Khamis, 28 April 2016
Sabtu, 23 April 2016
Variasi Bento Liyana Sepanjang Januari 2016
Memang dari my princess start makan solid food,
ibu dah niat akan bekalkan Liyana dengan air tangan ibu setiap hari
sehinggalah awak cakap, "Ibu, tak perlu bekalkan kakak."
OK, masa tu baru ibu stop.. hihihi
Sekarang ni pon awak makin bijak..
Bila awak lapar, awak akan cari beg bekal awak & selongkar beg cari makanan..
Comel sangat.. hihihi
Biasanya menu adalah berulang..
Sampai satu tahap ibu tak tahu nak masak apa.. hahahaha
Mulalah ibu selongkar buku resepi.. hihihi
Apa-apa pun ibu harap awak enjoy dengan bento awak..
Khamis, 21 April 2016
Rabu, 20 April 2016
Frozen versi Liyana Zafirah
Si anak memang sangat sukakan baju ini..
Pening ibu sebab tiap kali nampak baju ni, dia nak pakai..
Ibu siap sorokkan baju ni lagi tau..
Sebab takot kerap basuh nanti lace nya rosak..
Nampak tu siap berangan dengan handbag & hp(kalkulator)..
Lepas siap mandi, terus capai dua barang tu then cakap
"Ok, kakak nak work."
Hahahahaha~ comel sangat lah tu ya sayang..
Tapi dia tak panggil Frozen tau..
Dia panggil Let It Go.. hahahaa
Semoga awak membesar dengan sihat & bijak serta menjadi anak yang solehah & beriman kepada Allah..
Amin..
Isnin, 18 April 2016
Chef of the day
Anak ibu dah pandai main masak-masak.. yippy!!
Nanti dia akan ambil order nak makan apa then masak..
Siap masak, hidang kat ibu & abi..
Kadang tu hidang kat atas tikar upin-ipin then ajak makan sama-sama..
Sama macam selalu ibu buat bila siap hidang makan.. hiihihi..
Selagi tak duduk selagi tu dia akan panggil..
"Ibu, duduk sini makan."
"Abi, duduk sini makan."
Sambil tu tangan dia tepuk tikar sebelah dia suruh kita duduk.. hihihi
Tapi sekarang ini masih dalam proses kenal nama setiap sayuran, buahan, ayam, daging & ketam..
Dalam banyak-banyak bahan yang ibu beli, ikan je yang dia kenal.. hihihi
Sebab ayam tu tak sama dengan ayam yang ibu abi dok ajar.. hihihi
Sambil main sambil kita belajar ya sayang..
Setiap hari adalah pembelajaran buat awak, ibu & abi..
;)
Sabtu, 16 April 2016
Shape Wood Puzzle
Setahun yang lepas, awak tak pandai lagi nak matchkan bentuk-bentuk tu pada wood puzzle..
Ibu akan tunjukkan puzzle mana yang sesuai untuk wood shape tu..
Pastu bila awak letak & match, awak akan tepuk tangan happy..
Kini di usia awak 2 tahun 4 bulan, awak dah boleh buat sendiri tanpa bantuan ibu..
Ibu pulak yang tepuk tangan happy..
Pandainya awak~!!!
Sekarang ni tengah belajar kenal bentuk & warna pula menggunakan wood puzzle yang sama juga..
Bagus juga puzzle ni.. 3 in 1.. Match shape, shape & colour ..
Ibu suka sangat-sangat~! Terima kasih Enfagrow!!
Jumaat, 15 April 2016
Lunch Box Ibu
Kali ni entry tentang ibu pula..
Kalau diikutkan memang setiap hari ibu bawa
Sama ada leftover menu dinner atau pun masak menu baru di pagi hari..
Tapi ada gak hari-hari malas tu, beli je kat kedai.. hihihi
Norma-norma kehidupan..
Ada masanya kita akan rajin dan ada masanya kita akan rasa malas disebabkan keletihan/kepenatan menjalani liku-liku hidup.. hahaha
Oleh kerana ibu rasa badan ibu sudah seperti belon bagaikan dipam-pam, ibu mula jaga makan..
Nak kata jaga tu tak lah jaga sangat.. hihi
Tapi ibu akan pastikan dalam setiap menu ibu ada buah & sayuran yang banyak..
Buah-buahan makan sebagai snek untuk tea time..
Harapnya ibu akan istiqamah lah ya..
Dah masuk bulan 4 baru lah kedek-kedek nak jaga makan..
Padahal sebelum ni kemain lagi melantak..
Cuba untuk tidak makan fastfood & dinner selepas jam 8malam..
Chaiyok!!!
Tapikan.... rasanya kena seiring dengan bersenamlah..
Tapikan.... nak bersenam ni kalau ada kawan baru best..
Tapikan.... siapa nak teman ibu bersenam??
Macam-macam alasan lah yg ko cipta rad...
Tak apa, my princess kan ada..
Kita main kejar-kejar jelah ya anak.. hahahaha
Rabu, 13 April 2016
Agaknya berapa banyak kuantiti karbohidrat dlm makanan kita ya??
Setiap hari kita perlukan karbohidrat daripada makanan.
Kalau nak tahu, sumber karbohidrat yang disarankan untuk makan adalah 4 hingga 8 sajian sehari mengikut keperluan individu..
Tapi kita tahu ke berapa banyak kuantiti makanan dalam 1 sajian??
Nak tahu tak??????
Ok, jom kita scroll gambar di bawah..
Ini baru karbohidrat.. Belum masuk protein & lain-lain tu..
Tak mengapa, kita amalkan je apa yang telah disarankan..
Dah banyak ini karbohidrat yang kita perlukan, so kita ikut jelah..
Ini untuk 1 sajian ya..
Jadi bolehlah kita budget untuk setiap hidangan kita lepas ni..
Ingat lagi tak gambar ni???
Amalan pemakanan sihat..
Selasa, 12 April 2016
Isnin, 11 April 2016
Kenderaan Kayu dari Ikea??
Tajuk bukan main lagi kan.. hahaha
Sebenarnya nak cerita pasal permainan kayu yang ada di butik ni je..
Lupa pula nama butik ni..
Yang pasti butik ni sebelah butik Aidijuma di UDA Bisnes Centre..
Masuk-masuk je butik ni, meja comel ni jadi tumpuan my princess..
Zassssss..
Ibu, m.uder & m.usu sibuk belek tudung, dia sibuk main kat meja ni..
Tapi bagus juga ada meja macam ni..
So anak-anak boleh leka tanpa meragam bila ibu-ibu tengah sibuk shopping.. hihihi..
Kalau tidak, kebiasaannya my princess akan lari keliling butik sampai letih..
Kadang tu main di celah-celah pakaian yang ada dalam butik..
Paling seram bila butik tu ada jual barang yang menggunakan kaca, contohnya minyak wangi dan lain-lain..
Kalau berderai tu, tak pengsan ibu nak membayarnya??? hahahaha
Sebenar-benarnya kan, ibu berkenan dengan kenderaan kayu ni.. hahaha
Sanggup ibu selongkar page Ikea sebab tak pernah perasan kewujudan permainan ini.. hahaha
Khamis, 7 April 2016
Umrah 2016
Alangkah bahagianya kalau dapat ikut keluarga ku menunaikan umrah..
Tak apa, mungkin Allah beri masa pada ku untuk perbaiki kelemahan diri..
Semoga mereka berenam sihat sejahtera sepanjang menunaikan umrah..
Sangat-sangat rindukan mereka..
Langgan:
Catatan (Atom)