pembelian, pembayaran & penyata akaun..
Fail ini sangat berguna bila ibu nak update sales & baki akhir akaun..
2) Captain Cash - Aliran Tunai
Untuk ibu catit aliran tunai berkaitan bisnes ibu..
3) Buku Purple - Buku Maklumat
Untuk simpanan maklumat supplier, pelanggan, tempahan dan lain-lain yang berkaitan.
4) Buku Biru - Buku Produk
Untuk maklumat berkaitan produk seperti gambar, cara penggunaan, khasiat/kebaikan sesuatu produk ibu print dan tampal dalam buku ni..
Memudahkan ibu untuk tunjuk pada pelanggan sekiranya pelanggan bertanya bila bertemu face to face..
Idok lah ibu asyik nak kena scroll HP setiap kali nak tunjuk produk pada pelanggan..
Pasti kelam kabut jadinya..
Bila buat macam ni, pelanggan pun akan selesa sebab tak perlu tunggu lama ibu scroll HP.. hahaha
So HP ibu akan jadi lebih private pada pelanggan..
Eh.. eh.. tadi macam nak cerita pasal akaun je..
Tetiba jadi panjang lebar pula.. hahahaha
Ok lah, ini sahaja perkongsian ibu untuk entry kali ni..
Kalau ada ilmu baru nanti ibu share lagi ya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan