Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 26 Ogos 2016

Tropika : Head To Toe Baby Hair & Body Oil ~ Lavender



Selamat pagi semua..
Sempena hari jumaat ni, ibu nak share 1 produk ni..
Sangat berkesan untuk anak-anak yang ada masalah kulit..

Masa umur Liyana 4bulan macam tu, dia ada masalah kulit dibahagian tengkuk..
Kalau hari panas & Liyana kuat berpeluh, tengkuk dia akan merah & gatal-gatal.
Bila dah gatal, mulalah dia tergaru-garu tengkuknya sampai luka & berdarah..
Bila dah berdarah & luka pasti lepas tu berkupin pula..
Mulalah hati ibu ni risau..

3-4 bulan juga ibu cuba guna krim yang doktor bagi..
Tapi masalah tetap datang berulang..
Akhirnya ibu nekad cuba produk ni..
Tiap kali lepas mandi & sebelum tidur , ibu akan sapu minyak ni pada tengkuk Liyana..
Alhamdulillah, sebulan pakai minyak ni masalah kulit Liyana dah semakin sembuh..
Lepas sebulan masalah kulit Liyana sembuh sepenuhnya..
Terima kasih ya Allah.. semuanya dengan izin Allah..

EH.. Lupa pula nak beritahu produk apa yang ibu amalkan tu..
Tadaaaaaaaaaa


Comel je minyaknya ni.. 30ml..
Produk Tropika : Baby Hair & Body Oil ~ Lavender + RM20.00..
Masa ni baru je nak cuba, so ibu ambil yang paling kecil je..
Lepas sebulan tu nampak kesan yang sangat positif, terus ibu beli yang besar sikit..
Senang boleh bawa pergi travel berjalan..
Yang minyak 30ml tu memang standby dalam handbag..


Yang ini starter set RM69.90..
Ada Bubble Wash + Baby Hair & Body Oil (100ml)..
Berbaloi juga beli set ni sebab tahan 2 bulan juga taw..
Bau lavender ni sangatlah wangi & boleh tenangkan fikiran taw..
Asyik nak cium anak je.. hihi
Tak pakai ni pon ibu tetap nak cium anak juga.. haha

Ok, kalau ada yang berminat nak beli produk ni bolehlah whatsapp ibu ya..
Ibu bagi harga kasih sayang sempena bulan Merdeka ni..


WhatsApp : 016-7784185 Radiah Kudus
#sayajual






Isnin, 22 Ogos 2016

Cara Guna Sticky Notes



Apa tu Sticky Notes??
Guna untuk apa ya??
Sticky notes tu macam mana rupanya??

Macam-macam soalan kan?
Sticky notes ni memang kesukaan ibu lah..
Apa-apa mesti tampal sticky notes..
Sampaikan kat monitor pon tampal sticky notes tau..
Pada ibu, sticky notes ni untuk reminder apa yang perlu dibuat..
Bila tulis & tampal sticky notes yang warna-warna & pelbagai bentuk ni boleh menarik minat kita untuk membaca.. so itulah fungsi utama sticky notes ni pada ibu..

Tapi, ramai orang yang salah cara menggunakan atau cara ambil setiap helaian sticky notes ni..
Jom layan gambar..





Hasil setiap method adalah berbeza..
Paling "best From The Side Method"


Khamis, 18 Ogos 2016

Jamuan Raya & BBQ




Sebelum majlis..


30.08.2016 hari tu ada buat jamuan raya & bbq dekat kilang..
Khemah, meja & kerusi sewa dengan kawan husband..
Kawan husband buat part time je ni..
Harga pon murah,katanya harga kasih sayang.. hihi

Centerpiece & Variera shelf insert tu hak milik daku..
Tray makanan, sepit, thermos, flush air tu sewa dengan mama..
Yang mana boleh jimat, kita jimatkan..
Lagi pun ini merupakan majlis pertama kami buat secara besar-besaran..
Sebelum ni kami makan kat kedai atau pun buat potluck je kat pejabat..
Tahun ni bos nak buat besar-besaran..
Meriah dengan makanan.. hihi








Rabu, 17 Ogos 2016

Idea Bilik Siling Tinggi



Bilik tengah kami ruang nya sangat tinggi..
Boleh buat satu bilik lagi kat atas tu..
Sekarang ni tengah mencari idea & kontraktor yang hasil kerjanya sangat kemas + harga yang reasonable.. hahaha
Nak cantik tapi nak murah..
Kedekut betulkan?? hahahaha

Ok, jom layan gambar yang berkenan di mata ni..










Selasa, 16 Ogos 2016

Dinding Ruang Makan




Ibu suka yang simple tapi sedap mata memandang..
Hanya letak kan frame 3 serangkai tu..
Sebelum ni cuma 2 frame merah sahaja yang ada gambar..
Sebelum raya hari tu, ibu print khat tu untuk letak kat frame biru..
Tak ngam sangat pun tapi boleh lah buat ada-ada.. hihi
Nanti nak cari gambar lain yang ceria sikit..
Kasi tukar mood sikit.. tunggulah nanti bila ibu rajin..

Jangan tertipu ya..
Balang kuih raya tu sesat kat situ sebab baru lepas cuci untuk diisi kuih raya..
Saja parking atas meja makan tu.. hahaha
Simple je pun..
Kalau hari biasa, atas meja tu ada dulang isi roti, butter & nutella je pun..
Senang, on the go je..
Kalau tak sempat buat sarapan, sauk je roti.. hahaha


* Frame beli di Ikea
* Table-runner beli di Mr DIY
* Balang kuih raya daripada Tupperware



Isnin, 15 Ogos 2016

Bila masa yang sesuai untuk minum susu??



Siapa suka minum susu???
Saya!! *sambil angkat tangan tinggi-tinggi macam nak jawab soalan kuiz cikgu tu.. hihi

Ibu memang suka minum susu.. susu putih ya..
Setiap pagi, petang & malam..
Akan tetapi, untuk kehamilan kedua ni ibu tak berapa gemar minum susu..
Satu hari segelas pon payah..
Terpaksa ambil suppliment kalsium untuk bantu tambah kalsium pada tulang & gigi..
Itu pun setelah kandungan berusia 15 minggu..
Teruk betul lah ibu ni, anak..



Nampak tak, kat atas tu tulis susu sesuai/baik diminum di waktu petang/malam??
Sebab apa? Sebab susu ni memberi manfaat untuk kesihatan mata jika diminum pada waktu petang..
Kalau malam pula, sesuai minum susu suam kerana akan melegakan badan & membantu anda untuk tidur yang lena.. zzzzzzz

Dulu suka minum susu pagi..
Rupanya susu ni tak baik diminum waktu pagi sebab susu ,a,pu menyukarkan penghadaman dan mengganggu masa makan kita..
Yelah, lepas minum susu tu kita akan rasa kenyangkan..
Takut nanti terskip masa makan pula..

Ok, sekarang lebih faham kenapa sesuai minum susu waktu petang/malam..
Tapi bila dengan liyana ni, memang ibu ajar minum susu petang & malam je..
Dia pun tahu, bila sampai rumah petang tu terus minta susu..
Sama juga sebelum tidur.. dia akan minta susu sampai dia rasa puas..
Tapi fresh milk jelah ya anak..
Sebab dia reject FM..
Tak kisah lah anak, janji awak nak juga minum susu..



Sabtu, 13 Ogos 2016

Ada kemajuan cara kakak pegang pen




Kakak macam dah besar sangat je pegang pen macam tu..
Love you lah sayang..

Sebenarnya, dah lama tak buat aktiviti melukis/menulis masa tunggu makanan sampai..
Semalam ibu lupa nak bawa mainan kakak, yang ada pen & notebook kecil je..
Jadilah kakak, boleh main tulis-tulis & lukis-lukis kan..

Pegang pen/pensel ni pon nak kena selalu..
Kalau tak, nanti kekok..
Kalau kat rumah tu memang semua kertas nak dicontengnya..
Sampaikan kaki/tangan pon dicontengnya..
Lepas tu gelak bila kita tanya kenapa conteng kat kaki/tangan??
Alahai anak.. ada je ragamnya kan..
Semoga awak membesar menjadi anak yang solehah, bijak pandai & beriman kepada Allah..





Khamis, 11 Ogos 2016

Bendera Setiap Daerah Negeri Johor



Dah berzaman baru nak update cerita pasal bendera setiap daerah ni.. hihihi