Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 20 September 2016

Play Area di lokasi baru



Julai 2016


Sebenarnya play area anak ni dah banyak kali berubah tempat & susunaturnya..
Sebelum ni kat ruang tamu kiri, lepas tu tukar kanan pula..
Macam-macam susunatur lah dah buat.. hihihi
Tapi tetap tak puas hati..
Asyik berubah je..
Harapnya lepas ni perubahan tu lama sikitlah.. hahaha


Ini paling terkini..
Sakit-sakit pinggang & kaki ibu ni mengemas.. hahaha
harap-harap adikbaby kuat kat dalam ya sayang..



Bila dikemas semula ni banyak juga mainan kakak sebenarnya..
Tapi banyak yang kecil-kecil & comel-comel..
Tu yang rak hijau 2 set tu ada mainan dalam kotak-kotak kartun & buku-buku..



Nampak tak ada 2 kotak di sebelah meja??
Tu mainan lah tu..
Satu kotak mainan yang macam alat-alat muzik, set boling & macam-macam lah..
Kotak atas tu pula semua patung-patung yang ada.. hahaha
Atas meja tu pula penuh dengan juadah yang kakak liyana masak untuk ibu..
1 piring 1 jenis lauk je.. hahaha
Nampaknya kena beli piring lagi ke kakak?? hahaha 
Nantilah ibu cari kat EcoShop kot ada yang murah-murah..


Perancangannya, bilik tengah ni nak buat bilik tidur kakak & adikbaby nanti..
Tapi buat berperingkatlah..
Nanti nak beli katil & tilam, set meja belajar, rak buku dan lain-lain..




Selasa, 6 September 2016

Tropika VCO Blackcurrent




Tropika VCO Blackcurrent
85ml
Sesuai untuk seisi keluarga


Khasiat Tropika VCO Blackcurrent :
* Membunuh bakteria yg menyebabkan kurap, athletes foot & ruam lampin
* Meningkatkan tenaga & stamina
* Meningkatkan kadar metabolisma & diserap sebagai komponen tenaga
* Mengurangkan kadar kolestrol
* Membantu mengawal kencing manis
* Melebat & mencantikkan rambut
* Kulit lebih lembut, halus malah awet muda
* Merawat & membantu menyembuhkan penyakit kulit seperti enzema

Cara penggunaan Tropika VCO Blackcurrent :
* Bayi : 1/2 sudu teh, 2 kali sehari (boleh dicampur ke dalam susu, bubur @ solid food)
* Kanak-kanak : 1/2 susu teh, 2 kali sehari (boleh dicampur ke dalam susu, makanan, sup, air sejuk/suam, jus buah-buahan)
* Remaja & dewasa : 1 sudu teh 2 kali sehari (boleh diminum begitu sahaja @ dicampurkan ke dalam minuman sejuk/suam & makanan sejuk/suam)

Nak tahu lebih lanjut?
Meh la WA sis ya😉
Sempena Aidil Adha ni pon ada special price ya 💐

#sayajualtropika #sayajual #produktropika

Jumaat, 2 September 2016

Play Area untuk Anak



Mac 2016


Rak bawah ada macam-macam mainan ikut kategori..
Kotak biru tu ada mainan masak-masak..
Kotak jingga tu ada soft toy..
Kotak hijau ada mainan keretapi siap dengan rail sekali..
Rak atas tu segala jenis buku yang ada..
Atas rak tu beg & mainan..
Yang kotak hijau besar sebelah rak tu ada macam-macam mainan..

  

Beg ladybugs tu dapat free daripada Dypers..
Itik tu macam puzzle yang ada macam-macam bentuk lubang..
Wooden toys tu beli masa kat expo baby kat Persada..
Tu stesen Amber hadiah masa harijadi Liyana 2 tahun..



Rak hijau tu beli dekat Tesco RM13.90/rak
Kotak warna warna burung hantu tu beli di Fabalous Mom RM25.90..



Rak ni nampak kemas sekejap je..
Tak sampai satu hari pasti dah berselerak dikerjakan anak dara ibu tu..
Tapi setiap kali lepas main, ibu akan paksa Liyana kemas & letak semula di tempat asalnya..
Bukan apa, inilah cara nak disiplin kan anak untuk mengemas..
Ibu bukan setakat bagi arahan je, tapi ibu pon kena kemas sama..
Bila anak nampak kita kemas, automatik dia pon akan ikut kemas..
Tapi ibu kena gunakan psyco juga ni..
"Kakak, tolong ibu ambilkan patung tu. Ibu tak sampai."
Si anak akan segera ambilkan patung yang ibu minta..

Sambil kemas sambil mengenal warna & mengira..
Mengemas sambil mengira lagi berkesan..
Kita kenalah sentiasa sebut perkataan 
"TOLONG" , "TERIMA KASIH" , "PANDAINYA"  
dan bermacam-macam lagi perkataan yang memuji anak..
Anak akan rasa diri dihargai ibu bapa mereka..

Ibu pernah cuba guna ayat arahan..
"Kakak, pergi kemas mainan!"
Lepas cakap ibu terus memasak..
Siap memasak, ibu lihat mainan masih bersepah belum dikemas..
Di sini kita boleh nampak, arahan tak akan membantu kita untuk mendidik anak-anak..
Silap-silap kita kena kemas sendiri..
Oleh sebab itu, ibu suka gunakan cara kemas bersama-sama..
Sebab anak-anak suka meniru apa yang ibu bapa nya lakukan..
Macam sebelum ni, setiap kali nampak mainan bersepah automatik ibu akan cakap "Ya Allah, bersepahnya kakak."
Mungkin disebabkan kerap mendengar ibu sebut ayat tu, Liyana dah pandai meniru..
Kalau dia nampak mainan dia bersepah automatik dia pon akan ulang ayat ibu..
Tepuk dahi ibu dengar anak oi.. hahahaha
Lepas tu memang ibu dah tak sebut dah ayat tu..


Ibu akan cuba menjadi ibu yang lebih positif agar kakak dapat ikut apa yang baik & positif daripada ibu ya sayang..
Semua ibubapa pasti nak jadi yang terbaik untuk anak-anak kan..
Begitu juga ibu..
Ibu akan belajar & berusaha untuk menjadi yang lebih baik setiap hari..