Mac 2016
Rak bawah ada macam-macam mainan ikut kategori..
Kotak biru tu ada mainan masak-masak..
Kotak jingga tu ada soft toy..
Kotak hijau ada mainan keretapi siap dengan rail sekali..
Rak atas tu segala jenis buku yang ada..
Atas rak tu beg & mainan..
Yang kotak hijau besar sebelah rak tu ada macam-macam mainan..
Beg ladybugs tu dapat free daripada Dypers..
Itik tu macam puzzle yang ada macam-macam bentuk lubang..
Wooden toys tu beli masa kat expo baby kat Persada..
Tu stesen Amber hadiah masa harijadi Liyana 2 tahun..
Rak hijau tu beli dekat Tesco RM13.90/rak
Kotak warna warna burung hantu tu beli di Fabalous Mom RM25.90..
Rak ni nampak kemas sekejap je..
Tak sampai satu hari pasti dah berselerak dikerjakan anak dara ibu tu..
Tapi setiap kali lepas main, ibu akan paksa Liyana kemas & letak semula di tempat asalnya..
Bukan apa, inilah cara nak disiplin kan anak untuk mengemas..
Ibu bukan setakat bagi arahan je, tapi ibu pon kena kemas sama..
Bila anak nampak kita kemas, automatik dia pon akan ikut kemas..
Tapi ibu kena gunakan psyco juga ni..
"Kakak, tolong ibu ambilkan patung tu. Ibu tak sampai."
Si anak akan segera ambilkan patung yang ibu minta..
Sambil kemas sambil mengenal warna & mengira..
Mengemas sambil mengira lagi berkesan..
Kita kenalah sentiasa sebut perkataan
"TOLONG" , "TERIMA KASIH" , "PANDAINYA"
dan bermacam-macam lagi perkataan yang memuji anak..
Anak akan rasa diri dihargai ibu bapa mereka..
Ibu pernah cuba guna ayat arahan..
"Kakak, pergi kemas mainan!"
Lepas cakap ibu terus memasak..
Siap memasak, ibu lihat mainan masih bersepah belum dikemas..
Di sini kita boleh nampak, arahan tak akan membantu kita untuk mendidik anak-anak..
Silap-silap kita kena kemas sendiri..
Oleh sebab itu, ibu suka gunakan cara kemas bersama-sama..
Sebab anak-anak suka meniru apa yang ibu bapa nya lakukan..
Macam sebelum ni, setiap kali nampak mainan bersepah automatik ibu akan cakap "Ya Allah, bersepahnya kakak."
Mungkin disebabkan kerap mendengar ibu sebut ayat tu, Liyana dah pandai meniru..
Kalau dia nampak mainan dia bersepah automatik dia pon akan ulang ayat ibu..
Tepuk dahi ibu dengar anak oi.. hahahaha
Lepas tu memang ibu dah tak sebut dah ayat tu..
Ibu akan cuba menjadi ibu yang lebih positif agar kakak dapat ikut apa yang baik & positif daripada ibu ya sayang..
Semua ibubapa pasti nak jadi yang terbaik untuk anak-anak kan..
Begitu juga ibu..
Ibu akan belajar & berusaha untuk menjadi yang lebih baik setiap hari..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan